Merendang Challenge di hujung minggu

What I did last Sunday?


Entah la suddenly terasa nak buat rendang. Tak pernah seumur hidup aku ni nak masak rendang. Mak masak rendang pun tak pernah nak tanya resepi atau macam mana nak buat.  Everytime raya, tender rendang memang aku tak nak pegang ehehehe. Selalunya tugasan aku  menganyam ketupat dan buat kuah kacang untuk satay goreng.  Nak kata tak pandai masak tak jugak cuma entah lah baru sekarang perasan yang aku tak pernah pun buat rendang seumur hidup aku. So aku challenge myself untuk buat rendang untuk pertama kalinya di kala usia dah kepala 4 ni.  

Nervous jugak la hahaha bukan apa takut membazir kalau rasa tak sedap end-up ke sampah. Tadaaa selepas 2 jam kot atau mungkin lebih hahaha akhirnya siap jugak rendang aku.

Another achievement yang tak semengah mana pun ( bagi orang lain)  tapi setiap “yang pertama” aku buat adalah satu kejayaan jugak la untuk aku sebab aku bukan pakar masak pun dan tak hebat mana pun.

Lepas siap, husband masuk kitchen ambil bau.. “emmm dapnya bau”. Alamak bau sedap kalau rasa tak sedap macamana. So perasmian rendang daging aku yang pertama di rasmikan oleh encik suami. Honestly dia ni tak pandai nak menipu. A few times jugak masa baru kawin hati ni terkecik hati tanpa sengaja. Hahahaha. Air muka dengan kata-katanya tak boleh nak synchronize bila dia usaha nak ambil hati (aka bohong sunat. Mana ada bohong sunat la hehehe). Kalau tak sedap dia kata “ok not bad” di ikuti dengan dia makan sikit tak bertambah dan anak mata yang tak nak tengok isteri dia hahahaha. Kalau nak tau sedap tengok dia makan. Kalau bertambah kompom sedap.

Bila encik suami dah tak sabar nak makan rendang hati ni teruja jugak. Dia ambil bread yang baru di beli siang hari. Gigitan yang pertama .. “sedap”, katanya . Hey jangan teruja dulu. Tengok air muka dia dan tengok if dia makan untuk kali ke dua. Hahahahaha. Bila  dia ambil another slice of bread hati ni dah berbunga. Haaa sedap la tu sebab dia makan bertambah.

Dari pendapat aku pulak. A lot of improvement la nak kena buat. Rasa macam kering dan kurang berminyak dan terlebih rempah rendang.  So it's ok. Try & error , In shaa ALLAH a better rendang next time.

Yesterday my parents datang rumah. Keluarkan rendang yang di masak semalam. Nak dengar komen pakar masak pulak.  Seram macam nak tunggu result master chef huhuhu. Aku panaskan dan sedia untuk menerima komen.

Wahhhhhh positive comments from mak bapa. Ok now aku percaya rendang aku sedap hahahaha. Mak bagi 5 bintang. Bapa pulak tambah lagi 1 bintang. So 6 bintang dari bapa. Yippeeeeeee so dengan ini aku boleh katakan challenge merendang aku Berjaya. yahooooooo. Alhamdullilah.



haaaa ni la rupa rendang yang di zoom. .

Ni aku kongsikan detik-detik cemas masak rendang. Hahahahahaha.
setiap bahan yang di masukkan hati ni tak putus zikir dan nervous takut salah cara hahaha adoyaii 



#FeedaHMD - masak adalah salah satu terapi diri untuk aku. Best tau main masak-masak.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?