Our new house - Emerald II Garden at Tongkang Pechah, Batu Pahat




Ada antara kawan aku yang tahu aku dan suami jenis simpan emas tanya “kan ko apa tah tu amas mu atu nanti dah?” . (ko nak buat apa dengan emas tu nanti)

Sebelum di teruskan -FYI ini Bukan post riak. (maklum manusia sekarang ni suka sangat ambil kerja tuhan so kena maklumkan awal2 πŸ˜‚)

Kami orang tak kaya. Kerja pun biasa-biasa saja dan terus terang sering kebocoran simpanan. ATM card tu sering menyeru minta di keluarkan simpanan yang tak pernah nak banyak. Akhirnya dalam 6-7 tahun kebelakangan Kami jumpa solusi untuk elakkan “kebocoran tabungan” dengan usaha konsisten simpan emas jugak setiap bulan selain saving acct.

house no .2 corner lot. Ni la rumah kami.

Alhamdullilah, kami suami isteri dapat menambah wang muka (downpayment) beli rumah ni dengan simpanan emas kami. AT the same time kami tengah buat renovasi rumah di Brunei. Alhamdullilah kami tak loan untuk renovasi rumah di Brunei tapi kami set target simpan duit dan simpan emas. Atas izin ALLAH selepas 5 tahun di diami , akhirnya duit dan emas cukup untuk pembiayaan renovasi. Dapat lah buat extension dapur, tambah 2 bilik dan laundry. 

 Walau aku tahu sure ada sebilangan orang tengok post ni sure cakap "gempak je lebih, apa la sangat. Bukan besar pun". , tapi jujur its something big untuk aku dan suami. Our hard earned money. Dan yang penting kami dapat sediakan bumbung untuk ibu bapa kami. Semoga rumah-rumah ini nanti mendapat keberkatan atas doa orang tua kami.

In shaa Allah, bulan ogos atau paling lambat october penyerahan kunci rumah di Johor dan In shaa ALLAH by July rumah yang tengah kami duduk dan tengah dalam renovasi ni siap sepenuhnya. Thanks ALLAH sebab jentikkan hati ni untuk menyimpan dan istiqamah. 

Yang bestnya rumah kat johor tu  depan rumah ada taman permainan hehehe seronoklah Iskandar Syafi tiap kali balik jumpa mama nanti.
 
dapat di bayangkan mama ( my MIL) tersenyum melihat cucu-cucu bermainan di taman permainan yang betul-betul depan rumah. Aku sendiri excited bayangkan Syafi main dengan all his cousins setiapkali balik sini jumpa mama nanti. 


Pssttt nak tau tak? simpanan pertama kami suami isteri hanya sekeping 1 dinar emas seorang. #publicgold




#feedahmd : Gold is money.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016