Sebening wajah Khadijah
Bab 1
"andai itu kemahuan abang , Khadijah tidak akan menghalang". Air mata jernih masih tersisa di pinggir matanya namun senyumnya sentiasa terukir untuk Luqman. Luqman mencium dahi Khadijah. Tiada kata yang dapat di ucapkan. Terlalu luhurnya hati Khadijah. Hati lelakinya lebur jua. Air mata tidak mampu di bendung. "Abang, Khadijah tetap sayangkan abang. Tijah ikhlas abang, cuma satu Tijah minta. Abang jangan sisihkan Tijah. Hanya abang yang Tijah ada dalam dunia ini". Luqman mengangguk. Dia sedar Tijah anak tunggal. Ayah ibunya juga sudah meninggal dunia selepas pernikahan mereka akibat kemalangan jalan raya. Luqman memeluk Khadijah erat dan membaringkan Khadijah. "Assalamualaikum" , sambil mengecup kening Khadijah. Biarlah malam itu malam yang terindah bagi mereka.
Bab 2
"Awak ni bodoh la Khadijah. Kenapa lah awak setuju pada Luqman tu?".Khadijah memandang Nuraina dengan senyumannya. "Aku tak mahu abang Luqman melakukan dosa jika aku tidak setuju.Lagipun benda yang halal apa salahnya".Khadijah ketawa kecil bila mendengar dengusan Nuraina. ", Aina, hidup ni tumpangan tau.So kita tak boleh tamak". "Dah la jah, aku malas nak debate dengan kau pagi-pagi ni. Aku nak masuk bilik boss kejap". Khadijah mengangkat bahu dan menyambung kerjanya
."Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan dalam menerima dugaan dari mu."bisik hati kecil Khadijah.
Bab 3
Khadijah membelokkan stering keretanya menuju ke pasar basah. "Nak masak special untuk abg Luqman malam ni". Baru Khadijah hendak membuka pintu kereta, handsetnya berbunyi. Tertera "hubby" di skrin handsetnya. Tersenyum lebar Khadijah sebelum menjawab. "Assalamualaikum"."Khadijah memberi salam . "Sayang ,abang tak balik malam ni.Sayang makan sorang ok?". Khadijah cuma mengangguk walau dia tahu Luqman tidak melihat anggukannya.
"Hmm takpe la... nak buat macamana", Khadijah bercakap sendiri. Di batalkan niatnya untuk membeli di pasar basah. Di hidupkan enjin kereta dan keluar dari perkarangan letak kereta. " Abang, Tijah tak selera nak makan kalau abang takde di sisi", Khadijah berbisik sendiri.
Bab 4
Sudah tiga bulan Luqman menikah. Khadijah terasa rindu pada Luqman. Luqman langsung tidak menjenguk Khadijah. Luqman hanya menalipon dan hanya mengirimkan pesanan ringkas untuk bertanya khabar. Khadijah paham Luqman serba salah untuk meninggalkan isteri mudanya. Khadijah pulak sejak sebulan ini sering tidak sedap badan. Rasa mual dan sering pitam.
Nuraina risau di luar klinik. Khadijah minta di temankan ke klinik. Khadijah tersenyum sebaik keluar dari klinik. "Tersengeh pula minah ni, hah cakap la apa penyakit you sebenarnya?", tanya Nuraina. Khadijah tersenyum lagi."Dah la senyum tu.Boleh mati sakit jantung aku tengok kau ashik senyum. Cepatla", gesa Nuraina."I hamil", balas Khadijah sambil tersenyum. Nuraina sedikit melompat. "WHATT!! IS THAT TRUE?!!!" Nuraina memeluk Khadijah. Air matanya membasahi bibir mata. Entah kenapa dia begitu emosi. Sedih dengan perjalanan yang terpaksa di lalui oleh Khadijah dan
kecekalan hati sahabat karib nya itu.
Di dalam kereta Khadijah tak putus putus bersyukur dan menyatakan kegembiraannya pada Nuraina. Nuraina hanya membalas dengan senyuman. Dia mengerti perasaan Khadijah. Dalam kegembiraan yang sepatutnya di kongsi bersama insan yang bernama suami namun....." Ahh.." Nuraina mengeluh di dalam hati. " Ya ALLAH betapa tegarnya hati mu Khadijah".
Bab 5
Khadijah tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira itu. 10 tahun penantian itu sudah terbalas. " Ya ALLAH aku bersyukur kehadrat mu di atas rezeki ini. Sesungguhnya hanya pada mu ku bermohon ya ALLAH".Khadijah mengangkat gagang talipon. Dia mendail nombor talipon rumah Luqman. Hatinya berdebar ,senyum menguntum di bibir. "Hello" , terdengar suara perempuan menjawab panggilan. "Assalamualaikum , boleh bercakap dengan abang Luqman?". Terdengar gagang talipon di letakkan. Khadijah tersentak namun cepat-cepat dia beristighfar. Bukan sekali dia di perlakukan begitu. Lebih teruk ada kala ia melemparkan kata - kata kesat pada Khadijah, namun semua itu di diamkan saja oleh Khadijah. Dia tidak mahu ada pergolakan antara Erma dan Luqman. Dia ingin Luqman sentiasa bahagia. Kebahagian Luqman adalah tanggungjawab Khadijah sebagai isteri. Itu yang sering Khadijah tekankan pada dirinya sendiri.
Khadijah mengambil handsetnya lalu menalipon handset Luqman." Ah sayang, nape call?" Alhamdullilah Luqman menjawab panggilannya kali ini. "Assalamualaikum abang. Dah lame abang tak balik. Tijah rindu. Abang balik la. Tijah masak special untuk abang". Begitu lembut Khadijah bersuara. Tidak pernah Khadijah berkasar apalagi memasamkan raut wajahnya pada Luqman walau hatinya sering terluka. "Emmm abang tak dapat balik lah sayang. Esok abang nak pegi
bercuti ke Perth dengan Erma. Lagi dua minggu baru abang balik. Nanti lah abang balik rumah
Tijah ok". "Oh abang nak pergi honeymoon ye? Takpe la abang. Ok abang take care. I love you". Khadijah cuba menahan air mata yang sudah bertubir di bibir mata namun cuba di sembunyikan
dan cuba melembutkan intonasi suaranya agar suaminya tidak tahu akan kekecewaan di hatinya
kala ini. Luqman tak membalas apa-apa terus mematikan perbualan mereka. "Ya ALLAH ,tuhan yang maha megasihi. Permudahkanlah setiap langkah abang Luqman dan peliharalah ia daripada sebarang kecelakaan dan kemudaratan.Aminn"
Baru 30 minit berbual dengan Luqman, handset Khadijah berbunyi. tertera perkataan "hubby". Dengan gembira Khadijah menekan punat hijau di handsetnya. "Assalamualaikum", seperti biasa Khadijah akan memberi salam sebelum memulakan setiap perbualan. " KHADIJAH!!Abg tak sangka selama ini Khadijah hanya berlakon dalam kelembutan. Abang cukup menyanjungi pekerti Khadijah selama ini. Rupanya itu semua palsu!!". Terkejut Khadijah ketika itu. Bukan Luqman tidak pernah marah namun hari ini kemarahan Luqman berlainan dan apa sebabnya? "Abang, kenape ni? Cuba bawa mengucap. Jelaskan kat Tijah apa kesalahan Tijah kali ini. Mungkin ada yang Tijah tidak senghajakan atau tanpa sedar.". Sudah lah berlakon tu Tijah. Abang tak sangka selama ni Tijah duri dalam daging. Sanggup Tijah maki Erma. Rupanya selama ini Tijah sering menganggu Erma. Erma sudah cukup tertekan Tijah. Erma terlalu menyanjungi Tijah dan sering memuji Tijah.Hari ini kesedihannya dan kesabarannya tidak terbendung. Tijah tuduh dia merampas kebahagian Tijah dan abang. Tijah maki dia perempuan tak baik. Keturunan jahat?!! Itukah Khadijah isteri abang?! Tijah call abang tadi saja nak mengaburi mata abang?!!" Tijah menangis di hujung talian. "Tijah!10 tahun abang menanti sekarang Erma mengandungkan zuriat abang. Abang tak nak Tijah melukakan hati Erma lagi. Kali ini abang maafkan Tijah lain kali entah lah." Belum sempat Khadijah bersuara terdengar Luqman sudah mematikan talian di hujung sana.
Tersenyum puas Erma di sebalik dinding mendengar Luqman memarahi Khadijah. "Padan muke!" Erma sakit hati pada Khadijah kerana Luqman sering memuji kebaikan Khadijah. Tidak ada cacat
cela pun Khadijah di mata Luqman. Erma juga turut memuji agar Luqman tidak tahu betapa hatinya
cukup benci pada insan yang bernama "KHADIJAH". Hari ini jarum Erma masuk 'lubang". Setiba Luqman di hadapan pintu dia berpura menangis teresak esak. Di desak Luqman untuk
memberitahu kenapa dia menangis sebegitu rupa. " Tak apa la abang. Erma tak nak abang dengan
kak Tijah bergaduh di sebabkan Erma". Berderau darah Luqman bila Khadijah di sebut. Isteri yang mithali yang tidak pernah melukakan hatinya."Dugaan apakah ini", detik hati Luqman. "Dah la sayang, jangan menangis. Mungkin kak Tijah tertekan. Dah hampir 4 bulan abang tak balik rumah sana. Erma kene paham" , pujuk Luqman. Namun jauh di sudut hatinya dia cukup geram dan rasa tertipu oleh keperibadian Khadijah. Mana kesabarannya? Mana kelembutannya? Luqman geram, marah namun tidak di tunjukkan di depan Erma. "Erma , abang haus dan lapar. Boleh buatkan abang minum petang tak?" Erma mengangguk meluru keluar bilik.Dalam hati Erma cukup sakit kerana Luqman masih menyebelahi Khadijah.
Semasa di dapur terdetik hati Erma untuk memeriksa keadaan Luqman. Sedih kah dia? Erma dengan perlahan mengintai di balik pintu yang terbuka sedikit. Terdengar Luqman tengah marah. Berbunga hati Erma. Tergambar kepuasan dari senyumnya.
Khadijah menangis. Di mana silapnya. Resah. Rindu. Kenapa Luqman bersikap begitu. "Takpe la esok lusa redalah kemarahannya" , pujuk Khadijah pada dirinya. " Hmmm Erma mengandung? Alhamdullilah. Ya ALLAH aku bersyukur kepadamu yang telah memberikan zuriat pada abang Luqman melalui Erma dan pada diri ku. Sungguh besar kuasa mu YA ALLAH".
Bab 6
Sudah hampir 3 minggu Luqman balik dari Perth. Sudah empat bulan Khadijah sendiri. Kandungan nya juga sudah empat bulan namun dia masih tidak berkesempatan untuk menyampaikan khabar gembira itu pada Luqman.
Khadijah menekan nombor talipon bimbit Luqman. Kedengaran suara Luqman. "Assalamualaikum abang." "Waalaikumsalam sayang". Khadijah senyum girang. "Tijah apa khabar? ". "Alhamdullilah
sehat abang". Abang pula bagaimana?". "Abang pun sehat Tijah. Tijah jangan risau kat abang ni. Erma jaga abang macam Tijah jaga abang.". Khadijah mengangguk walaupun Luqman tidak melihat. "Abang, bila abang bermalam sini?".Khadijah memberanikan diri untuk bertanya. Sesungguhnya hatinya cukup takut mendengar perkataan yang berbaur penolakan. Takut untuk bersedih. "Tijah taukan Erma sekarang berbadan dua. Emmm dah nak masuk tiga bulan. Abang tak sampai hati lah biarkan dia di rumah sorang-sorang. Takut jatuh, sakit pening dia. Tijah tau kan dah lama abang nantikan saat ini. Abang nak jadi ayah". Tergambar kegembiraan pada intonasi suaranya. " Takpe la abang. Tijah faham. Kirimsalam kat Erma. Tahniah kat abang juga. Tijah tumpang gembira". "Ok la Tijah Abang nak bawa Erma pegi klinik". Belum sempat Khadijah memberi salam talian sudah pun d matikan.
Khadijah memegang perutnya yang semakin membesar. Gambar Luqman sering menjadi teman tidornya. Sering menjadi teman bicara. "Abang, Tijah dah hamil. Anak kita abang. Abang, Tijah rindu kan abang". Menangis Khadijah di sisi katil. Terlalu kosong rasanya.
Bab 7
Nuraina mencuit bahu Khadijah."Cik Khadijah kenape termenung?Kata orang-orang tua tak elok termenung masa mengandung, nanti baby dalam kandungan tu pun kuat termenung".
Khadijah cuma tersenyum sambil menyambut cawan berisi milo yang di buatkan Nuraina untuknya. Sejak berbadan dua Nuraina lah yang membancuhkan minumannya d pejabat kerana sejak
kebelakangan ini Khadijah sering mengadu sakit perut. Setiap kali Nuraina bertanya Khadijah memberi alasan pembawaan budak. Nuraina lah satu-satunya sahabat yang memahami.
"Aina, petang ni I amik halfday. I ada hospital appointment". Nuraina mengangguk. "Drive tu elok-
elok. And bila bejalan jangan laju sangat macam lipas kudung. Sekarang ni awak carry satu lagi nyawa tau". Khadijah mengangguk . Di lemparkan senyuman pada Nuraina.
Talipon pejabat Khadijah berdering. Khadijah mengangkat gagang talipon. "Assalamualaikum,"."Tijah!ni aku ni Erma". "Oh Erma.Apa khabar? How's the baby dear?". "Ah tak payah basa basi la Tijah. Aku nak kau jangan kacau abang Luqman lagi. Jangan cari abang Luqman. Dia dah tak sayang awak la. Kau tu perempuan mandul!"... kedengaran bunyi gagang talipon di hentakkan dengan kuat."Astaghfirullahalaziim", mengucap Khadijah di dalam hati. Tanpa sedar Khadijah menangis. Dengan pantas dia menyeka air matanya. Takut Nuraina melihat akan kesedihannya.
"Sapa call tadi Tijah?". Khadijah tersenyum. "Ish minah ni senyum plak die". "Salah nombor la . Die cari jiran sebelah", Khadijah ketawa kecil.Nuraina membesarkan matanya. Kemudian mereka ketawa memecahkan kesunyian ofis.
Bab 8
Khadijah masuk ke bilik tidor yang sudah tiada serinya. Khadijah duduk di ruang tamu di mana dia sering menantikan kepulangan suami tercinta. Sudah genap lapan bulan kehamilan Khadijah dan lapan bulan juga Luqman tidak balik ke rumah. Sampai sekarang pun Luqman tidak tahu yang Khadijah hamil.
"Puan Khadijah. Ada masalah pada kandungan puan. Kehamilan di luar rahim.Pembedahan harus di segerakan.Mungkin kuasa Allah selalunya kehamilan di luar rahim membuatkan keguguran di peringkat awal kehamilan. Tapi tidak pada kes puan". Masih terngiang suara Doctor Halimah di telinga Khadijah. "Chancesnya doktor?", Khadijah memberanikan diri bertanya. "Maaf puan saya
terpaksa berterus terang.Its 50/50 between awak dan kandungan". Terkaku Khadijah. Terasa lemah seluruh badan. "Selamatkan baby saya doktor. Saya sanggup korbankan apa saja demi anak ini". "Kami akan cuba tapi selebihnya kita berserah pada yang maha kuasa puan".
"Ya ALLAH, aku mohon pada mu. Selamatkan lah anak ku. Aku redha nyawaku jadi ganti"....
Talipon berdering. Khadijah bingkas bangun. "Assalamualaikum". "Waalaikumsalam sayang. Tijah belum tidor lagi?". "Oh abang. Tijah belum tidor lagi la abang. Abang apa khabar? Baby and Erma macamana?". Terdengar riak kegembiraan pada intonasi Luqman dalam menjawab soalan-soalan Khadijah." Erma sehat alhamdullilah baby pun sehat sayang. Tak lama lagi Abang akan jadi daddy."Khadijah tersenyum sambil mengusap perutnya. "Ye la abang. Abang sure happy kan". "Mestilah Tijah, abang dah sediakan nama pun untuk baby tu. 10 tahun sayang. Tijah pahamkan."Khadijah mengangguk walau dia tau Luqman tidak nampak."Ok la Tijah. Erma dah panggil tu. Susu dia pun abang belum sediakan lagi. Good night Tijah.Assalamualaikum".Belum sempat Khadijah menjawab salam talian sudah pun mati.
Malam semakin larut. Khadijah baru selesai mengaji al-quran. Terasa tenang di hati. Sesekali terasa sakit yang teramat pada perutnya. Khadijah cuba bertahan. Selesai mengaji Khadijah menuju ke meja tulis. Di capainya sekeping kertas dan pen."Buat suami tersayang....
Bab 9
Nuraina menangis di sisi katil. "Ish Aina ni hodoh la awak menangis. Redha dengan ketentuan ilahi. Doakan keselamatan bayi i. Document pembedahan terpaksa Nuraina yang menandatangankan. Khadijah tidak mahu Luqman tahu. Mereka terpaksa menipu pihak hospital yang suami Khadijah tidak ada di dalam negeri dalam waktu terdekat dan satu-satunya orang terdekat dengan Khadijah hanya Nuraina.
"Aina, if something happen to me tolong berikan surat ni pada Luqman". Aina hanya mengangguk. Air matanya belum mahu berhenti. Khadijah turut menangis..Aina memrhatikan Khadijah di bawa ke bilik pembedahan.
Aina duduk di kerusi di luar bilik pembedahan. Setiap detik terasa lama. Sekejap berdiri.Sekejap duduk. "Ya ALLAH selamatkan lah Khadijah.
Kedengaran suara perempuan mengerang berhampiran dengan tempat Nuraina menunggu. "Abang Erma sakit". Kelihatan darah penuh di baju perempuan itu. Nuraina perhatikan lagak keduanya. "Luqman?".
Nuraina menghampiri Luqman yang memerhatikan Erma di usung masuk ke bilik pembedahan. "Luqman, what is wrong?" "Erma jatuh tangga", nampak resah di wajahnya. Nuraina berlalu dari situ. Sedih mengenangkan nasib kawannya. Suaminya sedang bersedih tapi bukan kerana Khadijah.Malahan dia juga tidak tahu yang kedua dua insan seorang yang di sayangi dan seorang lagi yang menyayangi sedang bertarung nyawa. Namun doa hanya Luqman panjatkan pada Erma bukan Khadijah.
3 jam berlalu. Seorang doktor keluar menemui Luqman. Nuraina hanya mencuri dengar apa yang di sampaikan doktor. "Encik Luqman, isteri encik selamat"."Alhamdullilah" , nampak keceriaan di wajah Luqman."Emm tapi pihak kami mohon maaf.Kami telah cuba sedaya upaya tapi ALLAH lebih berkuasa. Anak encik tidak dapat di selamatkan". Terduduk kaku Luqman di tepi pintu. Menyesal kerana tidak berada di rumah semasa Erma jatuh. Menangis Luqman di situ. 10 minit kemudian Doktor Halimah keluar menemui Nuraina. Nampak gusar di wajahnya.Dia memegang bahu Nuraina."Maaf Nuraina, nampaknya Allah lebih menyayangi Khadijah. Kepakaran kami tidak
mampu melawannya." Nuraina tidak dapat membendung kesedihannya. Esak tangisnya semakin galak. Luqman yang berada di situ terkejut dan baru tersedar yang Nuraina menantikan seseorang tapi siapa. 5 minit kemudian jururawat menolak troli. Ada seorang bayi comel. Nuraina melihat doktor Halimah mohon penjelasan. "Kami hanya dapat menyelamatkan satu nyawa puan Nuraina".
Luqman menghampiri Nuraina yang masih menangis tersedu sedan. Nuraina memandang Luqman dengan satu pandangan yang tajam. Dia mengeluarkan sepucuk sampul surat lalu di berikan pada Luqman. Luqman diam namun mohon penjelasan. "Surat dari Khadijah. Khadijah sudah pergi meninggalkan kita semua.Pergi bersama rindunya Luqman".
Luqman terkaku. Baru saja dia menerima satu perkhabaran duka. "Ya ALLAH hukuman atau dugaan apakah ini Ya ALLAH".
Luqman duduk di sebelah Nuraina. Di bukanya perlahan sampul surat. Di bukanya cermat lipatan surat itu..
"Buat suami tersayang....
Khadijah rindu abang. Lapan bulan hidup tanpa abang di sisi adalah satu penyeksaan yang terlalu berat buat Khadijah.
Malam Khadijah sunyi. Siang Khadijah gelap. Makan Khadijah lenggang. Tidor Khadijah dingin. ...
Abang, Khadijah mengandung anak abang. Khadijah gembira abang akan jadi ayah pada dua orang anak yang bakal lahir. Maafkan Khadijah. Bukan Khadijah merahsiakan. Setiap kali Khadijah ingin sampaikan perkhabaran gembira, abang terlalu sibuk dengan urusan abang yang lain. Khadijah tidak cemburu apa lagi membenci. Khadijah paham penantian 10 tahun membuatkan
abang inginkan yang terbaik pada Erma sampai abang lupa tanggungjawab abang dan janji abang pada Khadijah.
Khadijah hanya manusia biasa. Namun Khadijah mahu abang gembira walau bukan kegembiraan itu datangnya dari Khadijah.
Ajal Khadijah sudah menjemput. Khadijah tinggalkan mata hati Khadijah untuk abang sebagai hadiah hari perkahwinan kita. Khadijah akan di operasi pada hri perkahwinan kita abang.
Khadijah harap abang dan Erma dapat menjaga anak kita dengan baik. Khadijah tidak pernah membahagiakan abang selama 10 tahun bersama maafkan Khadijah abang.
Abang... I love you .Khadijah rindukan abang.. terlalu haus rasanya untuk merenung wajah abang namun yang ada cuma gambar penghilang rindu..Halalkan makan dan minum. Maafkan segala dosa Khadijah.
Love always,
Khadijah
Terkulai Luqman tanpa bicara. Kelihatan atenden sedang mengusung mayat keluar dari bilik operasi. Mayat Khadijah. Dengan cepat Luqman dan Nuraina menghampiri mayat itu. Di buka selimut yang menutupi wajah isterinya. Ingin saja ia memeluk Khadijah namun sudah terlambat. Mata Khadijah rapat. Bibirnya seperti tersenyum. Wajahnya terlalu bening dan tenang.
Terasa rindu mengamit di hati. Tergambar seluruh kenangan bersama Khadijah selama 10 tahun bersama. Terimbas kembali setiap kali Khadijah mohon pengertian supaya suaminya balik ke rumah walau hanya sekejap dan setiap kali itulah bayi yg di kandung Erma sebagai alasan.
Bayi yang baru lahir di usap Luqman lembut. "Sayang sesungguhnya aku amat merindui ibu mu. Wajah mu yang lembut mengingatkan aku pada ibumu. Wajahmu sebening wajah Khadijah....................
by:Feeda many years ago ( tulisan masa remaja dulu huhuhu)
Comments
Post a Comment