Demi Masa. Masa itu EMAS.


Menabung/ menyimpan itu perlu bahkan mungkin satu kepentingan. Jangan anggap dan ambil mudah.



Saya seringkali gunakan 5 perkara ini sebagai motivasi , kayu ukur dan peringatan diri dalam segala perkara menuju ke jalan kebaikan samaada ibadah dan juga amalan-amalan seperti menabung/menyimpan. Teknik pujuk hati menyimpan/menabung mengunakan 

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara saya rasa amat berkesan. Saya akan sematkan 5 perkara ini sebagai garis pandu untuk tidak menunggu dan membiarkan ia menjadi sia-sia.

 

(Credit pix yang shared from fb. Siapa pun yang punya gambar semoga menjadi saham untuk si empunya gambar)

Masa itu emas


Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya 5 perkara.


Pertama : Masa sihat sebelum sakit 


Kedua : Masa kaya sebelum datangnya masa sempit


Ketiga : Masa lapang sebelum tiba waktu sibuk.


Ke empat : Masa mudamu sebelum datang masa tua


Ke lima : Masa hidup sebelum tiba masa mati

 

(Riwayat al-Hakim dan Al-Baihagi


Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang kita membiarkan masa atau keadaan itu pergi begitu saja tanpa di manfaatkan.


Kayu ukur saya untuk menyimpan dari sekarang mengunakan 5 perkara yang bakal di telan MASA.


Pertama : Masa sihat sebelum sakit – Buatlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan faedah kepada diri dan orang di sekeliling semasa anda masih sihat.


Kedua : Masa kaya sebelum datangnya masa sempit/miskin- waktu beharta itulah waktu kita boleh menolong orang yang lebih susah dan sekaligus menyimpan semampu yang kita dapat sebagai backup semasa datangnya sempit


Ketiga : Masa lapang sebelum tiba waktu sibuk- selain kita teruskan beribadah ke jalan Allah waktu inilah kita luangkan masa beberapa minit untuk menyimpan/membeli emas/asset . Jangan gunakan perkataan esoklah sebab today saya busy. Tak sempat nak ambil tahu dan tak sempat nak buat simpanan/pembelian etc


Ke empat : Masa mudamu sebelum datang masa tua – waktu mudalah waktu yang terbaik untuk anda berusaha mencari kemewahan/mengukuhkan foundation kewangan anda di samping tidak lupa kewajipan anda pada maha pencipta. Sebab bila dah tua rasanya tenaga pun dah kurang nak cari lebih. Kalau tak ada simpanan lagi susah bila usia dan tenaga kita tidak mengizinkan untuk bekerja. Lebih susah tak ada simpanan dan kita memerlukan kewangan yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan ubatan kita.


Ke lima : Masa hidup sebelum tiba masa mati- sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh di lakukan. Bila kita tiada yang tinggal hanya amal soleh, sedekah Jariah dan doa anak-anak yang soleh mengiringi kita. Tapi sedar tak kita siapa yang kita tinggalkan bila kita sudah tiada? Kita tinggalkan anak –anak , isteri/suami kita. Apa yang kita tinggalkan? Hutang? Bebanan hidup? Atau asset yang telah kita simpan sebelum perkara ke 5 ini datang?

 

Ada yang kata “ala aku mati orang lain yang senang.” Belum mati kedekut nak mati pun kedekut? Hehehehehe sekurangnya harta kita tu boleh di manfaatkan keluarga untuk jalan-jalan kebaikan. Tak gitu? Education anak itu penting. Mahukah kita melihat anak kita terkandas hanya kerana sifat penting diri kita sendiri? Hutang itu harus di bayar. Mahukah kita tinggalkan anak-anak dengan bebanan hutang yang pernah kita buat?  Telah banyak yang dapat di jadikan iktibar di depan mata di mana balu yang tidak pernah bekerja terpaksa bekerja mencari rezeki untuk menanggung anak-anak yang di tinggalkan. Simpanan tak ada. Rumah pun masih hutang. Anak semakin membesar. Dan banyak lagi. 


Dari situlah saya sematkan dalam hati  , bila perkara ke 5 itu sampai saya amat berharap saya telah menyimpan secukupnya untuk tinggalan keluarga . Bagi saya itu juga adalah amal Jariah yang saya tinggalkan semoga menjadi bekalan di akhirat nanti.



Allah SWT berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : “Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kesabaran.”



FeedaHMD- bukan pakar tapi ini cerita saya. Kalau nak buka akaun emas boleh lah ikut cara seperti di bawah ni dan boleh juga baca entry sebelumnya di sini http://feedahmd.blogspot.com/2016/04/ummi-payung-syafi-dengan-gap_14.html?m=1




 
 

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?