Posts

Showing posts from September, 2014

Sebening wajah Khadijah

Bab 1 "Andai itu kemahuan abang , Khadijah tidak akan menghalang". Air mata jernih masih tersisa di pinggir matanya namun senyumnya sentiasa terukir untuk Luqman. Luqman mencium dahi Khadijah. Tiada kata yang dapat di ucapkan. Terlalu luhurnya hati Khadijah. Hati lelakinya lebur jua. Air mata tidak mampu di bendung.  "Abang, Khadijah tetap sayangkan abang. Tijah ikhlas abang, cuma satu Tijah minta. Abang jangan sisihkan Tijah. Hanya abang yang Tijah ada dalam dunia ini". Luqman mengangguk. Dia sedar Tijah anak tunggal. Ayah ibunya juga sudah meninggal dunia selepas pernikahan mereka akibat kemalangan jalan raya. Luqman memeluk Khadijah erat dan membaringkan Khadijah. "Assalamualaikum" , sambil mengecup kening Khadijah. Biarlah malam itu malam yang terindah bagi mereka. Bab 2 "Awak ni bodoh la Khadijah. Kenapa lah awak setuju pada Luqman tu?".Khadijah memandang Nuraina dengan senyumannya. "Aku tak mahu abang Luqman melaku...

Bootirella : Part 11-21

Image
Tajuk :   Bootirella Genre :   Jurnal Peribadi ,  komedi, cinta By :   FeedaHMD     Dia bukan gadis yang meninggalkan sepatu kacanya di luar istana sebagai indicator utk mencarinya ..  Dia hanya gadis ranggi yang apa pun pakaiannya safety boots tetap menjadi pilihan .. Siapakah dia?   Apa  kah keistimewaannya dia?  ***************************************************** ********** Senyum ku masih tersisa.  Masih terbayang boss buka  kan  pintu kereta untuk aku dan berulang kali berpesan agar aku menalipon dia bila sampai ke rumah.   Nampak risau pada raut wajahnya. Paling aku rasa nak pitam bila boss ambil handphone di tangan ku tanpa minta izin. Dan  save  number handphone dia dalam contact aku. Dia juga siap missed call talipon dia untuk mengambil nombor ku. Apa-apa pun aku dah selamat sampai di rumah.   First, let me take a selfie . #Muncungitupenting “Oh makcik engkau! ”.  Tekejut aku talipon...