Selamat hari lahir bapa yang ke 76 tahun
Tapi aku tahu bapa lah lelaki pertama yang melaungkan iqamah di telinga ku dan pada hari itulah juga dia memikul bebanan yang berat kerana di anugerahkan anak perempuan. Bapalah Lelaki pertama yang mengendongku dan memelukku penuh dengan kasih dan sayang.
Aku masih ingat hari pertama aku di masukkan ke sekolah. Walau samar aku ingat bapa begitu teruja membelikan kelengkapan persekolahanku. Dengan bangga dan senyumnya dia memberikan ku beg sekolah , buku dan peralatan sekolah yang baru. Masih jelas di telinga ku “ Lai tidor awal , esok pagi bapa hantar sekolah”
Aku masih ingat walau samar bapa letak aku di atas basikal dan kami pergi ke sekolah bersama-sama. Bapa pimpin aku erat bila tahu Aku takut bila melihat orang ramai. Bapa cakap “belajar rajin-rajin lai”. Bapa tinggalkan aku. Aku duduk di bangku di sekolah yang berlantaikan papan. Aku masih ingat itu. Bapa mengintai dari jendela sisik. Waktu rehat aku ingat bapa sudah balik tapi rupanya dia menunggu ku di luar beranda sekolah dengan air mirinda merah di dalam plastik dan straw. Wah aku minum mewah hari itu. Minuman yang mungkin hanya akan kami minum ketika hari raya atau bila bapa dapat gaji.
Bila kami dewasa, mak ceritakan gaji bapa dulu hanya $150 dengan anak 7 orang. Maafkan kami bapa. Walau serba kekurangan bapa tidak pernah menghampakan permintaan kami terutama jika itu untuk kegunaan sekolah, Maafkan kami bapa. Pasti ketika itu bapa dan mak menangis di malam hari memikirkan di mana wang di cari untuk menyampaikan hajat kami anak-anak yang masih belum mengerti.
Terlalu panjang untuk ku tulis pengorbanan mu bapa. Tak pernah sekali ku dengar bapa mengeluh. That’s my dad.
76 tahun usia bapa. Kedutan di wajah menunjukkan pengalaman yang terlalu banyak telah bapa lalui. Bapa lah yang mengajar aku erti sabar. Sabar itu tiada hadnya. Diam itu adalah lebih baik jika bersuara itu bakal melukakan hati walau pada dasarnya apa yang ingin di katakana itu ada kebenarannya. Aku rasa aku miliki sifat itu.
Di hari lahir bapa yang ke 76 tahun ini, ku panjatkan doa semoga bapaku di berikan usia yang penuh barakah. Hati yang sentiasa tenang. Jauhi ia dari penyakit lupa (lali atau gila) kerana aku mahu bapa sentiasa mengingati kami anak-anak dan sentiasa mendoakan kami. Mohon di jauhi juga dari sebarang penyakit yang memudaratkan dan di hindari dari penyakit buta. Ku mohon hati bapa sentiasa di penuhkan dengan Nur ya Rahman dan zikrullah semoga bapa sentiasa tenang tanpa gundah.
Aamiin Yarabbal Alamiin.
FeedaHMD – anakmu yang tak pernah puas menyayangi mu. Andai dapat kukongsikan usia, ingin saja ku kongsikan sisa usia ku yang ada untuk bapa.
No matter how many birthdays go by..
I will always be the little girl
Who you taught to fly..
Comments
Post a Comment