My hubby dah ada GENG 😊



It's ok try again... 

Masha ALLAH , jujur dunia mencuri banyak masa kita. Sudah lama aku tak menulis atas kekangan “commitment “ yang tak pernah nak kurang setiap hari. Masa terasa sangat singkat lebih-lebih lagi bila ALLAH telah tarik sedikit nikmat sehat, cergas dan cerdas “mungkin” seperti janji ruh ku sebelum  di tiupkan ke jasad ini.  Namun mudah nya untuk mengeluh sukar nya untuk bersyukur. Allah hu akhbar berapa banyakkah kesusahan di bandingkan kegembiraan? Pasti lebih sedikit di bandingkan nikmat-nikmat yang ALLAH berikan yang sering kita butakan. Semoga aku antara manusia yang sering bersyukur atas segalanya di dunia ini. Aamiin yarabbal alamiin. Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan aku nafas ini, mata ini, hati ini, badan ini , pergerakan ini dan segalanya walau semakin kurang tapi masih mampu untuk hidup di dunia ini.. Masih boleh bergelak ketawa Bersama keluarga dan teman dan masih di beri peluang untuk mengutip pahala untuk bekalan di akhirat kelak. Alhamdullilah.

Cepat sungguh rasanya. Pejam celik sakit sehat ketawa menangis tau-tau Iskandar Syafi sekarang sudah masuk  3 tahun 2 bulan. Masih ingat lagi first time bawa dia pergi bowling was last year. Masa tu teruja sangat dia. Lepas pada tu di rumah ataudi mana-mana  dia suka meniru gaya orang bermain bowling. Last weekend baru ada masa nak bawa dia main lagi untuk kali ke duanya.
 
aiming hebat anak ummi ni 
Ummi ingat lagi masa first time, walau bukan turn dia pun dia tetap nak baling bola. Sampai susah nak suruh stop. Hehehehee. Tapi apa yang aku dapat lihat kali ini, bila kita cakap abi’s turn dia akan jerit abi abi dan duduk tepi or sesekali berdiri sebelah abi dia untuk bagi sokongan gitu. Bila lepas abi dia baling bola dia akan tengok ummi . “Fi?” tanya nya . Nampak wajah yang penuh dengan pengharapan. Senyum tak lekang. Luv u sayang ummi. Dia dah semakin bijak.
 
Iskandar Syafi ni semangat dia kuat.. semua dia nak buat sendiri
Ummi perhati dari jauh. Bila bola mula bergerak, Syafi kejap berdiri kejap duduk kejap gengam tangan dan kejap tengok ummi abi dia. Nampak hampa setiap kali bola masuk ke longkang. Tapi bila dengar ummi dan abi sentiasa sebut “yeayy” dia akan melompat kegembiraan. Semoga nanti anak ummi selalu ingat terkadang ALLAH tak bagi apa yang kita inginkan tapi ALLAH akan bagi yang terbaik untuk kita.




Abi syafi pesan kat ummi, jangan sesekali tunjukkan atau buat intonnasi yang boleh melemahkan semangat. In shaa ALLAH ummi ni cepat kesian so akan di usahakan. Air mata dah nak jatuh tengok dia tunggu bola jatuhkan pin. Jangan jadikan anak kita manja tak bersebab atau anak yang cepat mengalah. 
 
high 5
excited bila turn dia pulak ..
tengah bagi semangat kat abi dia
Iskandar Syafi ni comel selalu buat ummi abi tergelak tau..
abi Syafi tengah bagi semangat kat Syafi..  High 5 .. 
setiap kali tiba giliran dia ..hehehe YEAY!
Malam sebelum dia buat gaya juara bila dapat jatuhkan pin dia kat rumah. Tapi hari ni langsung tak buat cuma yeay and jumped. Ni ummi share vdeo anak ummi. ( ehem abaikan rumah yang bersepah. Hahahaha rumah tengah dalam fasa renovasi dan space amat limited. Syafi pulak suka sepah-sepahkan mainan dan apa saja yang dia rasa boleh di buat main)

OK lah yang pasti sekarang abi syafi dah ada geng main bowling sebab aku tak reti. Hahahaha. Nezt boleh la ajar Syafi mancing pulak kan abi nya Syafi.





Ummi Syafi – Semoga anak ummi menjadi anak yang soleh dan pintar. Andai ummi pergi dulu, jaga abi tau. Luv

Lompat tinggi-tinggi ..
Sayang ayah sayang emak
Walau nanti pangkat tinggi
Jangan sombong , jangan tamak

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016