mak.. jangan buang aku, jangan bunuh aku
Mak.. Ummi.. Ibu..mama...
Terima Kasih kau lahirkan aku.
Melihat dunia yang di khabarkan indah..
Di katakan akan ada seorang manusia yang seperti malaikat akan menjaga ku sehingga aku dewasa.
Di katakan manusia itu terlalu lembut , bersuara lunak, cantek, penuh kasih sayang dan di khabarkan di dalam pelukannya saja aku boleh terasa tenang. Sungguh bertuahnya aku rasakan..
Di sampaikan manusia seperti malaikat itu di beri gelaran . Di khabarkan gelaran teragung dari pencipta kerana tidak semua kaumnya bakal merasai gelaran itu. Ibu.. Mak.. Ummi.. Mama..
Tapi…
Di kala aku lahir kenapa aku tak rasa bahagia?
Mana pelukan hangat yang di khabarkan?
Suara lunak yang menenangkan?
Lahirnya aku tanpa identiti.
Tempat lahir ku di dalam semak.
Beralaskan rumput dan ranting.
Busanaku hanya plastik.
Hembusan nafas ibuku juga sudah tidak ku dengar.Hanya bunyi derapan kaki yang semakin menjauh dan hilang.
Aku kedinginan…
Aku menangis minta di peluk kerana di khabarkan jika aku lahir ke dunia malaikat ku tidak akan sesekali membiarkan aku menangis.

Ibu..
Aku comel tak? Mari lah cium aku. Aku ingin melihat wajahmu..
Tengok jariku..comel tak. Tak sayang kah ibu?

Ibu..
Aku takut.. Aku dingin.. Aku juga lapar..
Malaikat kah ibuku?
Aku cuba bersuara namun hanya tangisan yang mampu ku lontarkan..
Ibu…
Aku lemah tak bermaya..
Tolong aku ibu..
Malaikat ku…
Betulkah kau malaikat ku?
Terdengar bunyi tapak kaki.Aku tahu ibu tak kan tega.
Ibu pasti datang kembali.
Ibu juga rindu kan aku.
Tapi….
Apa yang ku dengar suara ibuku termengah-mengah.
Aku lihat ibu seperti mengorek-ngorek tanah di tepiku..
Ibu cari apa ibu?
Aku di sini..

Akhirnya ibu mengendong aku.
Terasa hangat sentuhannya.
Harap ibu berikan aku susu
Lapar sangat aku ibu..
Aku lemah ibu.. setitis dua pun jadi lah..
Ibu!!! Ibuuu!!
Jangan timbus aku ibu. Nanti aku mati..
Dosa ibu takkan tertanggung..
Jangan jadi pembunuh ibu..
Ibu pandang dulu wajah ku ibu.
Kata orang wajah kami yang baru lahir boleh membuatkan siapa saja jatuh kasih.

Ibu…
Aku janji ibu akan jadi anak yang baik
Aku janji ibu tak akan susah kan ibu
Ibu…. Ibuuuuu… Aku tak kuat .. iiii…buu

Mata juga tak mampu ku bukakan..
Aku nampak bidadari cantik dan merangkul aku ..
Hangatnya pelukan itu..
Aku terasa aku terbang tinggi..
Aku nampak ibuku..
Meratakan timbusan tanah..
Di situ lah pusaraku.
Tiada bertanda.
Tiada bunga.
Tiada doa.
Tak sempat aku di azankan..
Aku di kuburkan berkafankan beg plastik..
Ku pejamkan mata ku..
Terima kasih ibu kerana melahirkan aku ke dunia..
Lahirnya aku tiada beridentiti.
Matinya aku tiada bertanda.
FeedaHMD- al fatihah kepada semua anak-anak syurga 😓
Comments
Post a Comment