Bootirella : Part 11-21
Tajuk : Bootirella


Siapa la @ImWatchinYou yang follow aku kat IG ni. Semua gambar dia LIKE. Sampai gambar tissue putih terpakai yang aku share dengan caption “ nasib pun aku bukan tissue “ dan hashtag #tissueinibukanaku pun dia LIKE. Dia ada comment satu dekat gambar kasut safetyboot aku. Rasanya gambar yang pertama dia LIKE. Tapi comment pun entah apa-apa. “are you working with oil and gas company?” . Rasanya tak perlu aku jawab. Tak kan lah aku kena kerja kat syarikat minyak baru boleh pakai kasut safety.Aku punya suka lah. Hmmm dia ni mesti attention seeker. Ye lah aku tengok follower dia pun Cuma 40 orang tu pun semua mostly online bisness. Gambar yang dia share pulak entah apa-apa. Profile picture gambar kaki gorilla.






“Irfan Iskandar”…. Hmm kenapa lah aku ashik terkenangkan boss aku..




Genre : Jurnal Peribadi, komedi, cinta
By : FeedaHMD

Dia bukan gadis yang meninggalkan sepatu kacanya di luar istana sebagai indicator utk mencarinya.. Dia hanya gadis ranggi yang apa pun pakaiannya safety boots tetap menjadi pilihan..
Siapakah dia? Apa kah keistimewaannya dia?
Siapakah dia? Apa kah keistimewaannya dia?
***************************************************************
Senyum ku masih tersisa. Masih terbayang boss buka kan pintu kereta untuk aku dan berulang kali berpesan agar aku menalipon dia bila sampai ke rumah. Nampak risau pada raut wajahnya.Paling aku rasa nak pitam bila boss ambil handphone di tangan ku tanpa minta izin.Dan save number handphone dia dalam contact aku. Dia juga siap missed call talipon dia untuk mengambil nombor ku.
Apa-apa pun aku dah selamat sampai di rumah. First, let me take a selfie. #Muncungitupenting
“Oh makcik engkau!”. Tekejut aku talipon ni . Siapa la yang besarkan volume handphone aku ni. Selalu aku buat vibrate saja. Alamak. Nafas aku terasa sempit. Biar betul apa yang tertera kat screen handphone aku ni? “IRFAN”
“Assalamualaikum boss, saya baru nak call”.
“Selfie dulu baru nak call? I risau . Ehmm tak perlu perasan. Saya risau awak tu tersampok masa tengah memandu!”.
Aik pelik betul boss ni. Dah off talian? Macam bomoh pun ada lah boss ni siap tau aku ni tengah busy selfie dulu. Tapi… bukan dia kata “I risau”? Dia bahasakan diri dia pakai “I” kat aku?
YES! YES! YES!
“Hoi Manisah! Dah buang tabiat agaknya lompat-lompat atas katil macam beruk makyeh ni”
Mak ni kan suka tau potong kegembiraan yang aku tengah raikan ni.
“Mak! Makyeh tu siapa mak?” Aku saja nak menyakat mak.
“Makyeh tu mak angkat kamu! Beruk tu kamu! Dah aku malas nak melayan. Cepat sikit bantu mak kat dapur tu kejap!” . Toink! Aku juga yang terkena. Huhuhu tak apa Manisah. Lama-lama kau pun boleh master macam mak.
Sampai hati betul mak ni. Tak apa. Yang penting hari ni aku HAPPY!
Dalam aku tengah cium-cium handphone aku terkejut mak masok bilik balik.
“Eh Manisah! Hairan juga mak ni. Awal nya balik? Jangan ponteng dah. Jangan makan gaji buta sebab tu sama macam makan duit haram. Ingat tu!”.
Huhuhu mak. Dalam aku tengah happy ni jugak la selalu dia nak sound kat aku.
***************************************************************
Sudah seminggu insiden PESTA SONGKRAN berlalu. The first and the last boss aku call aku.Rasanya memang aku perasan sendiri. Di ofis pun boss buat macam biasa. Memang keperihatinan boss hanya antara majikan dan pekerja.
Wake up Manisah. Yang indah itu hanya dalam drama.
Macam biasa sebelum kerja, IG dulu. Hari ni aku gambar tepi mata aku dengan melirik ke tepi.
Caption :
Andai tepi mata ini tajam dah lama manusia buta sebab suka “berpandangan” dari sudut tepi.
Ada mata lihat yang lurus..
Jangan membuat andaian hanya melihat dengan mata..
Belajar lah melihat dengan mata hati. Insha ALLAH
SweetSa a.k.a. Manisah - Aku bukan siapa-siapa #darikantaku #tintakuberbicara
“Mak, abah, Manisah pergi dulu. Kalau ada pesan apa-apa call Manisah nanti ye. Bye mak, abah. Lop you many-many. Assalamualaikum”.
-Peace-
***************************************************************
Hello!Good morning. Boleh saya berjumpa dengan Irfan Iskandar?
Aku terdengar satu suara perempuan bertanyakan boss. Hmm dia dekat meja Juwita. Macam kenal tapi di mana ya? Cantek nya dia. Pakai pulak cermin mata hitam besar.
Ketatnya baju dia. Boleh bernafas kah dia?Teringat pulak aku buah nangka belakang rumah yang abah sarungkan dengan T-shirt aku . hahaha Warna pink.
Tapi dia memang cantek.Macam artis. First time aku tengok dia datang ofis ni.Hmmm siapakah dia?
“Manisah.. pssttt Manisah”.
Caren dah mula dah . Nak mengajak aku mengumpat lah tu. Caren tu kalau dia tak boleh berdiri pun muncung dia kalau dapat nak saja sampai ke cuping telinga aku ni. Aku ni memang tak suka mengumpat. Bukan aku ni baik tapi sebab aku tau aku tak baik lah aku cuba halang benda-benda yang boleh menambah berat bahu kiri aku ni. Mengumpat ni umpama memakan daging busuk.Adoyai. Daging pun aku tak makan . Tapi apa kena mengena pulak aku tak makan daging dengan mengumpat. Aku ni suka sangat jadi kangkong.Hmmm rojak kangkong sedap tau!
“Apa Caren. Kalau nak ajak aku mengumpat aku tak nak. Tapi kalau kau nak bawa aku makan roti canai aku boleh temankan”.
“Banyak la kau punya canai. Tu minah tu. Kau tau siapa?”
“Mana lah aku tau Caren. Tanya Juwita lah”.
Rasanya perempuan cantek tu dah mula perasan. Dia berjalan menuju ke meja Caren.
Aku tengok dengan lirik mata sahaja.
“Hi , Saya Tammy. Ada masalah?”
Caren cuma senyum dan terdiam.
“Cik adik kat sebelah tu nak kenal saya juga?”
Terdengar bunyi kasut tumit tingginya dah menghampiri meja aku.
Hmmm siap ketok-ketok meja aku. Aku malas lah sebenarnya nak melayan. Tak suka memanaskan keadaan.
“Cik awak ada telinga tak? Im talking to you”
Aku mengangkat muka. Aku rasa aku macam kenal.Kenangan lama mula datang bertandang.Aku tahu aku memang kenal dia.
“Tumirah?! Is that you? Ya Allah Tumi rindu nya aku kat kau”
Aku berdiri sebab terlalu excited dan nak peluk. Aku nampak muka Tumirah berubah dan macam tak suka.
“Panggil aku Tammy. Hmm Manisah nanti la kita mesra-mesra ok. Sekarang aku tak ada mood nak bermesra sakan dengan kau. Ok lah aku nak masok dulu jumpa your boss. By the way this is my card”
Aku tengok business card dia. Boleh tahan. Tapi sejak bila lah nama dia jadi Tammy ? Tumirah .. Tammy.. Haishh tak sesuai la Tumi!
***************************************************************
Aku nampak Irfan bergandingan mesra dengan Tumi. Ops maksud aku TAMMY. Aku rasa hati ni tiba-tiba rasa macam sedih.. pedih..
Apa lah aku ni. Tak elok di layan perasaan ni. Takut SYAITONNIRAJIM suka datang dekat.
Kalau ada rasa gundah, sedih, pedih kan lebih elok banyak kan berzikir. Solat bila sampai waktu. Faham tu Manisah.
Well, aku lupa nak cerita pasal Tumi yang cun ni. Dia memang cantek.Rambut ikal tu memang asli cuma warna burgundy tu memang bukan ori. Sebenarnya Tumirah tu bukan nama sebenardia .. Nama dia dulu memang jadi gelak kami kawan-kawan sebab masa tu aku rasa aku lagi bernasib baik dengan nama Manisah. Hahahaha
Tumirah tu nama parents dia bagi selepas dia sakit semasa kecil. Ashik menangis. Orang tua-tua cakap nama dia tak sesuai. Mak bapa dia pergi lah ke rumah orang pandai ..ceritanya. Nama anak orang tu pun Tumirah. Mak dia masa tu dah panic sebab Tumi menangis sampai biru muka. Akhirnya nama Tamara di tukarkan kepada Tumirah.
Rasanya mak dia masa tu mental block nak cari nama indah. Ye lah tidor tak, Susu tak ashik menangis macam Ahmad Albab. Entah tak semena-mena tangisan dia berhenti dengan nama baru dia. Hahaha ni bukan nama kat IC taucuma bila mak dia setiap kali datang ke sekolah , semua dengar mak dia panggil nama dia Tumirah. Jadi la ikutan walau selalunya Tumi amat benci nama tu lebih-lebih lagi kami dah bagi singkatan nama untuk dia Tumi. Hahaha sorry Tamara tadi tu kau mengada sangat so aku terpaksa buat kau sedar diri sikit. Part rindu tu.. hmm yang tu betul. Aku rindu ..
Tapi…. Kenapa dia mesra sangat dengan boss? Dia tak pernah datang pun pejabat ni dulu. Bukan main lagi boss gelak gelak keluar ofis bergandingan. Selalu dia akan pandang aku dulu sebelum keluar pintu. Hmm part ni aku rasa aku perasan . Tak mungkin lah kan.
Kenapa aku hilang mood ni? Kenapa hati ku rasa macam nak menangis? Ish tak suka la kalau rasa macam ni. Daripada aku rasa macam ni baik aku stalking @ImWatchinYou dulu .. Hey aku tak pakai harta pejabat ok. Aku gunakan hp aku sendiri dan bill pun aku bayar sendiri. Apa-apa pun first, let me take a selfie. Click! #muncungkubukanmuncungmu dan share.
Kenapa lately ni aku ternanti-nantikan comment gila-gila @imwatchinyou
***************************************************************
Dah balik kat rumah ni. Sunyi lah pulak rumah kalau mak dan abah tak ada. Kata nya nak bermalam rumah mak su Aina. Ada kenduri tahlil.
Maksu Aina ni selalu buat kenduri tahlil untuk arwah bestfriend dia. Masa dulu pernah tanya kat maksu kenapa maksu buat tahlil untuk bestfriend dia? Dia tak ada keluarga ke? Sedih juga bila dengar cerita. Maksu bagitau yang bestfriend dia tak ada keluarga. Anak yatim.Dan maksu Aina lah umpama adik dia. Kata maksu Aina lagi dia meninggal selepas melahirkan. Tapi bila akutanya mana anak tu. Maksu Aina dah menangis. Aku pun tak berani lah nak tanya lagi sampai lah ni. Urusan orang tua. Tak boleh juga aku nak lebih-lebih. Tak elok. Apa-apa pun Alfatihah sentiasa aku sedekahkan.
Hmm sunyi nya…. Apa aku nak buat ek. Aaaa sekodeng IG si mamat kaki gorilla dulu lah.
Hari ni dia post gambar indo mie tapi caption memang selalu OUT!
Caption dia? Nak tahu? Oh INDO MIE aku RINDU KAMU. Dia ni duta Indo mie agaknya.
Aku nak post apa pulak today.. Hmmm tadi aku sempat snap picture dua ekor kucing sedang bercintan cintun .Romantik betul.
“Andainya aku kucing betina ini …
Belum sampai 5 minit aku post ada comment dari @imwatchinyou “andainya kau jadi kucing jangan suka berak merata-rata.. Nanti aku tak nak ngorat…”
Hmm Gorilla ni kan suka cari pasal.
“Aku kucing pun tak hingin dengan Gorilla. Gorilla jalan tonggek!”
Hahahaha kan tak pasal-pasal aku terbayangkan muka Gorilla dalam “Animal Planet”.
Gorilla ni kan kalau sehari tak comment tak sah.Tapi kalau dia tak ada cari-cari juga sebab dia sahaja yang comment macam sel otak dia belum berhubung.
***************************************************************
Pagi weekend yang amat la bosannya. Lambat lah pula mak abah sampai.
YES! Panjang umur mak abah aku. Dah sampai pun. Nasib aku ada buat nasi goreng untuk sarapan.
Pukul 10 pagi. Ok lah still a breakfast untuk orang melayu hehehe.
“Manisah , Maksu kirimsalam”.
“Walaikumsalam. Maksu sehat mak?”
“Alhamdullilah, sehat”.
“Mak, Manisah rindu lah semalam. Jom Selfie dulu dengan Manisah OK?”
KLIK! SHARE Huhuhu mak aku memang supporting.
As usual belum sampai 10 minit aku share gambar kat IG aku.
“Kenapa mak kamu lagi comel dari kamu? Kamu ni anak angkat ke?”
Mamat kaki Gorilla ni suka menyakitkan hati aku. Ada jugak aku block kau nanti. Dah gatal juga rasa jari nak block tapi kadang-kadang gaduh dengan dia ni terubat juga kesunyian aku. Selalu nya aku biar kan saja comment-comment dia tanpa jawapan. Tunggu lah bila dia post gambar nanti siap dia aku comment ikut selera dia.Hari ni aku tak ada mood nak bertekak. Lagi baik aku ready nak jalan-jalan hujung minggu dengan mak dan abah aku.
***************************************************************
Cepat nya waktu. Esok dah nak kerja. Hmm lately ni aku malas rasa nak pergi kerja. Mood aku dah tak ada . Boss aku pulak sejak ada si TUMI tu asal nak lunch datang ofis memang tak pandang siapa-siapa dah dalam ofis tu. Taka pa lah kalau tak pandang yang lain. Aku ni pandang la sikit. Bagi senyuman ke. Lirikkan mata ke.
Entah lah. Aku tak faham perasaan ni. Hati ku rasa sakit tapi aku sendiri tak tahu kenapa.Bukannya boss tu kekasih aku. Keluar dating pun tak pernah. Lagipun aku ni kena sedar diri. Kerja pun hanya kerani biasa ada hati nak ngorat boss. Sudah la tu Manisah. Lagipun Tumi tu memang sepadan dengan boss. Dia cantek. Boss Handsome. Kalau kawin dapat anak pasti comel. Hmm kenapa la semakin aku cakap macam ni seperti di tores hati ni.
*KLIK dan SHARE*
Aku masokkan gambar mata “panda” aku dengan caption “Tidor lah wahai mata walau rindu hingga tak terkata”
Hmm dah pukul 2pagi. Mamat gorilla ni tak tidor lagi?
“aku juga rindu pada mu………. Oh puuuuuut……..tu.. piring.HAHAHAHHA”
Gila agak nya mamat ni.
“Hmmm @imwatchinyou jantinamu tak ku tahu kalau kau rindu nak makan putu bukan di gambar-gambar aku!”
Malas lah nak tengok IG aku malam ni. Nanti aku tak post seminggu baru kau tau.
“Irfan Iskandar”…. Hmm kenapa lah aku ashik terkenangkan boss aku..
**************************************
“Manisah. Kenapa awak ni dah macam ayam berak kapor”.
“ Apa lah mak ni. Manisah tak cantik ke hari ni? Cuba tengok hah lesong pipit masih terletak kat pipi. Rambut pun tersikat rapi. Apa nya ayam berak kapur?”
“Tu hah senyum dah tak ada mana nak nampak lesung pipit tu. Mak ingat dah hilang. Manisah tak sehat ke nak?”
Alamak. Mak aku perasan pula aku tengah tak ada mood. OK buat macam biasa Manisah . Sebagai anak, kegembiraan orang tua tu adalah penting buat aku.
“Mak nya. Jangan-jangan Manisah tu kena penyakit angau. Nak berlaki agaknya”
Dalam aku minum abah cakap macam tu. Tersembur air dari mulut. Nasib baik tak kena muka mak.
“Amboi abah. Straight je cakap macam tu. Manisah ni perempuan Melayu Terakhir lah abah cakap biar lah ada selindungnya. Abah cakap la semalam Manisah masak masin sangat tau. Tengok sekarang Manisah dah malu. Nak sembunyi tutup muka lah macam ni.”
Muka aku dah rasa panas. Kenapa lah abah dan mak ni take team pulak nak kena kan aku.
“Ni nak abah dan mak cari kana tau nak cari sendiri ni Manisah?”
“Bang Aji kalau nak tunggu Manisah mencarinya alamat tak merasa lah kita bermenantu”
Adoi. Nak jawab ke tak ni ek. Pagi-pagi kena soalan macam ni. Tapi ye la aku tak kesah pun sebab yang bertanya ni mak bapa aku. Aku paling tak suka kalau orang luar yang bertanya. Orang luar ni suruh aku kawin cepat-cepat kenapa? Kalau nak bagi aku duit buat kenduri kawin tak pe la jugak. Ni dah la sibuk tanya orang kawin nanti bila kawin kutuk pulak kenduri kita makanan tak sedap la, doorgift murah la. Hmmmm tengok. Aku pun dah melalut..
“Mak, abah, Manisah pergi kerja dulu. Selamat mencari menantu ye.. Bye mak abah I lop you. Assalamualaikum”
Oh IG aku? Tak nak share apa –apa untuk seminggu. Saja nak mogok dengan kaki Gorilla tu.
**************************************
Sampai kat parking aku nampak boss baru nak membetulkan keretanya dan parking tak jauh dari aku. Macamana ni? Dah la aku perasan sendiri. Sakit sendiri . Aku malas lah nak menyemai rindu pada orang yang tak tahu.
Keluar kereta atau biarkan boss jalan dulu? Tapi kalau dia jalan dulu dia yang sampai dulu. Tak pernah pun selama setahun aku kerja di sini boss sampai dulu dari aku. OK. So aku kena jalan pantas. Atleast tak lah berjalan bergandingan. Nanti aku lebih perasan dan lebih parah penyakit angau aku ni.
“Assalamualaikum. Good morning Manisah”
Bila dia ada sebelah aku pun aku tak tahu. Aku rasa aku jalan dah cukup laju .
“Em waalaikumsalam boss. Pagi”.
“Nice green dress.”
Alamak pertama kalinya dia puji aku.. Kenapa jantung aku ni semakin laju. Sabar Manisah. Jangan mudah nak cair. Minggu lepas pun boss ada puji handbag Juwita dan kasut Caren.
“Mak beli minggu lepas boss”
Alamakk kenapa la aku jawab macam tu. Malu nya aku. Siap bagitau mak yang belikan. Jawab je lah terima kasih Manisah. Tak perlu lah mesra alam sangat.
“Pandai mak awak pileh”.
Ok Manisah. Angguk saja. Pintu ofis pun dah dekat tu. Angguk dan masok ofis cepat-cepat.
Jantung aku berdegup kencang bila tiba-tiba boss juga memegang tombol pintu. Lembut nya tangan boss. Macam perempuan. Aku perempuan ni pun tak lembut macam tu.
“Maaf. Tak perasan awak pun nak buka pintu. OK silakan Manisah”
Aku cuba nak buang rasa janggal ni. Alamak aku gedik pula senyum ayu lah pulak yang aku buat. Siap selit rambut tepi telinga dengan jari yang gemalai. Menyampahnya aku kau ni Manisah!! Wahai naluri perempuan ku tak perlu lah buat macam ni.
Sudah. Jangan nak terhegeh-hegeh. Masok duduk dan buat kerja macam biasa. Ayu –ayu lah pulak. Ni bukan drama lah Manisah..
Oh Irfan Iskandar. Sesungguhnya aku dah jatuh hati. PARAH nampak nya aku ni. Tak lama lagi masuk ICU . Manisah… Manisah..
**************************************
Balik kerja mak dan abah dah ready ditengah laman. Minum petang bawah pokok. Aku terhidu bau sedap. Cucur udang kegemaran ku. Kalau macam ni lepas minum petang terpaksa lah aku pergi bakar lemak. Dan setiap kali aku cakap macam tu mak akan cakap “ badan kau tu lemak sesudu pun tak ada. Apa yang nak di buang pun mak tak tau”..
“Manisah, mak dan abah ada benda nak sampaikan”
Aku yang baru nak memasukkan cucur udang ke dalam mulut terhenti sekejap.. Kalau ada sound effect terkejut dan kaku beberapa saat memegang cucur udang memang dah macam drama sinetron.
“Macam serious pulak bunyinya ni mak. Seram tau sampai naik rasa bulu roma sampai rambut- rambut Manisah sekali rasa naik ni”
“Dengar la dulu mak kamu becakap tu Manisah. Berhenti lah mengunyah tu. Mak kamu dah tak concentrate menengok nya”.
Aku tengok muka abah. Serious. Seramnya. Aku ada buat salah ke?
“Ni Manisah. Minggu lepas Maksu Aina bagitau ada orang nak masok meminang”
“Oh Maksu Aina nak kawin? Wah akhirnya. Syukur Alhamdullilah . Ni sure dia selalu pergi main dam kat Warong hujung simpang rumah dia ni”
“Eh budak ni! Cuba diam dulu. Cubit mulut tu baru tau”.
Aku Cuma mampu mengetap bibir. Aku kan dah cakap kalau aku panic memang mulut aku tak boleh nak diam.
“Bang Aji saja lah yang bagitau”.
“Manisah, ada orang nak melamar kamu. Ha mak nya kan senang. Susah sangat dah macam drama TV ashik nak terkaku tak habis-habis”
Aku sekarang terasa macam nak pitam. Kenal pun tak pada yang nak melamar . Muda atau tua? Bujang atau duda? Tau-tau di lamar. Aku nak menjawab takut kena sound pulak. Aku ni anak yang solehah tau tak. Menjawab tu berdosa. Dan hari ini bukan masanya untuk aku nak berlawak. Muka abah pun dah macam nak menelan aku tadi tu bila aku buat lawak kat mak. Tak pasal-pasal bawah pokok bidara ni aku kena panah kilat sebab melawan. Huishh tak nak la nanti datang pula founder D’Herbs tu tak pasal-pasal dia buat iklan “EEEE Dayang Senandung. Muka je putih Tangan hitam”..
Tiba-tiba aku kesihan pula kat boss aku. Kenapa? Ye lah aku dah nak di lamar ni. Nanti dia dah tak ada peluang nak ngorat aku. Hmmm Manisah sudah-sudah lah tu bperasan. Aku yang angau sendiri. Sakit sendiri. Padan muka aku.
Boss kenapa la tak pernah nak pandang aku.. Pedih nya hati ini. Takapa boss. Nanti jangan boss terhegeh-hegeh nak mengorat. Masa tu dah tak pandang siapa-siapa dah. Tengok muka suami aku sahaja. Hmm tapi….. siapa yang melamar aku ni. Eeeee jadi seram pulak. Cukup ke giginya 36 bilah? Bermisai kah? Kulit dia macam mana? Kerja di mana? Nak tanya ke tak ni?
Huhuhuuhu aku dalam dilemma.
**************************************
Bila ku tak tenang. Aku suka melihat pantai. Angin yang meniup rambut ku. Deruan ombak. Aku rasa tenang bila ku tutup mata. Masya ALLAH. Tenangnya.
“Ehmm Hi Manisah”
Aku rasa angau aku ni dah tahap kritikal. . Dalam jaga aku dah mimpi boss aku datang. Baru tutup mata menikmati indahnya alam .
“Boss , saya ni tengah buat terapi ni boss. Jangan lah datang . Siang malam sampai dalam tandas pun ada boss. Boleh tak hari ni tak payah datang?”
“Excuse me? Apa manisah?”
Wah hebat nya penangan angau kat boss ni. Sampai aku boleh bersembang dengan boss macam ni.
“Manisah!”
Aku buka mata. Wah angau ku semakin parah. Macam real la boss aku depan mata.
“Boss izinkan saya tenung muka boss puas-puas ye. Saya rindu”.
Terkebil-kebil mata boss. Rambut nya di tiup angin. Eee handsome lah boss ni. Bulu mata lebih melentik dari bulu mata aku.
“MANISAH! Awak ok ke? Nak saya hantar awak balik atau hantar awak ke mental hospital?”
Aku jadi sangsi. Memang nampak real. Sampai jerawat boss yang tepi dahi kiri pun masih nampak. Ada mengelupas sikit. Mesti boss ni suka picit-picit jerawat.
“MANISAH!!”
Aku terkejut. Selama aku angau tak pernah pun boss bersuara. Ni siap marah pulak?
Mampus. Ni memang boss aku. Harap dia tak dengar apa yang aku cakapkan tadi. Malu nya aku. Nak buat macam tak ada apa-apa pun rasanya memang aku tak mampu sekarang ni. Nak sembunyi muka macam mana. Tak kan lah nak jadi burung unta sembunyi kepala dalam tanah.
Contingency Plan Manisah! Bagaimana kalau aku buat pura-pura pengsan? Ye lah macam Haji Bakhil bapa Manisah dalam labu-labi. Tapi kalau aku pengsan nanti susah juga . Kesian mak abah . Membazir air mata sahaja menangis sedangkan aku tipu. Hmm cepat Manisah. THINK! THINK!
“Eh boss. Hi. Saya tengah latihan drama boss untuk persembahan ofis hari raya tahun depan”.
Aku cuma mampu tersenggeh. Jantung aku dah macam ombak.
“Wah hari raya tahun ni belum pun lagi, awak dah practice untuk raya tahun depan?”
Sekali lagi jawapannya hanya sengehan aku.
“Boss jogging ke?’ emm soalan jenis apa ni Manisah. Tak kan la boss nak shopping di pantai ni.
Boss menganguk dan senyum.
Dari jauh aku nampak Tammy melambai-lambai kat boss. Hati ku tiba-tiba pedih sangat.
“Ok lah Manisah. Saya jalan dulu. Awak tu jangan balik lewat sangat. Tak elok sorang-sorang”
Aku Cuma mampu mengangguk. Tengok la aku ni boss. Kalau jadi bini memang taat tau. Siap angguk terus.
Dari jauh aku lihat boss berlari-lari mendapatkan Tammy. Aku di sini… sendiri
“Irfan Iskandar..”
-Bersambung -
Untuk membaca "Bootirella full" dan "sebening wajah khadijah" bolehlah pergi ke sini : http://www.penulisan2u.my/tag/feedahmd/
Sudi-sudilah komen di sana untuk saya In shaa Allah memperbaiki lagi cara penulisan saya
Nota tambahan: Bootirella adalah kesinambungan dari Sebening Wajah Khadijah
Comments
Post a Comment