Aku sayang kamu...

21hb April, awal pagi nampak ada notification kat my FB.wahhh klasik nya pix. Zaman form 1 & 2.(year 1989-90)



Alai, Amy, Umi, yati, Hjh Dang, Piah, Faridah,Ginah, Naziah , Siti Rohani, Adina dan banyak lagi(sorry saya dalam process mengingat kembali)… all this name berlegar-legar di kepala. Terimbas kembali gelak ketawa dan aksi-aksi nakal waktu tu.

Alai – Ni la yang sering buat kita tergelak. Dia ni jenis happy go lucky. Ketawa nya dan jatuhnya dia dari kerusi boleh mengegarkan satu bangunan tau.. Hehehe Alai jangan marah. Without you memang tak best kelas.

Amy– Her beauty adalah kekuatan yang tergambar melalui personality nya. ( eheem all us memang cantik kan) . Main netball and any sports memang melopong saya melihat ketangkasannya. (Dulu mana nak bagitau hehehe ego kan above the head)

Umi – Saya suka tengok senyumannya . Pandai dan putih melepaknya kulit dia. Cantek.

Piah – I always like her. Sweet. Dia ada tone suara yang sedap di dengar bila gelak.

Yati B. – Suka menyanyi and bf dia waktu tu encem ooooo..

Yati S- Lemah lembut .

Hajah Dang – Soft, pendiam dan pandai. Suka baca buku.

Ginah – I always suka tengok barisan gigi dia bila ketawa. Gigi dia putih bersih. Hehehehe honestly tak tipu.


Faridah S.(Damit) – Kawan yang sentiasa tahu akan keadaan ku dulu dan kini. Tak pernah lost contact with her. Masa dia pindah kuching for study dulu mau tak nya saya menangis.

Adina – Both of us antara yang tertinggi di kelas. Selalu lepak my house main badminton. Alhamdullilah ALLAH pertemukan kami lagi pada awal april di majlis persandingan my niece. Too bad kenapa la aku tak minta her number

Siti Rohani – Sweet and petite. Sorry dear friend seandainya ada membuatkan hati terluka. Honestly the day I met you dalam penerbangan umrah , betul-betul nak menegur cuma segan. Andai di berikan kesempatan sekali lagi I will , Insya ALLAH.


Naziah – She’s in USA ..but hubungan persahabatan kami tak pernah terputus.

Alhamdullilah now masing-masing ada yang dah berkeluarga.Cerita pasal anak-anak, flabby tummies and berat badan yang bertambah hehehe . Kutuk-mengutuk sayang tu biasa la pada kami hehehe tapi memang tak ada maksud nak mengutuk betul pun. Saja menyakat. Rindu lah katakan. Dah lebih 20 tahun tuuuu.

Years gone, gelak ketawa senyuman dan jenaka pudar. Berjumpa terkadang hanya angkat muka malahan ada yang langsung dah tak kenal. Jiwa muda banyak tak puas dari redha dan bersyukurnya.Banyak negative dari positive nya. Semua nak jadi saingan. Cantik, popular, pandai, bergaya sehingga benda yang tak penting dalam hidup pun jadi challenge..


20 lebih tahun telah berlalu. Banyak yang terjadi dalam waktu 20 tahun ini. Sakit misteri membuatkan diri semakin melupakan zaman itu. Termasok nama kawan-kawan. Hilang begitu saja. Terkadang berjumpa di mana-mana memang tak akan di tegur sebab ingat-ingat lupa. (Kena lebih banyak makan almond dan kismis lagi) Maaf kan aku kawan-kawan.

Sakit, kekangan masa, kesibukan harian etc semua ini juga membuat kenangan-kenangan manis dan indah itu hilang begitu saja.

Bila meningkat dewasa ni. ( Tahap usia yang dah matang dan dah terlebih makan garam hahaha), perasaan tu hilang. Apa yang hadir rasa rindu.


Bila picture lama di tag to my FB account, gembira teramat di rasakan. Bila usia semakin dewasa kita akan mula menghargai sebuah persahabatan.

Cemburu, zaman sekolah dulu sekarang lebih kepada rindu dan sayang.

Nilai sebuah persahabat sama seperti nilai harga emas.

Semakin lama semakin tinggi nilainya ?







Ya ALLAH, Alhamdullilah . Aku bersyukur kerana memberikan kesempatan untuk berjumpa lagi dengan kawan-kawan.Mohon maaf jika dulu ada yang terguris, terluka...

Aku sayang kamu semua...



Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016