Maulidurrasul Rasul 2017 - Langkah pertama Iskandar Syafi sebagai volunteer Projek NurKaseh
| Ready kemas-kemas tunggu peserta perarakan lalu. Syafi menerima briefing from Abinya hehehe |
| Semoga sedekah kami di terima ALLAH . Aamiin |
Alhamdullilah , di izinkan ALLAH lagi sekali tahun ini untuk menyaksikan perarakan Maulidurasul pada Sabtu 2 disember 2017 ( Mengantikan hari jumaat 1hb Disember bersamaan dengan 12 rabiulawal 1439) dan sekaligus di berikan ALLAH rezeki yang murah dan dapatlah kami berkongsi rezeki bersama peserta-peserta perarakan sebagai tanda kasih dan menguatkan lagi UKhwah sesama insan tidak mengira bangsa dan kerayatannya.( Suka tengok pekerja buruh kasar yang excited menerima sedekah berupa makanan. Masya ALLAH terharu rasa hati. Semoga ALLAH sentiasa rendahkan pandangan kami sekeluarga. Jauhkan kami dari lupa asal usul kami).
Niat kami juga semata-mata mengembirakan anak-anak kecil yang turut serta dengan memberikan goodies dan icecream. Semoga bumi Brunei ini di berikan kerahmatan dan keberkatan dan di jauhi dari sebarang bala dan murkanya ALLAH. Aamiin Yarabbal alamiin.
Niat kami juga semata-mata mengembirakan anak-anak kecil yang turut serta dengan memberikan goodies dan icecream. Semoga bumi Brunei ini di berikan kerahmatan dan keberkatan dan di jauhi dari sebarang bala dan murkanya ALLAH. Aamiin Yarabbal alamiin.
| Alhamdullilah semoga segala yang di berikan mendapat redha dan keberkatan ALLAH . Aamiin |
ini adalah acara tahunan kami dan jika di beri kesempatan kami akan usahakan untuk turut serta :Maulidurrasul 2015 click sini
Tahun ini ada special sikit. Kenapa? Sebab si kecil Syafi turun padang. Hehehehehe amboi seronoknya dia. Bila peserta perarakan mula menghampiri , Syafi tengok semua mengagihkan barang. DIa lambai-lambai kemudian dia dah boring. Abi ambil Syafi , dan dari jauh ummi nampak Abi membantu Syafi untuk menghulurkan iced candy kepada peserta kanak-kanak. ( kita panggil eskrem pongpong hahaha) . Wahh tekun anak ummi.
Semoga anak ummi dapat menyambung usaha Projek Nurkaseh dan menjadi anak yang taat pada orang tua, bangsa dan agama
|
Di kejauhan itu, ummi perhatikan Abi dan Syafi. Abi bimbing Syafi. Sekejap-sekejap dukung Syafi. Alhamdullilah . I see the man you will become. In shaa ALLAH. I see your abi in you and I bet abi will say this” a better me . Wayyy better than me In shaa ALLAH” . Andai usia ummi lebih pendek dari Abi, ummi dah tak risau sebab ummi tau didikan Abi Syafi akan buat Syafi menjadi anak yang baik, taat satu hari nanti. Aamiin.
Jika satu hari nanti ummi sudah tak larat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan..
Ummi harap tangan Syafi akan menjadi pengantinya.
Jika satu hari ummi sudah tak mampu memberikan keceriaan pada yang di uji ALLAH dengan kedukaan,
Ummi harap senyuman dan hati syafi akan menjadi pengantinya.
Jika satu hari ummi sudah tak mampu memberikan keceriaan pada yang di uji ALLAH dengan kedukaan,
Ummi harap senyuman dan hati syafi akan menjadi pengantinya.
"ummi tak ada orang nak ice-cream ke?" Mungkin itulah yang di fikirkan anak ummi ni or "ummi Syafi dah boleh makan ice-cream ni tak?" hehehehe
|
Pesan ummi,
Bantu semampunya. Ikhlas sebolehnya. Sabar selamanya.
Bantu yang terdekat dulu andai ada yang memerlukan. Kemudian jauhkan pandangan. Jika tak mampu bantu dari segi wang ringgit usaha lah dengan apa cara sekalipun. ( Janji betul dan tidak bercanggah dengan agama. Ingat ok anak ummi)
Ingat selalu , di dalam rezeki kita Allah titipkan juga rezeki orang lain. Jangan kedekut! Jangan takut akan miskin dalam menghulurkan bantuan. In shaa ALLAH rezeki kita yang sedikit itu pasti ALLAH berikan rahmat dan berkat. Yakin itu.
Anak ummi,
Jadilah lelaki bukan jantan.
Menjadi seorang yang terkuat, terpantas, tersado, terhebat bukan lah tiket untuk menjadi seorang lelaki yang sejati. Always remember that.
Jadi lelaki bukan hanya dengan meletakkan diri di Menara teratas, tetapi sentiasa merendah diri walau kamu di letakkan ALLAH di puncak tertinggi.
Jangan tinggikan suaramu setinggi ego mu kepada wanita. Itu lelaki sejati.
Menjadi lelaki sejati bukan dengan membina benteng dengan keegoan tapi binalah dengan kasih sayang dan rendah diri.
Contohi Rasul kita. Lelaki sejati itu ada pada nya.
Semoga Iskandar Syafi menjadi anak yang taat pada kedua orang tua dan di jauhkan dari sebarang penyakit yang memudaratkan. Aamiin
|
Anak ummi,
Seringlah berada di landasan yang betul. Andai tersasar cepat-cepatlah perbetulkan.
Banyak orang akan nasihatkan “people make mistakes. Itu adalah cara kita belajar” , tapi bagi ummi ALLAH dah cipta akal yang sempurna untuk kita, hati yang asalnya bersih untuk kita. Kenapa perlu kita lakukan kesalahan hanya untuk belajar? Do not let one mistake ruin a beautiful thing. Always berfikir sebelum melakukan sesuatu. Tanya pada diri betul kah atau salah kah? Jika tidak dapat jawapannya Always berbalik kepada ALLAH. Istiharah. Ummi lakukan banyak kesilapan dan terus terang ummi tak mahu anak ummi buat kesilapan yang sama. Yes! ALLAH maha pengampun tapi bukan kah indah nya hidup jika kita dapat hindari semua itu . Bayangan hitam tak pernah cantik tau sayang . Ia akan menghantui hidup kita sehinggalah nyawa pinjaman ALLAH ini berakhir.
| banyak berfikir tak salah anak ummi itu lebih baik daripada tersalah langkah baru nak mengadah. Nauzubillah |
Pasti banyak yang kata , anak kecik lagi tapi ummi dah pesan macam-macam. Anak masih kecil bukan tiket untuk umur yang panjang. Semua itu kan rahsia ALLAH. Sekurangnya ini part of my usaha. Maybe one day, you’ll read this.
FeedaHMD - ummi Syafi yang comel huhuhu
Comments
Post a Comment