HMDs ber cuti-cuti Brunei




Ready-ready nak bergambar tapi nampaknya suami aku sahaja yang ready. Amboi manja la pulak senyum tu kan. Cubit kang baru tau hahahahhaha


Pada 17hb Mac 2018, Allah berikan aku ruang waktu dan sedikit rezeki untuk aku kongsikan bersama keluarga. Allah berikan aku peluang sekali lagi walau dalam keadaan kemiskinan kesihatan untuk menatap dan merakam senyum, suara dan gelak ketawa mereka untuk dapat kami kenang selagi ALLAH izinkan memori ini untuk mengimbas kembali. Setiap apa yang aku miliki ini satu hari pasti akan ALLAH ambil kembali.

Aku menulis jika satu hari aku sudah lupa...

Aku menulis mungkin juga untuk tatapan keluarga aku kenang bila aku sudah tiada nanti.  Sekurangnya bila mereka terbaca tulisan-tulisan aku pasti mereka akan sedekahkan aku sekurangnya Al fatihah.

To my family.. I luv u all

Cuti-cuti Brunei kali ini kami mulakan dengan berhenti singgah makan di restoran soto yang sedap di Tutong. Thanks to my bro in law yang tapaukan last week. Hehehe baru tau ada soto nyaman di Luagan Dudok. Just waze nama “Kedai Makan Haji Jamuddin Bin Hussain”  Luagan Dudok.  Quality and Quantity yang memuaskan hati.
woot!woot! soto Nyaman kami datang nak makaaaannn
Mee goreng kat kedai ni pun sedap. Honestly jarang aku dapat habiskan soto dengan sup-supnya sekali. Hehehe ni bukan lagi sehingga menjilat jari tapi sehingga titisan sup yang terakhir.
My soto kawin special at that time. Amboii while tengah menulis ni suddenly terbayang kembali kesedapan sotonya.
Kenyang perut, Alhamdullilah kami teruskan perjalanan. Sampai ke Gadong singgah dulu YMRM sebelum check-in ke hotel .Check-check kain untuk raya.
Hehehe bapa..  actually I was asking my dad kain baju melayu for him.. Amboiii bapa.. kurang lawa la pulak di mata hihihi
Kesian mak. Tak sampai 10 minit dia dah penat. Kadang-kadang tak prasan yang we all are getting older. Begitulah dunia mencuri masa kita...
Iskandar Syafi pileh kain baju raya jugak ke nak?
"Leng, bisai nah ( Darling, ni cantik) kata bapa to mak.. Seperti baru semalam bapa bawa aku jalan beli baju dan kasut sekolah .. Ya ALLAH penuhkan lah barakah dalam usia mereka.. Aamiin Ya Rabbal alamiin
Sending my parents to their room. "Bye maknek paknek".. Iskandar Syafi
OK Ready2 nak jemput my parents jumpa all the family. Dinner time!

Activity malam. Dinner with our yet not so big family. Generasi Haji Daud dan Hajah Rakimah baru nak growing. Too bad kak lis and husband tak boleh nak join. She is not in Brunei. But thanks to anak-anak yang datang.

wefie duluuuuu
Honestly happy tengok our parents happy bila anak cucu cicit menantu berkumpul.

hmm yang ni tengah tengok apa ye? Serious nampaknya
HMDs.. Mana aku?! Tuuuuuu yang belakang sekali hehehe
 
Apple of my eyes
 
Apple of my eyes
 
Feedah camera mana?! hehehehehe
 

amboi..amboii...amboiii

with my one and only brother
Selesai dinner kita sambung jalan-jalan cari kain baju raya dan konon-konon tourist. I am a proud BRUNEIAN.
mak bukan tak boleh jalan tapi untuk keselesaan mak , kami anak-anak lebih suka dia pakai wheelchair. Kaki mak dah terlalu lama berdiri demi membesarkan kami anak-anak.

HMDs
 
Apple of my eyesss... cucu-cucu mak

Nampak keceriaan di wajah my dad

cicit pertama our parents .. penyambung generasi.. Nayli!! kenapa comel sangat!!!! Nek Omey geram tau
ternyata suami ku peminat tegar Didi and Friends dalam diam.. hahahahaha bila Iskandar Syafi dah buka topi. Thanks kak baby for the balloon..
Balik bilik!! Hahaha suami ku tetap pakai topi Didi. Adoyaiiii...
Selamat Malam....

Terima kasih kepada kakak-kakak , abang, ipar duai, anak-anak maksu, our cucu yang “renyokable”hihi and ofcourse to my husband thanks for always memahami dan sokongan yang tak pernah putus ke atas isteri.

Dunia mencuri masa kita tanpa sedar. Kita sering di sibukkan dengan bermacam benda. Sebenarnya tak ada istilah TAK ADA MASA. Itu semua tipu daya DUNIA. Jika kita rasa hidup di DUNIA untuk DUNIA, sudah pasti kita tak akan pernah ada MASA. Nauzubillahi..

 

Satu hari jika si bongsu ni sudah tak bangun dari tidornya..

Maafkan aku andai selama jaga.. aku kurang meluang kan masa..

Satu hari jika si bongsu ini sudah tak bangun dari tidornya..

Doakan aku dalam meniti masa di dunia bawah yang gelap dan suram..

Satu hari jika si bongsu ini sudah tak bangun dari tidornya..

Teruskan usaha aku dalam mencari masa berkumpul bersama..

Senyuman mak ..

Senyuman bapa..

Pasti ada hikmah dan doa di dalamnya..

Semoga dapat menjadi bekalan ku dan menenangkan tidor ku di dunia bawah yang gelap dan seram.

 

FeedaHMD –  Kesuntukan masa untuk Akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?