Bootirella : Part 1 - Part 10
Tajuk : Bootirella
Genre : Jurnal Peribadi, komedi, cinta
By : FeedaHMD (Kuala Belait, Brunei)
Dia bukan gadis yang meninggalkan sepatu kacanya di luar istana sebagai indicator utk mencarinya.. Dia hanya gadis ranggi yang apa pun pakaiannya safety boots tetap menjadi pilihan..
Siapakah dia? Apa kah keistimewaannya dia?
Siapakah dia? Apa kah keistimewaannya dia?
***************************************************************
Umurku 29 tahun. Tahun depan dah masok 30. Masih sendiri. Hairan juga sebab setiap kali aku tengok cermin , aku ni tak lah tak cantek. Ada la juga iras-iras Nora Danish.Part mana? Hmm part rambut dia bangun tidor.
Nama ku Manisah. Hmmm ni semua pasal minat mak kat “Manisah” anak Haji Bakhil dalam cerita Labu Labi. Ceritanya sampai tak bertegur dengan abah seminggu sebab nak juga namaManisah. Manis kata mak. Abah nak bagi namaku Manisha. Ada bunyi macam pelakonHindustan yang popular dulu, kesukaan abah - Manisha Koirala.
Kadang-kadang naik jealous juga dengan kawan –kawan yang nama semua “style baru” dan kalau nak di “commercialkan”pun senang.Macam kawan aku nama Shamimi senang-senang dah dapat buat nama glamour Sha or mimi atau macam Qumaira dah boleh jadi Q atau Maira or nak lagi manja boleh bubuh nama Ira .Kalau aku nak letak nama apa? Manis? Isah? Huhuhu memberontaknya jiwa muda ku. Muda lagi ke? Dah nak masok 30 ni. Ah.. Age is just a number. #adekukesah :P
****************************************************************************
“Manisah! Cepat sikit dah lewat. Abah dah tunggu dalam kereta tu. Bawa kereta hati-hati. Lepas hantar abah singgah dulu rumah Katty. Rasanya baju mak potong hari tu siap dah tu”. Mak aku dah
mula bising. Lontaran suaranya bukan lagi ke laut tapi dah naik ke langit. Aku dah immune.Cukup
mula bising. Lontaran suaranya bukan lagi ke laut tapi dah naik ke langit. Aku dah immune.Cukup
sekadar angguk dan bagi peace.Kalau aku sambung takut jadi segmen berbalas pantun pula.
“Ya ALLAH Manisah baju kurung, kasut safetyboot jugak kau pakai?”. Aku sekali lagi buat comel. Bagi peace dan jalan terus. “Oh kaki, cepat lah kau menuju pintu”.
“Bye mak. I lop you. Balik kerja la Manisah singgah kat rumah makcik Kathy.
Assalamualaikum”.
Mak aku dah nak dekat pintu. Cepat Manisah kalau tak panjang lagi la syair mak. Tutup cermin keta cepatttt. Ok buat lambaian sang ratu kat mak. Huhuhu Nampak mak tengah mengetap bibir. Hah pastinya mak tengah geram sebab anak dia kan MANIS. Ishh tak suka betul la nama ni.
Assalamualaikum”.
Mak aku dah nak dekat pintu. Cepat Manisah kalau tak panjang lagi la syair mak. Tutup cermin keta cepatttt. Ok buat lambaian sang ratu kat mak. Huhuhu Nampak mak tengah mengetap bibir. Hah pastinya mak tengah geram sebab anak dia kan MANIS. Ishh tak suka betul la nama ni.
Ok gear dah pergi ke “R” apa lagi tak perlu terhegeh-hegeh lah Manisah.
“Manisah. Hantar abah kat hujung simpang tu saja. Abah balik sendiri rasanya kereta abah dah ok dah tu. Dah lebih seminggu obehol”.
Adoyai abah ku. Overhaul la abah. “Ala sama juga hol hol bunyi nya. Kau mana tau orang putih tu pun menyebut tak betul. Entah-entah dia sendiri pun tak paham apa yang dia cakapkan”.
******************************************************************************
Jam dah masok pukul 8.30 pagi. Mati la aku ni. Caren ni pula suka bising. Takut boss encem aku tu dengar pulak. Hmm nanti tak pasal-pasal aku terpaksa dengar dia marah. Bukan apa aku ni lemah semangat. Tak pasal-pasal jatuh hati kat boss sendiri.
Pasang strategi dulu. Hmmm OK aku masok aku jalan slow-slow sure tak ada orang prasan punya
lah.Bila sampai dekat meja Caren aku corner la jalan dari belakang dia. Kenapa la terpaksa melintasi
lah.Bila sampai dekat meja Caren aku corner la jalan dari belakang dia. Kenapa la terpaksa melintasi
minah kipas ni dulu baru meja aku. Ok. Tarik nafas. Hembus.
“Bismillahirahmaanirrahiim”.
“Manisah!Awalnya!”. Hmm pantang mak jiran sebelah aku main perli-perli macam ni. “Hi caren.Ni how ma?. Kau ni ada deria ke enam agaknya sebab aku dah jalan pelan-pelan kau masih dapat dengar aku datang?”.
“Pelan kata kau Manisah? Hentakan kasut boot kau tu pun dah bergegar cawan kopi di meja”.Caren geleng kepala.
“Caren aku datang awal ke lewat ke bukan ada kepentingan sangat pun. Aku Cuma clerk biasa sahaja. Kalau dah tak ada file nak kemas, surat nak type takut aku gunakan harta syarikat main FB macam kau pulak. Tak ke berdosa tu”.
Alamak Caren dah tarik muka .Be ready….“ADOIII!!Caren mak kau buntingkan kau kenan ketam ke?. Sakit la! Cubit tu biar la ayu! “
******************************************************************************
“Baru pukul 2.30 petang. Hmmm nak buat apa lagi ni. Boringnya kalau tengah bulan. Kerani biasa
macam aku ni bukan ada banyak nak buat pun. Company bukan besar pun”
macam aku ni bukan ada banyak nak buat pun. Company bukan besar pun”
**Manisah tunduk melihat ke bawah meja**
TING! IDEA!!
**10 minit kemudian**
“Manisah, dah berkilat safetyboot tu?”.
“OH MAK BOSS KAU!”. Adoi malu nya kan dah melatah aku. OK relax bawa bertenang. Tarik
nafas dalam-dalam. “Afternoon boss”.. senyum Manisah biar tak nampak panic. Alamak safetyboot aku masih atas meja. Nak cover pakai paper sure tak dapat ni. Ya ALLAH harap lah boss ni tak lama-lama tercegat kat sini.
“Manisah, boleh bawakan file ref.2002 letak atas meja saya.Thanks”.
Fuh lega. Hmm segak nya boss ni. Mata tak dapat nak kebil ni. Dah pedih masok angin. Cepat la jalan tu boss tak perlu la catwalk pulak. Aku tau la awak tu handsome.
******************************************************************************
Aku ni sebenarnya sedih. Dulu aku berangan-angan aku akan jadi boss. Boleh pergi keluar negara hanya untuk attend meeting. Alaaa macam dalam drama tuuu. Pakai baju cantek.Handbag cantek.Tak macam handbag aku sekarang ni baju biru pun handbag pink juga.Baju Kuning pun handbag pink tu juga. Tak apa lah Manisah. Color block is IN-TREND. Ok where am I tadi? Oh pakai handbag cantek, Kereta pun mewah.Kalau keluar dari kereta rambut terbang-terbang gitu. Pakai cermin mata hitam besar ala diva. Well, tak kawin pun sure boyfriend atau tunang pun orang-orang yang same level. Waaaa best nya!!Tapi… yelah .. dah nasib aku. Bukan aku tak nak belajar. Bukan aku tak pandai. Dah tu bukan aku tak cantek. Badan kecil, bibir comel, kulit putih, muka iras cina. Ishhh Manisah dah dah la tu ok tak boleh riak.
“Syukur ALhamdullilah “.. Haaa begitu lah. Kena selalu bersyukur. Rumput seberang jalan nampak lebih hijau dari rumput tempat aku berdiri. Pandangan luaran Manisah. Hanya indah di mata.
Ok. Cut it Manisah. Sedih lama-lama ni belaian SYAITONIRRAJIM. Baik aku pergi tengok
keindahan alam ciptaan ALLAH. Apa-apa pun yang penting “Safety First”.
“Manisah oiii nak pergi beris wok pun pakai safetyboot?”.
Mak aku ni kalau sehari tak mengutuk aku tak sah. Takut hilang aura cun la tu.
“Mak bukan beris wok mak. Liat mulut Manisah ni mak .BRISK WALK”. “Alaa sama je bunyi nya mak dengar”.
Aku menoleh kat Abah. Jeng!Jeng! abah dah mula jadi teacher Ingris untuk mak . “Maknya,bukan
beris wok la berish wok”. Adoyai mak abah guru English ku.
beris wok la berish wok”. Adoyai mak abah guru English ku.
“Manisah jalan dulu mak, abah ”. Peace dulu depan pintu kat mak dan abah. “Assalamualaikum”
****************************************************************************
Lokasi : Pantai
Jarak 10 minit memandu dari rumah aku
Ya Allah. Indahnya ciptaan mu. Angin... Pantai... Deruan ombak ..dan.... Aku..Aku juga ada lah ciptaan terindah Bukan puji diri tau .Aku tengah mensyukuri nikmat yang Allah berikan padaku.
“Alhamdullilah”
Tarik nafas dalam-dalam. Hembuss..Ok.baru warming up sebelum mulakan beris wok kata mak aku. Mak,mak. Sayang mak.Insan yang mengajar aku redha. Percaya akan ketentuan ALLAH.Mak sering pesan kalau rasa sedih tu jangan berpanjangan. Tak elok. Iblis suka kalau kita sedihakan hal-hal dunia. Terima kasih mak. You are the best!
*berjalan melawan arah angin*
Alamak! Macam boss aku je. Uiks pakai seluar pendek. Haishhhh bulu kaki macam penyapu rumah aku! Aku pula yang malu tengok dia pakai seluar pendek ni.Terasa panas dah muka ni. Macam mana ni? OK idea datang . Manisah. Buat Power walk! Pura-pura tak Nampak. Tolehdan pandang ke laut konon-kononnya.
"Hi Manisah.."
Boss tegur aku? Boss tegur aku? Terpaksa aku tanya berkali-kali kat diri aku ni. Nak pastikan yang aku bukan di dalam mode berangan. Sah dia memang perasan aku ada di sini. Gabranya aku. Ok buat macam biasa la Manisah! Kau kalau gabra bahaya!
"Eh boss. Lebat bulu kaki.". Mampus. Ni la aku tak suka perangai gabra aku ni. Cakap selalu
terkeluar apa yang kat hati.
"Apa manisah?"
"Emm maksud saya hebat nampak kaki".. Alamak ,Manisah relax la.
"Maksud saya da ..dah la stop dulu kaki aaaa stop berlari" , bagi peace Manisah dan buat senyuman nampakkan semua 36 bilah gigi kalau boleh.
"Selalu ke datang sini? Tak pernah nampak pun selama ni"
"Baru je boss hari ni. Selalu kat taman dekat rumah saja, tapi entah hari ni macam teringin pula nak menikmati angin laut".
Apa pula boss ni aku becakap tengok la muka aku bukan tengok kaki aku.
Eh dia senyum pula. Aik ketawa pulak. Siap geleng-geleng. Ni yang buat aku hilang semangat ni.
Ada tak pasal-pasal aku tanam kan kaki aku dalam pasir ni. Lama sangat merenungnya.
"Manisah, Manisah. Awak dan safetyboot awak"
"Kenapa boss? Kenapa dengan safetyboot saya?"
"Ok lah Manisah jumpa esok. Peluh pun dah kering ni. Assalamualaikum. bye. See you tomorrow"
Boss lambai aku? Wahhh boss ni berlari pun Nampak segak. TOINK! Bulu kaki. Hahahahaha dah jangan tengok kaki dia.
Boss ni pun ciptaan ALLAH yang terindah dalam hidup aku. Ye lah aku hari-hari boleh cuci mata. Selagi tak hilang dari mata aku ni jangan harap berkelip mata ni. Tak nak la kerugian sekelip. Masok pasir pun masok lah janji tak rugi. Huhuhu mimpi indah aku malam ni.
****************************************************************************
Yeay Alhamdullilah siap dah masak.Malam ni aku masak sambal goreng udang dan sayur kangkong tumis belacan. Emmm sedapnya.
Aku ni memang dah cukup syarat kalau nak kawin. Dah la cantek, masak pun boleh tahan.Hahaha! Aik kenapa la dalam aku tengah nak menghidang ni tergelak pulak teringat bulu kaki boss aku. Nampak terbang-terbang di tiup angin. Hahahaha kalau letak spotlight dah macam rambut heroin Hindustan baru keluar kereta pulak. Kalau aku jadi bini dia aku akan cukur habis masa dia tengah tidor.ZAP!ZAP! Hahahaha! Ayam togel. Hahahaha!! Adoii geli hati aku.
“Bang aji! Panggilkan ustaz cepat. Manisah tersampok agaknya ni!”.
“Ish mak ni tak ada la. Manisah terkenang cerita lawak siang tadi saja”.
Aku nampak abah berlari laju menuju ke tempat aku. Tanpa sempat aku mengelak “Wooshhhhh!
“YA ALLAH! ABAH!!!! Habis basah Manisah”.
“Alhamdullilah. Dah sedar anak abah?”
Terkebil-kebil mata aku. Nak jawab ke tak soalan abah aku ni. Abah sesungguhnya hari ni abah tak osem tau!
Abah simbah aku dengan air Yassin yang dia minta kat ustaz Ahmad minggu lepas. Tak pasal-pasal aku basah di malam hari. Ni mak la punya angkara.
Wah mak GUMBIRANYA gelak sambil pukul-pukul bahu abah.
“Abah! Mak tu yang tersampok! Tengok tu dah macam orang menurun dah gelak sakan”.
Aku Cuma mampu tarik muka masam.
“OK!OK! astaghfirullahalaziim. Lawak betul abang ni. Apa pasal simbah Manisah. Rasa nak terkentut dah ni gelak.HAHAHAHA!”.
“Ye lah kata Manisah tersampok! Ingat nya lah betul. Kamu berdua ni memang tak ada kerja lain?Ashik nak main-main saja macam budak-budak. Sakit dada aku ni terkejut tau tak. Benda bukan boleh buat main !”
Aku bagi tanda jempol kat mak. Hahaha kan dah kena marah. Mak besarkan mata kat aku.Alamak. Ok Manisah pura-pura tak tengok kat mak.
“Ok lah. Jom dinner. Manisah masak sedap malam ni tau”.
“Ok lah. Jom dinner. Manisah masak sedap malam ni tau”.
“Manisah.Apa yang kamu gelakkan tadi?”
Mak bertanya. Abah menanti jawapan. Aku.. aku gelak semakin galak. Hahahahaa!OK! takpasal-pasal kena simbah abah lagi nanti oleh abah aku.
“Buruk betul rupa kau Manisah kalau gelak. Asal gelak saja kepit tangan bawah ketiak. Apa pesen lah kau ni!”.
Hmm , mak ni suka tau. Terbantut sudah gelak ku. Bukan pesen lah mak. Mak tu yang buntingkan Manisah tak makan makanan bergizi. Tu la pasal setiap kali geli hati ketiak ni rasa geli.
****************************************************************************
Di pejabat yang cuma ada Aku, Caren, Juwita, Abang Mel our mailboy dan sekejap lagi akan datang boss aku yang handsome. Hahahaha benci la sekarang ni kalau ingat kat boss teringat bulu kaki dia. Ishhh tak mau la macam ni.
“Assalamualaikum and morning all”.
“Waalaikumsalam and morning boss. Nak kopi?”. Laju nya kau Caren. Memang dasar kaki kipas.
Caren tengok aku dengan pandangan mengada. Aku ambil kertas dan berkipas terus. Caren jelling aku.
“Manisah, panas ke ofis ni?”
“Eh boss, tak la. Saja keringkan tudung saya boss. Tadi hujan”. Kenapa la setiap kali aku ni sering kali terkantoi.
“Hujan?”
Aku buat pekak. Pura-pura mula membuka file dan ambil calculator. Tekan apa sahaja nombor. Hah ambik kau dah sampai 890,123 figure kat calculator aku. Tekan lagi Manisah sampai boss jalan. Buat muka tekun sekali Manisah. Alhamdullilah dah jalan pun boss.
“Kira apa?”
“Oh Mak aku Kira bulu kaki boss!”. Terkejut aku. Muka aku dah terasa panas. Bila pula la boss aku ni berpatah balik. Panic! Panic!. Tengok kaki.
“Manisah, bagitau Juwita saya cari. Mungkin dia masih di pantry”.
“Ok boss nanti saya bagitau.
Ok boss dah jalan. Ops menoleh lagi? Bismillahirrahmanirrahiim. Ya ALLAH jauhkan lah aku dari keaiban dunia dan akhirat. Aamiin.
“Manisah.. emm banyak juga bulu kaki yang awak kira tu ye?”
Aku Cuma mampu mengaru hidung dan terkebil-kebil lihat boss masok pejabat . Aku nampak dia tersenyum lebar.
****************************************************************************
Baru pukul 11.30pagi perut aku dah mula keroncong. Bekal aku bawa tadi dah habis seawal pukul 8.30pagi.Makan kuat badan tetap maintain. Ikut tips Juwita. Minum air lemon setiap hari. Iklan sekejap. “Tengok perut ku ramping kan?
Caren tak ada. Pergi sekolah kata nya ada perjumpaan ibu bapa. Juwita pula meeting kat luar. Abang Mel macam biasa menghantar surat. Hmm kalau tak pastinya dia la yang aku pesan roti canai dan teh tarik.
Hmm boss pun tak ada dalam bilik. Bila dia keluar aku pun tak perasan. Ah biar la yang pnting perut aku ni dah kebulur.
Lokasi : Depan pintu pantry
Wah boss kah itu? Kenapa aku nak gelak ni? Jangan lah geli wahai hati. Alamak tak tahan. Hahahahahaha boss makan indo-mie abang Mel? Hahahahahahahahhaa. Selama aku kerja kat sini tak pernah aku nampak boss aku makan indo mie atau masok dalam pantry ni.Ni menyuap siap toleh-toleh macam pencuri. Lawak betul rupanya.
Merah padam muka boss. Aku pula dah cuba nak berhenti gelak. Tapi nak buat macam mana aku tetap nak gelak.
“Awak nak?. Jom makan”
Soalan yang membuat gelak ku terhenti tiba-tiba. Jantung ku terasa seakan berhenti. Sudah la kau Manisah. Dah macam drama kat TV pulak nak jiwang-jiwang. Sukahati aku lah nak jiwang kan. Bukan boss tau pun. Tapi aku terasa macam lunch date pulak. Oh Indahnya lunch date pertama ku. Makan semangkuk dengan boss. Biar betul. Mimpi kah aku. Date makan indomie? #KoHade?
“Boss cuba pijak kaki saya boss”
“Kenapa?”
“Saya nak tahu samada saya bermimpi atau betul”
Aku tengok kat kasut ku.Tengok balik muka boss. Hmm soalan jenis apa pula boss aku ni.
“Apa punya pesen soalan boss ni. Apa logicnya ?”
“Sebab awak dah bangun atau tidor pun tak akan terasa sakit bila di pijak”
Sekarang boss pula mula gelak. Boss aku ni pelik la benda yang tak lawak dia gelak. Menyampah betul. Gelak lagi boss sampai aku boleh nampak anak tekak boss.
Ohh boss .. Handsome nya boss ni. Asal tengok boss ,mata ni pantang nak berkelip. Pedih tau.
“Manisah. Lepas makan hantar kan saya document yang atas meja Juwita. File warna biru”.
****************************************************************************
Soalan hot seat dari mak aku malam tadi masih terngiang-ngiang. Merdu rupanya suara mak aku . Comel je mulut dia.
"Manisah, kau ni tak ada ke orang nak datang melamar. Mak ni dah mengidam sangat nak bermenantu. Kathy tu dah dua kali menjanda pun sekarang dah ada yang melamar dia".
Aku cuma mampu senyum. Buat muka comel macam selalu. Tanpa sedar cucur udang habis se -pinggan aku makan. Soalan hot seat yang membuatkan badan ku membakar lemak dengan cepat. Refill!refill!
Mak oh mak andainya jodoh tu macam pileh kasut kat online shop memang dah berderet bakal menantu mak. Mak cuma perlu masok dalam cart and proceed bila dah ready nak beli.
Sekarang bermula lah "Project Mencari Suami".
Adoyaiiii. Tak aci betul mak ni. Ada pulak di benchmark nya aku dengan makcik Kathy yang dah umor 58 tahun. Kalau mak nak menantu umur macam tu boleh je aku lepak-lepak kat warung Pak Ben sambil main dam dengan pakcik-pakcik tu. Sure ada yang sangkut. Hahahha tak dapat aku nak bayang kan. Menangis golek-golek abah.Hahahahahhaha
"Hoi Manisah! Kau ni gila ke apa?! Meremang bulu tengkuk aku tau! Baik jawab kau tersampuk ke? Bosssss!TOLONG!! Manisah tersampok!!
"YA ALLAHHH! BASAH AKU! PESTA SONGKRAN KE NI!!!!!
Ku lihat boss aku tengah pandang aku dengan pandangan penuh prihatin dan di tangannya ada botol air mineral 1 litre yang sudah separuh kosong.
Juwita dan Caren jauh memerhatikan aku dekat pintu keluar. Sepoi -sepoi ku dengar suara bang Mel di belakang ku tengah membaca ayat kursi.
Haruskah aku pura-pura pengsan biar semua ni lagi nampak real? Sampai hati betul la siapa punya angkara.
"Manisah ok? Bawa duduk Manisah. Nah ambil air ni bawa minum".
Boss tarikkan kerusi untuk aku. “Duduk dulu Manisah”.
"Boss, siapa bagitau boss saya tersampok?. Sebenarnya… "
Belum habis aku bercakap boss ni dah menyampok.
"Sabar Manisah. Sudah lah tu ok. Anggap benda ni tak pernah terjadi. Awak boleh balik awal today. Nak saya hantarkan?"
-bersambung-
*FeedaHMD - akan di sambung bila rajin :)

Comments
Post a Comment