Duit Raya Anak – mana perginya?


Sudah 26 hari kita meninggalkan Syawal. Tiba-tiba teringat duit-duit raya anak aku masih belum ku kira. Masih cantik tersusun di dalam sampulnya. Sibuk dan kekurangan kesihatan buat aku lupa.  Bila lihat sampul duit raya anak aku yang belum terusik  mengamit kenangan aku  zaman kanak-kanak dulu. Raya memang best sebab boleh kumpul duit raya. Satu rumah dapat la 50sen, ada yang bagi $1. Mak aku ambil tau duit raya aku. Nak tahu dia buat apa dengan duit raya aku tu? Mak simpan dan kumpulkan duit aku. Cukup simpanan mak dan tambahkan duit raya aku dia belikan cincin emas, tahun depan pulak rantai emas,gelang emas dan seterusnya.  Bila aku dah remaja duit elaun sekolah aku pun mak masih buat benda yang sama. Belikan aku emas perhiasan ( walau at that time aku tak suka nak pakai emas-emas ni hahaha) . Kami miskin tapi mak bapa jenis tak nak gunakan duit anak-anak walau susah macamana pun. Tak tipu. Atap rumah pun bocor. Kalau hujan maka bersusun lah besen dan baldi kain menyambut air-air yang tumpah ke lantai. Bila dah ada anak ni rupanya tanpa sedar apa yang mak buat dulu aku buat kat anak aku.

Alhamdullilah ada RM150 semua duit raya anak aku tahun ni. So apa yang aku buat? Apa lagi aku nak #beranakpinak kan duit anak aku. 



   ·       Buat payment thru online. Memandangkan duit anak aku tak cukup aku tolong tambahkan sikit. Bukan tak cukup sebenarnya GAP boleh beli serendah RM100 cuma aku nak bulatkan menjadi 1 gram . Hehehe biasa lah mak mak ni.



  ·       Kemudian dah buat transaksi apa lagi buka la akaun GAP anak aku. Dan purchase. Done Alhamdullilah. Duit raya sudah bertukar menjadi asset. Siapa kata beli asset mahal. Emas adalah asset termurah dan mampu milik tau.  



  Nota : 28/07/19 wow rasanya harga emas GAP antara yang tertinggi. Untunglah yang sudah buka GAP. Hmm tapi tak rugi pun siapa yang nak buka sekarang. GOLD IS MONEY! Simple 


Sebenarnya 3 tahun berturut-turut semua duit raya anak aku pemberian keluarga di Semenanjung aku masukkan ke dalam akaun GAP anak aku. Boleh klik sini pertama kali aku buka akaun GAP anak aku : https://feedahmd.blogspot.com/2016/04/ummi-payung-syafi-dengan-gap_14.html

Dan duit raya dari Brunei aku masukkan ke akaun simpanan bank di Brunei. Kan pepatah Barat ada berkata “Don’t put all your eggs in one basket”.

Anak adalah amanah. Jadi kita sebagai pemegang amanah wajib jujur atas apa pun rezeki mereka. Ada terbaca artikel mengatakan Haram hukumnya mengunakan duit raya anak. Kalau terdesak sekalipun haruslah kita anggap hutang. Dan setiap hutang haruslah di bayar.
Seperti jawapan mufti mengenai perkara di atas :
Jumhur (majoriti) fuqaha’ di dalam mazhab asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja. Lihat Mughni al-Muhtaj (3/446), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (4/513), Hasyiyah ad-Dasuqi ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/522)

Mereka berhujah berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
فَΨ₯ِΩ†َّ Ψ―ِΩ…َΨ§Ψ‘َΩƒُΩ…ْ وَΨ£َΩ…ْوَΨ§Ω„َΩƒُΩ…ْ وَΨ£َΨΉْΨ±َΨ§ΨΆَΩƒُΩ…ْ Ψ¨َيْΩ†َΩƒُΩ…ْ Ψ­َΨ±َΨ§Ω…ٌ ΩƒَΨ­ُΨ±ْΩ…َΨ©ِ يَوْΩ…ِΩƒُΩ…ْ Ω‡َΨ°َΨ§ فِي Ψ¨َΩ„َΨ―ِΩƒُΩ…ْ Ω‡َΨ°َΨ§
Maksudnya: “ Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini”
Riwayat at-Tirmizi (2159)


Banyak orang kata buat apa la susah-susah untuk anak macam tak percaya yang setiap anak ada rezeki yang ALLAH dah tentukan nanti. Nanti pandai lah dorang. Hmmmm .. kenapa tak terfikir mungkin apa yang aku buat ni adalah rezeki anak aku juga yang ALLAH dah atur. Tak susah pun ada duit lebih simpan la untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi duit raya, duit hadiah birthday since dia belum pandai nak pakai duit baik aku masukkan je la ke mana-mana tabungan. Kita sendiri pun takt ahu apa akan terjadi in future. Umur kita pun tak tau. Mungkin ALLAH detikkan hati aku untuk menyimpan sekarang untuk anak-anak. Dan aku tak pernah rasa terbeban. In shaa ALLAH.

Boleh klik di sini untuk cerita kami jual emas untuk bayaran downpayment beli rumah dekat Johor dan sekaligus renovate rumah teres kami di Brunei : https://feedahmd.blogspot.com/2019/06/our-new-house-emerald-ii-gardern-at.html

#FeedaHMD – ku tundukkan nafsuku.
 Beli jika perlu. Simpanan itu perlu.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Christmas in Brunei

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Ketupat Jering?