2018 - I AM READY!




pix : Somewhere in Japan
Ku toleh seketika 2017 -
Seperti tahun-tahun yang sudah 2017 tidak kurang dugaannya. Di fitnah, di cemuh itu lumrah hidup. Mungkin aku terpaksa “TUTUP BUKU” pada benda-benda negative dan tak membangun ni. MAAF andai aku di lihat umpama angin lalu. Aku tak perlukan drama. Aku tak ada masa untuk benda-benda remeh yang pada dasarnya boleh di hindar. Aku tak perlu lukakan hati kamu sebagaimana kamu lukakan hati aku dengan kata-kata kesat dan hinaan. Thanks for that. . Terima kasih untuk itu. Aku sering sematkan ayat ini dalam prinsip hidupku “ Lisan yang kotor adalah dari hati yang kotor”. Nauzubillah. Semoga ALLAH sentiasa menjaga lisanku walau andainya  aku di tempat yang benar.
Di hampir penghujung tahun, aku di duga lagi. (Boleh klik sini cerita aku kena serangan jantung )Ada yang kata KIFARAH? Mungkin. Hahahaha well some people always menunggu akan datangnya sesuatu yang buruk atas ku.  Sekali lagi aku ingatkan diri ku. Tanda-tanda hati yang kotor adalah bila kita rasa senang/puas atas seseorang di kala sesuatu musibah atau yang buruk berlaku. Kita bukan malaikat. Semua kita akan merasa KIFARAH.  Aku terkena serangan jantung. Bila ALLAH menegur. Tak perlu kita ada sejarah jantung ke, darah tinggi ke. Alhamdullilah tanda ALLAH masih sayang kita ialah bila ia beri kita teguran dengan cepat. Terima kasih juga atas kata-kata indah dan doa dari yang tak mengenali dan mengenali diri ini. Honestly masa ini lah aku tahu mana kawan dan mana yang sayang. Thanks a lot for all the watsapp and inbox J luv u all .
Perlukah aku hitung duka sedangkan  ada banyak yang nikmat yang ALLAH berikan padaku:Antaranya ALLAH luaskan rezeki suamiku, aku dan keluargaku. ALLAh ringankan sakitku. Izinkan aku dalam usaha menurunkan berat badan. Izinkan aku untuk dapat membantu. Izinkan aku menerima gaji bulan-bulan.Panjangkan usia kedua orang tua ku. Itu saja sudah ada rahmat dari ALLAH dari doa mereka. ALLAH berikan aku suami yang baik, adik beradik yang prihatin, mertua yang penyayang sebagaimana kedua orang tua ku menyayangi aku, ipar duai dan auntie2 yang baik. Masya ALLAH. ALLAH juga  Izinkan aku untuk sentiasa ada alasan untuk tersenyum setiap hati. ALLAH berikan aku ketenangan.  Terus terang hatiku sentiasa tenang. Sentiasa ada alasan untuk rasa gembira. Berikan aku nafas setiap bangun pagi , itu juga adalah rahmat dan nikmat ALLAH yang cukup besar bagi ku. Terima kasih ALLAH.
Tempat-tempat  di kunjungi 2017:
Masya ALLAH , ini juga rahmat dan nikmat yang ALLAH berikan kepada aku dan suami. ALLAH luaskan pandangan ku dan lebarkan langkahku untuk belajar erti Syukur.  ALLAH berikan aku pelajaran demi pelajaran dalam setiap langkahku untuk aku kongsikan pada yang sudi.  Alhamdullilah.
  • Jepun
  • Singapura
  • Kuala Lumpur- Johor- Pahang
  • Kuching, Sarawak
  • Vietnam
  • Magribi
Negara pernah di kunjungi di tahun-tahun sebelumnya:
  • Mekah dan Medinah semasa mengerjakan umrah
  • Beijing, China
  • Bangkok, Thailand
  • Korea
  • London, UK

    See, kenapa perlu aku hitung duka dan abaikan kenikmatan yang ALLAH berikan?  Hmm maafkan aku ya ALLAH. Aku tamak. Aku terlupa.  In shaa ALLAH a better me setiap hari.

     
Terima Kasih ya ALLAH atas segala nikmat dan rezekimu. Terima kasih ya ALLAH yang sentiasa memberikan sinar kebahagiaan dalam rumah tangga ku. Terima kasih ya ALLAH atas setiap nadi dan nafas yang di pinjamkan kepada ku. Terima kasih ya ALLAH atas keizinan mu untuk aku dapat terus mencari redha mu. Terima kasih ya ALLAH

 2018, kini aku melangkah dengan senyum terukir di bibirku. Langkah ku juga penuh yakin dan berani. Terima kasih atas segala dugaan, kifarah dan kesakitan di tahun-tahun yang lalu. Semua itu umpama ribut yang ahirnya pasti berhenti dengan mentari dan pelangi yang indah. Hikmah  itu teramat indah. Masya ALLAH.
2018 “I AM READY!”

Hassan II Mosque , Morocco ( Magribi)
 Selamat tinggal duka, selamat datang duga
Kali ini aku yakin aku berani kerana ALLAH sentiasa ada bersama . In shaa ALLAH
 
Penanda Aras untuk tahun mendatang:
  • Jangan membenci apa yang ALLAH beri walau ia pahit dan menyakitkan.
  • Jangan tuduh ALLAH atas pilihan kurang bijak, jalan yang salah  dan kemungkaran yang kita pernah lakukan
  • Selalulah berbaik sangka pada ALLAH.
  • Jangan sering beprasangka. Do not assume benda yang kita tak tahu!!
  • Hindari benda-benda negative kerana ia adalah umpama barah yang membunuh dalam senyap. 
 
Last but not least


Pix : Morocco(Magribi)
Cintai hati kita. ZAHIR dan BATIN. HOW? Eat healthy food. Bersenam selalu. Hehehee and the most Jangan lah hitamkan hati kita. Istiqamah untuk buat yang terbaik , jadi yang terbaik. Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita semua adalah pendosa. Yang membezakan kita adalah usaha kita samada terus menambah dosa atau sebaliknya.


FeedaHMD - woot!woot! aku nak kurus. Doakan aku ye :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016