Bila ALLAH menyapa :)
Syukur Alhamdullilah. Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Terima kasih ya Allah atas sapa’an mu ke atas aku hamba mu yang sering terlalai.
Terima kasih suami, mak bapa, adik beradik, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan semua sekali yang telah mendoakan Syifa ke atas ku. Semoga ALLAH sentiasa berikan kamu semua yang terbaik dan sentiasa di dalam lindungan ALLAH.
Syukur Alhamdullilah, 06hb Disember 2017, doktor mengesahkan yang aku sudah boleh di keluarkan dari ICU/HDU. Menangis syukur aku. Syafi ummi balik nak.
Masya ALLAH hebatnya ALLAH. Tatkala kita manusia tercari-cari alasan untuk kenapa aku di serang jantung, kita lupa yang ALLAH tak perlu itu. Bila ALLAH katakan “KUN FAYAKUN! KUN FA YAKUN!” , kerdilnya kita semua di kala itu. TAK! Aku tak pernah ada hipertensi. TAK! Aku tak pernah ada masalah darah tinggi, cholesterol tinggi mahupun gula tinggi.
ALLAH cuit aku yang terlalai. Dia berikan aku TIA ( Transient Ischemic Attack atau bahasa mudah Mini Stroke) . Allah cuit aku yang kadang-kadang bila sibuk sampai kurang berzikir. Bila di landa masalah sekarang ni cepat sangat mengeluh. Sapa’an dan teguran mu Ya Rabb… Syukur Alhamdullilah. Itu tandanya ALLAH masih sayang.
Pada 04hb Disember 2017, was attacked semasa tengah memandu. ALLAH HU AKHBAR. Takut nya aku kala itu. Bermula dengan terasa panas di telinga naik ke kepala. Jantung berdegup kencang dan peluh sejuk mula keluar. Mata mula terasa berpinar. Tangan kiri mula terasa kebas. Atas dasar keselamatan I pulled aside. Siap parking cantik-cantik sebab at that time memang tak tau it was a heart attack. Dalam hati cakap “ ok just a false alarm. It's only my anxiety”, tapi jauh di sudut hati aku kata “adakah ini harinya aku mengadap ilahi? Ya ALLAH berikan aku waktu walau seketika untuk melihat wajah suamiku, anak ku, ibu bapaku, keluargaku jika hari ini adalah hari terakhirku” .
Aku matikan engine kereta dan buka tingkap. Ni pun sebab aku takut pengsan dalam kereta. Sakitnya Ya ALLAH tapi ku kuatkan diri. I called home tapi mak yang angkat. Tak berani nak risaukan mak. I called my husband . Bagitau simple je mungkin anxiety but please pick me up. My husband cuba tenangkan aku waktu tu. Thanks sayang. You are the best. Aku buka radio alquran. Lepas tu aku dah tak sedar. Tak tahu aku tidor atau pengsan. Bila tersedar my husband dah sampai. Syukur Alhamdullilah. But at that time, sakit dah berkurangan cuma masih lemah sebelah kiri.
Hubby sampai terus bawa pergi the nearest hospital. Aku lemah sangat tapi still main-main sama Syafi while waiting for doctor bertugas. Nurses buat all check up. ECG etc dan bila doctor told me kena transfer ke hospital besar. Aku blur. Still tak tahu yang aku kena serangan jantung mini. Aku Tanya doctor. He said TIA. Aku Tanya hubby and hubby explained to me. ALLAH HU AKHBAR. Ambulance datang dan di hantar ke JPMC. Sampai di sana aku di masukkan ke ICU. Biar betul. Dalam hati aku "Aku ok lah! Sakit sikit je!". Semua urusan pemeriksaan hanya selesai almost 12 midnight. Ok nak cerita panjang aku masih dalam keadaan penat. Observation bermula dari pukul 12 malam sehinggalah 06hb Disember 2017.
Duduk di bilik besar yang cantik. View yang cantik. Dan layanan yang tiptop. Aku duduk bertelegu seorang diri sambil memerhatikan monitor jantung. Tak ada benda nak buat sebab orang tak boleh datang masuk sesukahati termasuk keluarga. Allah berikan aku banyak masa waktu itu. To be alone. Untuk lebih mengingati ALLAH. Dan mensyukuri setiap apa yang terjadi. Mendengar bunyi degupan jantung sendiri pun aku sudah terasa nikmatnya. Terima kasih ya ALLAH kerana masih memberikan aku peluang untuk terus bernafas. Buat apa yang masih belum sempat atau kurang aku lakukan.
Mulai detik itu, aku lebih menghargai setiap detik hembusan nafasku. Help as much… love as much.. care as much.. positive as much dan paling utama ingat ALLAH ALL THE TIME. ALLAH TAK PERLU ALASAN ! KUN FAYAKUN!
| VC with my son .. 2 malam yang menyiksakan without my son sleep next to me. and ofcourse my hubby too. #Muncungitupenting hehehehe |
*Ada yang tanya dan nasihat kenapa perlu bagitau kat FB or whatsapp? . Nanti orang yang benci kamu atau tunggu sesuatu yang buruk terjadi kat kamu pasti gembira. Masya ALLAH orang yang gembira atas musibahnya seseorang tu pasti ada masalah hati. Biar lah itu antara dia dengan ALLAH. Kita doakan saja la semoga ALLAH cuit hatinya dan sembuhkan penyakit pada hatinya J. Sekurangnya banyak yang mendoakan kesihatan aku. Syukur Alhamdullilah atas doa-doanya. Terus terang aku tidak ada masa untuk fikirkan apa kata orang sebab aku lebih takut pandangan ALLAH pada ku. Be positive in shaa ALLAH semua musibah ke atas kita pun pun akan nampak indah. *
| Day 1 view di bilik ICU. Tengok kuda berlari-lari dan makan. |
| Day 2 : View cantek dan indah dari bilik HDU. Mendengar hanya deruan ombak dan machine monitor jantung yang beep.. beep memanjang bila aku cabutkan dari badan. Penat di katil aku suka duduk dekat sini. |
| Makan minum tidor .. ALLAH suruh aku rehat sebenarnya . Terima kasih ya ALLAH. makanan yang di sediakan untuk pesakit. Terasa macam menginap di hotel 5 bintang. Tapi umpama pergi vacation semasa hujan rebut. |
FeedaHMD – Hidup akan terasa memenatkan bila kita sering mencari dan menilai diri sendiri dari kanta mata orang lain. I am who I am. Pandangan dan penilaian ALLAH itu lebih penting.
Ya ALLAH , peliharalah Negara Brunei Darussalam dan Raja kami. Kebaikan raja kami tiada nilainya. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
*Bill selama 3 hari menetap di sini BND4858 and it's free sebab aku rakyat sultan Brunei. Nikmat ALLAH mana yang kita dustakan? Masya ALLAH. Daulat Tuanku. *
Comments
Post a Comment