Kesempatan Dalam Keperihatinan atas Kesempitan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ni, saya nak sembang sikit mengenai topic di atas.


1.            Kesempatan – Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Jangan salahkan agamanya atau bangsanya tapi setiap apa kejahatan, keburukan dan apa pun benda-benda negative yang mereka lakukan adalah cermin keperibadian mereka sendiri. Mengambil kesempatan dengan berlatarkan agamanya dan gambaran keperibadian luaran untuk mengaburi niatnya.


2.            Keperihatinan – Ramai orang-orang di bumi ini masih mempunyai hati yang baik. Prihatin pada yang memerlukan. Dan ringan dalam menghulurkan bantuan. Banyak yang sering di tipu hanya kerana sifat keperihatinan dan ingin membantu atas dasar kemanusiaan.


3.            Kesempitan – Kesempitan yang saya maksudkan adalah kesempitan hidup. Susah dan miskin.Nama miskin inilah yang sering di sebut dalam program kemanusiaan dan juga sering di ambil kesempatan oleh segelintir manusia yang mencari jalan mudah untuk mendapat kesenangan.

Manusia yang rakus seringkali mengambil kesempatan atas keduanya (Keperihatian dan Kesempitan) . Sedikit huraian melalui contoh di bawah:


Kesempatan dalam Keperihatinan
Mengunakan kesucian agama dalam mengaut wang dana di salah satu Negara miskin atau dalam 
negera itu sendiri  walhal untuk kepentingan diri sendiri .

Contoh 1 : Seperti membantu membuat Qurban di Negara luar dengan syarat membayar 7 bahagian lembu tetapi hanya memerlukan 6 nama dengan menjual nama ustaz-ustaz yang di kenali ramai.

Contoh 2 : Membina masjid dan mengambil wang wakaf tanpa ada certificate dari mufti Negara itu atau masjid itu sendiri . Memang certificate itu tidak penting jika niat kita ikhlas tetapi dalam dunia yang penuh penipuan tolong mintakan certificate pada wakaf anda. Dengan cara ini kita dapat membendung penipuan yang semakin berleluasa. Kita kena cari jalan untuk memberhentikan mereka dari mengambil kesempatan atas niat baik orang ramai kerana ini akan melahirkan manusia yang hilang kepercayaan dalam berbuat amal.


Contoh 3 : mengunakan wang sedekah dan wang dana untuk membayar perjalanan. “Transparency” itu penting. Kalau sekiranya memohon untuk di taja jangan ambil wang yang sudah di niatkan untuk 
wakaf  tetapi jelas kan pada si penderma andai boleh bagi sedikit wang poket untuk meneruskan usaha ke jalan yang di redhai. 

Kesempatan atas Kesempitan
Mengunakan kemiskinan sebagai tiket untuk mendapat wang segera walau pada dasarnya dia hanya lah seorang yang pemalas. Memohon semua bantuan-bantuan kerajaan dan menyalah gunakan keperihatinan orang ramai dengan menyembunyikan identiti sebenar. 

Memang berbaik sangka itu di tuntut tapi kita juga bertanggungjawab untuk membantu mengurangkan penyakit mengambil kesempatan ini berleluasa .

-FeedaHMD- Mencari Redha ALLAH itu mudah jika kita sentiasa takut pada murka ALLAH.

Ingat lah :
Allah maha mengetahui. Allah tidak pernah tidor. Allah maha melihat



Ingat kah anda pada cerita ini? 


Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016