Posts

Showing posts from June, 2016

Happy 6th wedding anniversary ❤️

Image
Alhamdullilah.. Syukur ke hadrat Allah yang mengurniakan perasaan kasih yang tidak luntur.. Syukur atas hati yang sentiasa di pelihara dan pandangan mata yang sering di tundukkan... Syukur ke atas Allah yang memberikan kami ujian dan membuatkan kami semakin kuat dan matang.. Syukur ya Allah atas 6 tahun yang di berikan peluang merasakan nikmat berkasih  sayang.. Syukur ya Allah atas segala pinjaman nikmat selama aku bernafas.. Alhamdullilah. Sayang,  Thanks for all the amazing years, Thank you for all the unforgettable moments. Sayang, I love you not only for what you are, but for what i am when i am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you more with every passing year. Sayang, If you live to be a hundred, i want to be a hundred minus one day so i never have to live without you.  Happy anniversary sayang semoga kekal hingga ke jannah. Aamiin yarabbal alamiin. * thanks sebab bawa isteri dating tadi. Ist...

Demi Masa. Masa itu EMAS.

Image
Menabung/ menyimpan itu perlu bahkan mungkin satu kepentingan. Jangan anggap dan ambil mudah. Saya seringkali gunakan 5 perkara ini sebagai motivasi , kayu ukur dan peringatan diri dalam segala perkara menuju ke jalan kebaikan samaada ibadah dan juga amalan-amalan seperti menabung/menyimpan.  Teknik pujuk hati menyimpan/menabung mengunakan  Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara saya rasa amat berkesan.  Saya akan sematkan 5 perkara ini sebagai garis pandu untuk tidak menunggu dan membiarkan ia menjadi sia-sia.   (Credit pix yang shared from fb. Siapa pun yang punya gambar semoga menjadi saham untuk si empunya gambar) Masa itu emas .  Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya 5 perkara. Pertama : Masa sihat sebelum sakit  Kedua : Masa kaya sebelum datangnya masa sempit Ketiga : Masa lapang sebelum tiba waktu sibuk. Ke empat : Masa mudamu sebelum datang masa tua Ke lima : Masa hidup sebelum tiba masa mati   ( Riwayat ...

Selamat hari lahir bapa yang ke 76 tahun

Image
Bapa.. Aku tak tahu bila perkataan terindah, darjat dan pangkat anugerah dari ALLAH itu pertamakali ku sebut. Tapi aku tahu bapa lah lelaki pertama yang melaungkan iqamah di telinga ku dan pada hari itulah juga dia memikul bebanan yang berat kerana di anugerahkan anak perempuan. Bapalah  Lelaki pertama yang mengendongku dan memelukku penuh dengan kasih dan sayang. Aku masih ingat hari pertama aku di masukkan ke sekolah.  Walau samar aku ingat bapa begitu teruja membelikan kelengkapan persekolahanku. Dengan bangga dan senyumnya dia memberikan ku beg sekolah , buku dan peralatan sekolah yang baru. Masih jelas di telinga ku “ Lai tidor awal , esok pagi bapa hantar sekolah”   Aku masih ingat walau samar bapa letak aku di atas basikal dan kami pergi ke sekolah bersama-sama. Bapa pimpin aku erat bila tahu Aku takut bila melihat orang ramai. Bapa cakap “belajar rajin-rajin lai”. Bapa tinggalkan aku. Aku duduk di bangku di sekolah yang berlantaikan papan. Aku masih ingat itu. Bap...