Jangan tunggu...

Hari ini mungkin ada yang terhibur membaca status ku..

Mungkin ada juga yang rasa meluat kerana di rasakan menunjuk

Atau mungkin juga yang mengkongsikannya  kerana di rasakan worth sharing ( terima kasih banyak-banyak)  ..

Banyak tulisan-tulisan yang aku tulis mungkin hanya di pandang sekilas .. Kawan mahupun keluarga.

Mungkin rasanya tiada kepentingan kepada meraka walau niatku semoga di kongsikan agar aku mendapat syafaat dan tertulis di bahu kananku dan adakalanya berlawak hanya untuk menghilangkan rasa sunyi dan sedih.

I am no body
Pangkat? Jauh sekali
Kaya? Jauh sekali 
Cendikiawan? Bangsawan? Jauh sekali 
Agamawan? Jauh sekali

Jadi aku tak hairan kalau orang tak pandang. 
Aku tak hairan setiap tulisan ku tidak di baca 
Aku tak hairan setiap doaku tidak di amin kan



TAPI

Satu hari.. 
Aku pasti akan tinggalkan dunia ini. 

Dan apa yang aku tahu
Pada hari itu baru lah aku tahu ramai yang mengenali ku..

Ramai yang sayang aku 
Atau mungkin ramai yang akan kata “you’ll be missed” ATAU "i love you" .

Pada hari itu juga mungkin ramai yang akan hadir ke tanah perkuburan..

Tapi aku juga pasti semua itu hanya sementara..

Aku juga akan di tinggalkan sendiri

Jadi…

Kenapa perlu waktu itu untuk katakan yang indah?

Kenapa perlu waktu itu untuk tunjuk rasa sedikit perihatin? 

Kenapa perlu tunggu mati untuk bermesra dan memberikan kata-kata indah?

Kenapa bukan sekarang di kala aku masih berharap? 


Untuk keluarga dan kawan-kawan yang mengalami Anxiety dan kemurungan.  Ini semua untuk kamu. Biar orang tahu. Kamu perlukan sokongan walau sekadar “how are you”.

Jangan biarkan mereka sendiri. "I am ok" tapi sebenarnya mereka sudah penat kerana tiada yang memahami. Try to understand them. 

Mengikut kajian , berpuluh ribu yang mati membunuh diri kerana depresi setiap tahun di seluruh dunia.

Di katakan juga mungkin dalam 100 orang teman di dalam FB kita ada sekurangnya 2 orang yang menghidapi penyakit kemurungan.




 

Jadi, hari ini marilah sama-sama kita tunjukkan kita prihatin kepada kawan dan keluarga kita. Kalau di FB jangan dia hanyalah “friendlist hantu" yang hanya di lihat tapi tidak pernah di sapa atau sekurangnya di "LIKE”. Semuanya tidak mustahil dengan hanya satu LIKE atau pertanyaan khabar, mungkin boleh membantu mengelakkan seseorang merasakan mereka seperti mati walau masih bernyawa.
 
Jangan bina kuburan di kala mereka masih yakin hidup mereka sebenarnya masih bermakna...



FeedaHMD- Anxiety / Depression – yes I am 1 of them. Tapi In shaa ALLAH dan  Alhamdullilah aku di kelilingi keluarga dan kawan-kawan yang baik dan penyayang. Mereka memastikan yang aku tetap di landasan yang betul. I luv u all.

❤️ Pada yang mengalami anxiety/depression - i feel you. Be strong. Ingat Allah . Jika tiada teman bicara- bicaralah dengan Allah kerana dia sentiasa mendengar❤️

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016