Aku Ninja?
Ninja? Biar betul. Aku angguk lagi dengan wajah penuh yakin diri. Yes I am Ninja.
Tiada siapa kenal peribadi ku yang sebenar. Penyamaran ( bukan menipu tetapi lebih kepada memberi tembok) untuk keselamatan peribadi.
Aku Ninja bila :
Di pejabat - aku lebih suka mendiamkan diri ( bergurau hanya pada yang terapat dan tetap ada batas nya). Senyum pun kurang. Bukan kedekut senyum tapi takut di salah ertikan. Ye la aku ni isteri orang. Walau tak cantik tapi cantik tu kan subjective. “Its only the heart can see it”. Letaknya iblis dan nafsu juga ada di antara hati yang berkata. Maka ku gunakan “tenaga dalaman” ku untuk menolak “bad aura” dari menyerap masok ke dalam diri ini.
Aku bukan ninja hanya pada suami ku, keluarga ku, saudara terapatku ( not all relatives knows me well too – 1st cousins yang membesar dengan ku ,yes mereka umpama my siblings) dan kawan-kawan ku yang rapat ( yang hanya boleh di hitung dengan jari tangan sahaja. Dah tak perlu kira maksudnya kurang dari 10 orang)
Aku ninja,
Kerana peribadi ku bukan untuk di jaja
Kerana aku bukan Tun Teja
Yg terkenal jelita dan melihat membuat semua teruja
FeedaHMD – aku ninja yang manja *LOL*
Comments
Post a Comment