Posts

Showing posts from March, 2018

Kenapa Aku Sakit?

Image
Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah menyegerakan siksaan   baginya di dunia” - HR. At-Tirmidziy no.2396 dari Anas bin Malik, lihat Ash-Shahiihah no.1220 Kenapa aku sakit? Kita sering bertanya “Kenapa aku sakit” tapi selama ALLAH kurniakan kesihatan yang baik dari kita melihat dunia ni kita tak pernah bertanya “kenapa aku sehat?”. Itu lah lumrah manusia. Dan aku tak lari dari bersifat manusia. Ampunkan aku ya ALLAH. Minggu lepas ALLAH menguji. Iskandar Syafi kena muntah berak di saat ummi tengah demam. Ya ALLAH,aku baru ada Iskandar Syafi dah bengkak mata menangis. Mak aku anak 7 tak terbayang aku bila kami semua sakit berjemaah dulu. 4 hari Iskandar Syafi tak nak sentuh makanan. Susu pun dia minum sikit sangat. Ya ALLAH remuknya hati ini. Risau nya Ya ALLAH.   I could not sleep. Mungkin ada yang akan kata I am being too much… but that’s me. Iskandar Syafi pengarang jan...

HMDs ber cuti-cuti Brunei

Image
 Ready-ready nak bergambar tapi nampaknya suami aku sahaja yang ready. Amboi manja la pulak senyum tu kan. Cubit kang baru tau hahahahhaha Pada 17hb Mac 2018, Allah berikan aku ruang waktu dan sedikit rezeki untuk aku kongsikan bersama keluarga. Allah berikan aku peluang sekali lagi walau dalam keadaan kemiskinan kesihatan untuk menatap dan merakam senyum, suara dan gelak ketawa mereka untuk dapat kami kenang selagi ALLAH izinkan memori ini untuk mengimbas kembali. Setiap apa yang aku miliki ini satu hari pasti akan ALLAH ambil kembali. Aku menulis jika satu hari aku sudah lupa... Aku menulis mungkin juga untuk tatapan keluarga aku kenang bila aku sudah tiada nanti.   Sekurangnya bila mereka terbaca tulisan-tulisan aku pasti mereka akan sedekahkan aku sekurangnya Al fatihah. To my family.. I luv u all Cuti-cuti Brunei kali ini kami mulakan dengan berhenti singgah makan di restoran soto yang sedap di Tutong. Thanks to my bro in law yang tapaukan ...

Selamat Hari Lahir Muhammad Iskandar Syafi yang ke 2 tahun

Image
Alhamdullilah pada 11/03/2018, dalam sibuk mencari slot-slot ruang masa yang entah mana di sembunyikan dunia dapat lah juga celebrate birthday Iskandar Syafi yang ke dua. And actually more to merapatkan ukhwah antara jiran tetangga dan mengilangkan dahaga rindu kepada keluarga dan kawan rapat and at the same time dapat mengembirakan hati anak-anak kecil. Dari pagi anak-anak jiran datang tanya “uncle ada game? “ hehehehe honestly auntie ni plak yang tak sabar.   Memandangkan Syafi minat sangat kat Didi & Friends so ummi abi decided la buat tema Didi and Friends. Hahaha dah sudah ummi pakai ala2 nana ( nasib baik la ummi ni suka pink) dan abi dia jadi jojo. Hehehehe terasa comel pulak sesekali. From Left: Nana versi tua hehehe, Didi (Syafi) dan Jojo pun versi dah tua hehehehee Thanks to Lalalicious The Event Planner ( Malaysian) tempat kami buat banner (banner besar, banner kecil, sticker, label makanan etc) kami suka sangat. Siapa-siapa yang nak tempe...