Posts

Showing posts from April, 2014

Melayu Oh Melayu (tak semua tapi segelintir yang perlu di ketuk selalu)

Image
Melayu Oh Melayu Sesungguh nya aku anak melayu.. Aku tahu bangsa ku.. Belajar tinggi jati diri tetap menyatu.. Bomoh dukun mesti tahu.. Semua niat jadi baik ,bomoh ok tu Niat menghalalkan segalanya itu lah typical melayu.. Melayu oh Melayu Percaya bomoh itu perlu, "Korang tahu Minah, mak mah, Kiah tu kaki ilmu", "Macamana tahu? tu bomoh dah bagi tau kat aku, hish tau tak ilmu hitam tu kawan antu.Nasib baik lah yang aku tanya ni bukan bomoh tapi dia meramal memang betul tu".. Sedihnya melayu.. Tak semua tapi yang segelintir tu yang ku nak bagitahu.. Orang kata tak membangun, tau malu.. Hidup penuh hasad dan perasangka selalu.. Pergilah ruqyah diri rajin-rajin solat dulu.. Melayu oh Melayu Tak semua tapi yang segelintir yang perlu di ketuk selalu.. Aku cuma nak bagitau bomoh tu penipu.. Habis duit beribu , pintu neraka sentiasa terbuka itu kah tuju mu. Sudah-sudah lah tu wahai saudara ku.. Kesian tau ku tengok kau begitu.. Dah dapat dosa buat percaya kat bomoh tu.....

Aku sayang kamu...

Image
21hb April, awal pagi nampak ada notification kat my FB.wahhh klasik nya pix. Zaman form 1 & 2.(year 1989-90) Alai, Amy, Umi, yati, Hjh Dang, Piah, Faridah,Ginah, Naziah , Siti Rohani, Adina dan banyak lagi(sorry saya dalam process mengingat kembali)… all this name berlegar-legar di kepala. Terimbas kembali gelak ketawa dan aksi-aksi nakal waktu tu. Alai – Ni la yang sering buat kita tergelak. Dia ni jenis happy go lucky. Ketawa nya dan jatuhnya dia dari kerusi boleh mengegarkan satu bangunan tau.. Hehehe Alai jangan marah. Without you memang tak best kelas. Amy– Her beauty adalah kekuatan yang tergambar melalui personality nya. ( eheem all us memang cantik kan) . Main netball and any sports memang melopong saya melihat ketangkasannya. (Dulu mana nak bagitau hehehe ego kan above the head) Umi – Saya suka tengok senyumannya . Pandai dan putih melepaknya kulit dia. Cantek. Piah – I always like her. Sweet. Dia ada tone suara yang sedap di dengar bila gelak. Yati B. – S...

Sebening wajah Khadijah

Bab 1 "andai itu kemahuan abang , Khadijah tidak akan menghalang". Air mata jernih masih tersisa di pinggir matanya namun senyumnya sentiasa terukir untuk Luqman. Luqman mencium dahi Khadijah. Tiada kata yang dapat di ucapkan. Terlalu luhurnya hati Khadijah. Hati lelakinya lebur jua. Air mata tidak mampu di bendung. "Abang, Khadijah tetap sayangkan abang. Tijah ikhlas abang, cuma satu Tijah minta. Abang jangan sisihkan Tijah. Hanya abang yang Tijah ada dalam dunia ini". Luqman mengangguk. Dia sedar Tijah anak tunggal. Ayah ibunya juga sudah meninggal dunia selepas pernikahan mereka akibat kemalangan jalan raya. Luqman memeluk Khadijah erat dan membaringkan Khadijah. "Assalamualaikum" , sambil mengecup kening Khadijah. Biarlah malam itu malam yang terindah bagi mereka. Bab 2 "Awak ni bodoh la Khadijah. Kenapa lah awak setuju pada Luqman tu?".Khadijah memandang Nuraina dengan senyumannya. "Aku tak mahu abang Luqman melakukan dosa jika aku...