Ada apa dengan selfie
![]() |
| Selfie ala remaja with hubby π |
Rasanya lama teramat dah tak update. Hmmm nak sembang pasal apa ? Hmmm since Selfie ni masih ngetop ceritanya kita sembang sikit la pasal selfie ni.
Some pakar kata orang yang selfie ni ada masalah mental. Hehehehe mungkin betul jika selfie yang extreme semua nak selfie sampai nak buang air pun selfie. Few days ago di Barat ada pasangan suami isteri yang mati jatuh jurang kerana kemarok selfie semasa bercuti bersama anak-anak. Pasangan di katakana melangkah pagar menghalang sesiapa dari terjatuh hanya hendak mengambil view lautan sebagai latar selfie.
Selfie paling top kat China pulak sekarang ni selfie angkat lengan dan tunjuk bulu ketiak. Pelik pelik betul.
Selfie jenis tak tau had bagi kita islam dan melayu ni adalah selfie atas kuburan dengan muka tersenyum happy.
Bagi pendapat saya selfie ni ok .Tak kesah pun kawan-kawan , anak-anak saudara yang sering post gambar selfie selang minit selagi gambar-gambar selfie tu ada batasnya. (Especially pada agama kita)
Selfie juga boleh buat orang percaya pada diri sendiri. So lihat lah pada positivenya.
Selfie juga boleh buat orang percaya pada diri sendiri. So lihat lah pada positivenya.
Dulu zaman saya remaja tak ada handset canggeh. Tak ada camera yang mudah mcm sekarang. Dulu kalau nak tangkap gambar beli la dulu KODAK 36.Tak boleh delete kalau tak cantek dan terpaksa lah di bayar juga tokey kedai gambar-gambar yang goyang, ala-ala matrix atau zombie dan tak kurang mata yang jadi 4 , bibir pula jadi di tepi pipi hahahahhaa. Nak tak nak letak juga la gambar tu dalam album sebab dah bayar. RUGIIIIII. :P
Antara gaya selfie anak-anak remaja sekarang yang saya tengok π
Antara gaya selfie anak-anak remaja sekarang yang saya tengok π
![]() |
| #selfiealaremaja sekarang - ala2 manja. #muncungtupenting |
![]() |
| #selfiealaremajasekarang - pura2 tido |
![]() |
| #selfiealaremajasekarang - fishlip |
Dan byk lagi lah gaya selfie sekarang kadang-kadang tengok lucu dan terhibur juga.
Ok dah sekian untuk selfie hari ini .
-FeedaHMD- bukan pakar tapi kadang2 suka buat kelakar




Comments
Post a Comment