Posts

Showing posts from November, 2016

Read A BOOK And Tell Me A STORY CHALLENGE

Image
Duration : 3 weeks from the day you GIVE ME YOUR DATE  ( sepatutnya 2 weeks but maksu baik hati maksu UP to 3 weeks)  Timeframe : 1st December 2016- 21st February 2017 Tell me a STORY submission:  22/02 or  the earlier the better    Di buka kepada anak-anak maksu    Ok PM maksu siapa nak join!!!! Dan pemenang untuk TELL ME A STORY akan memenangi 1gm emas untuk akaun GAP yang sedia ada. Untuk anak-anak maksu yang belum ada GAP akaun secara automatik akan di bukakan akaun GAP dengan nilai 1gm emas .  PENGUMUMAN: hanya ada satu pemenang unyuk TELL ME A STORY. So anak-anak buat yang terbaik ❤️ Kenalah ada TELL ME A STORY CHALLENGE? Supaya anak-anak betul-betul memahami buku yang di baca. Untuk membiasakan anak-anak untuk tidak mengamalkan budaya sekarang "baca headline assume saja" hehehehe maksu PANTANG!  Ok the books are … jeng.. jeng..jeng….   CAT A:  ❤️A Thousand Splendid Suns ❤️Ki...

Jangan tunggu...

Image
Hari ini mungkin ada yang terhibur membaca status ku.. Mungkin ada juga yang rasa meluat kerana di rasakan menunjuk Atau mungkin juga yang mengkongsikannya  kerana di rasakan worth sharing ( terima kasih banyak-banyak)  .. Banyak tulisan-tulisan yang aku tulis mungkin hanya di pandang sekilas .. Kawan mahupun keluarga. Mungkin rasanya tiada kepentingan kepada meraka walau niatku semoga di kongsikan agar aku mendapat syafaat dan tertulis di bahu kananku dan adakalanya berlawak hanya untuk menghilangkan rasa sunyi dan sedih. I am no body Pangkat? Jauh sekali Kaya? Jauh sekali  Cendikiawan? Bangsawan? Jauh sekali  Agamawan? Jauh sekali Jadi aku tak hairan kalau orang tak pandang.  Aku tak hairan setiap tulisan ku tidak di baca  Aku tak hairan setiap doaku tidak di amin kan TAPI Satu hari..  Aku pasti akan tinggalkan dunia ini.  Dan apa yang aku tahu Pada hari itu baru lah aku tahu ramai yang m...

Kahwin bukan Pertandingan LUMBA LARI

Image
Kenapa tak kawin lagi? Hahahhaa ayat yang boleh buat hati bernanah!  Hari ini rasa macam nak menulis sesuatu yang orang-orang sering tanya pada orang yang belum berkahwin.   Seringkali , pada setiap kali musim kawin-kawin, hati si Single seperti meronta . ( Aku antara yang terlambat kawin hehehe so tau la ) . Bila mak bapa terima kad undangan perkahwinan hmm makan dalam tau. Tak attend nanti merajuk pulak sedara. Jadi terpaksa la buat muka tebal buku panduan talipon zaman 90an dulu. Hati mesti kental Roy! Hahahaha.   Terkadang pelik. Kalau ada yang kawin so seluruh kaum keluarga sahabat handai termasuk jiran sebelah menyebelah yang SOLO kena kawin juga? Macam berlumba-lumba. Kalau tak kawin kenapa? Tak dapat medal? Sakit tu memang sakit. Tipu la tak sakit hati. Aku dulu sampai nak tobat tak nak attend mana-mana kenduri termasuk lah pergi majlis tahlil. Telinga ni rasa macam nak tertanggal. Kalau lah telinga ni macam anting-anting boleh di tanggalkan...

mak.. jangan buang aku, jangan bunuh aku

Image
Mak.. Ummi.. Ibu..mama...   Terima Kasih kau lahirkan aku. Melihat dunia yang di khabarkan indah.. Di katakan akan ada seorang manusia yang seperti malaikat akan menjaga ku sehingga aku dewasa. Di katakan manusia itu terlalu lembut , bersuara lunak, cantek, penuh kasih sayang dan di khabarkan di dalam pelukannya saja aku boleh terasa tenang.  Sungguh bertuahnya aku rasakan.. Di sampaikan manusia seperti malaikat  itu di beri gelaran . Di khabarkan gelaran teragung dari pencipta kerana tidak semua kaumnya bakal merasai gelaran itu. Ibu.. Mak.. Ummi.. Mama..  Tapi… Di kala aku lahir kenapa aku tak rasa bahagia?  Mana pelukan hangat yang di khabarkan?  Suara lunak yang menenangkan?   Lahirnya aku tanpa identiti. Tempat lahir ku di dalam semak. Beralaskan rumput dan ranting. Busanaku hanya plastik. Hembusan nafas ibuku juga sudah tidak ku dengar.H anya bunyi derapan kaki yang semakin menjauh dan hilang....