Malaskah ATAU Malukah

Malas kah? ATAU Malukah?

Project NurKaseh adalah satu projek kecil yang di gerakkan oleh kami adik-beradik dalam memberikan sedikit sumbangan ( bukan bantuan) makanan, pakaian dan sebagainya kepada individu-individu yang kurang berkemampuan.  Sumbangan di terima melalui keperihatinan orang ramai dan team PNK sendiri. Alhamdullilah , sokongan orang ramai amat lah di luar jangkaan. Bersyukur kerana orang-orang Brunei kitani amat prihatin dan bermurah hati ( inda camah mata) untuk membantu tidak kira bangsa atau agama. Alhamdullilah .

Dalam pada usia PNK masih baru kami mendapatkan khidmat nasihat  dan mempelajari sedikit sebanyak tentang bagaimana permasalahan kesukaran hidup ini boleh berlaku melalui badan-badan NGO berdaftar yang amat berpengalaman di Brunei.


Melalui penilaian melalui soalan dan jawapan serta pengalaman-pengalaman kes yang pernah mereka tangani  (Tidak semua tapi ramai) kesukaran hidup di Negara kitani berpunca :


•             Ada segelintir orang kitani suka mewariskan sikap pemalas kepada anak-anak dengan alasan bantuan sentiasa akan datang bergolek kerana kerajaan yang pemedulian. Usaha itu penting kerana itulah yang membezakan miskin kerana malas atau miskin yangbermaruah. Ini adalah cerita betul yang di kongsikan . Pernah ada satu badan NGO datang ke rumah yang di katakan memerlukan bantuan. Masa itu jam sudah pun pukul 10-11 pagi. Amat mengejutkan yang anak-beranak termasuk ketua keluarganya masih “limpang-limpang” tidor. Anak-anak juga tidak di hantarkan ke sekolah dengan alasan tiada wang. Ini bukan Negara luar di mana sekolah semuanya berbayar. Bila di katakana seperti itu ada lagi jawapan lain . Tidak ada kereta dan sebagainya. ( Tidak semua tetapi ada segelintirnya) Anak itu adalah amanah ALLAH. Maka usahalah menjalankan amanah yang telah ALLAH berikan.

•             Sifat suka menuding jari. Rumah rosak marah kerajaan. Hidup susah marah kerajaan. Bantuan baitul mal sudah di dapatkan tetapi membelikan kepentingan lebih dari keperluan. Bantuan selama 5 tahun daripada Baitulmal  habis tanpa nampak hasilnya. 


•             Biar papa asal bergaya. Kebanyakan nya tidak tahu membezakan mana kepentingan dan mana keperluan.

•             Perkahwinan di usia muda dengan tahap pendidikan yang rendah. Di tambah lagi jika kurang usaha dan bersifat  masih keanak-anakan ( keseronokan adalah utama)

•             Malas berusaha memperbaiki diri bila merasa mudahnya duduk dan mendapat bantuan. Ada juga yang sanggup menipu bantuan walau sebenarnya dia mampu mencari duit sendiri. Keberkatan itu penting. Apa yang abiskita berikan anak abiskita makan akan menjadi darah yang mengalir. Bagaimana menjemput berkat dengan hasil menipu?

Melalui pandangan 360 darjah saya ,  seorang yang hidup susah tetapi dia berusaha untuk meneruskan hidupnya tanpa mengharapkan simpati. In syaa ALLAH orang seperti ini akan lebih di hormati dan akan mendapat rezeki yang lebih. Saya juga secara peribadi lebih suka membantu insan-insan yang susah tetapi tetap rajin berusaha.

Saya juga melihat akan pekerja-pekerja asing yang sanggup bekerja berjalan kaki “menyikut”  mesin pemotong rumput dari rumah ke rumah. Terdetik di hati saya, mana kah orang kita yang di katakan statistik kemiskinan yang semakin meningkat?

Soalan yang sering berlegar di kepala malaskah? Atau Malu kah?


Wahai bangsa ku.. Miskin itu bukan warisan. 


Firmannya : “Sesungguhnya ALLAH tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “ ( Surah al-Ra’d, ayat 11)



-FeedaHMD- 
Rezeki itu hanya hadir selepas usaha dan doa 
Redha itu hanya hadir selepas  usaha ,doa dan sabar

Biar gambar berbicara sebagai akhir qalam dari saya.. 


Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016