Happy Father's day
Garis halus menghiasi kulitmu..
Kedut-kedut di wajah mu..
Itu semua bukti dalam mendewasakan kami..
Walau tak nampak tapi kami tahu..
Hari yang di lalui dulu terlalu sukar tapi senyum mu tak
pernah pudar..
Masih jelas bapa mengayuh basikal tersenyum riang membawa
gulungan kertas di tangan..
“lai nah pakai lapik buku mu” , aku lihat gambar kereta
sport memang tak sesuai tapi aku tak suarakan. Aku ambil buku dan alaskan
dengan yang baru bapa belikan. Aku nampak ia gembira. At that time I was
in form 4. Itu lah bapa. Tak di minta tapi dia tetap nak beli.
“Lai nah $10, pakai bali minyak kereta”.Kadang-kadang he
said “ lai , kalau nada duit untuk beli minyak kereta bagi tau saja”, tu lah
yang sering di ucapkan setiap kali aku nak pergi kerja. At that time I was 27
sehingga lah aku berusia 34 tahun. Lucu. Aku sudah pun bekerja tapi sebagai
bapa dia tetap memikirkan takut aku tak cukup duit.
Di tangga Great Wall of China tiba-tiba bapa peluk dan cium
aku. Tak bercakap apa-apa tapi dia menahan air mata. Aku tahu dia ucapkan
terima kasih. I smiled and pimpin bapa naik sama-sama. The moment yang tidak
akan aku lupakan. At the same time, terimbas kembali hari pertama aku masuk
sekolah. Bapa pimpin aku naik tangga papan sekolah sehingga depan pintu. Tak
bercakap tapi dia gengam tangan ku kuat. Aku fikir bapa sudah balik tapi
bila lonceng rehat berbunyi, aku nak keluar bermain bersama kawan baru tapi
bapa ada di luar dengan seplastik air mirinda strawberi .
Di depan masjidil haram pada hari terakhir sebelum tawaf
selamat tinggal , selepas solat subuh di satu tiang masjid. Aku masih ingat
itu. Bapa kucup dahi ku. Dia doakan aku “mudahan murah rezeki selalu “.. and I
was joking “alaa doa dapat jodoh orang baik pak”.. and he said “eh awu ah
mudahan bertemu jodoh yang baik . Amiin”… dan bapa gosok kepala ku. That was in
year 2004.
Pada hari pernikahan aku di saat bapa baca lafas untuk
serahkan aku kepada seorang insan yang bernama suami...Dalam membaca dia
menangis. Lepas baca bapa tengok aku tapi kali ini bapa tak cakap apa-apa dia
cuma menangis dan peluk aku erat. 😭 Terasa esak tangis bapa
dalam pelukan.
Cerita ini akan sentiasa aku ingat. Pada hari itu hujan
lebat. Aku setia menunggu bapa balik sekolah. Kerana takut menunggu di dalam
kawasan sekolah yang sunyi , aku sering menunggu bapa di pagar pejabat agama
kerana di sana banyak kereta lalu lalang. Tiba-tiba Paklong memberhentikan
kereta . “MASUK!! HUJAN LABAT NI”,. AKu cakap “ Bapa ngambil wa. Kesian bapa.
“. Tapi Paklong cakap “ Ujan ni. Akhir karang baru bapa mu datang tu nunggu
ujan taduh. Inda bapa marah tu. Bah masuk. Damam karang!”. Aku masuk kereta
paklong dengan perasaan serba salah. Sampai rumah aku terus tanya mak mana
bapa. Mak cakap pergi jemput aku balik sekolah. Hujan semakin lebat. Mak suruh
aku makan. Aku sudah taka da selera untuk makan. Bunyi hujan semakin kuat
lebih-lebih lagi rumah kami beratap zinc. Aku tunggu bapa. Aku duduk dekat
jendela dan selang 40 minit aku nampak bapa mengayuh basikal dalam keadaan
kuyup. Aku dapat kan bapa di tangga. “Eh laii bapa ingau sampai ke dalam
sekolah ku mencari”. Ya ALLAH rasa bersalah itu masih terasa sehingga hari ini
bila ku teringat. Masa tu aku dalam Darjah 3.
Bapa..
Selamat hari bapa untuk insan teristimewa. Aku ada
bapa terhebat. Seorang yang pendiam tapi cekal dan penyabar. Beribu
dugaan dalam membesarkan kami walau terkadang usaha itu langsung tidak nampak
di mata kami. Kami tahu itu bapa.
Bapa anugerah terindah bagi kami.
I luv u bapa ❤❤❤❤❤❤
Doa ini untuk mu bapa…
Ya ALLAH,
Panjangkan lah usia bapa ku dengan penuh keberkatan
dalam usianya. Jauhi lah ia dari sebarang penyakit yang memudaratkan.
Ya ALLAH, jangan kau ambil penglihatannya dan jauhi
lah bapa ku dari penyakit hilang ingatan atau pelupa.
Ya ALLAH, ampunkan lah segala dosa-dosa bapa ku dan hindari
lah ia dari pada api neraka Jahannam.
Aamiin yarabbal alamiin.
FeedaHMD- i am always ur lil child . I luv u bapa
Happy father's day jugak to my husband Shamhairulizan
Khairudin , abah , my abang, my ipar biras, my cousins and relatives and all ❤️❤️❤️
#haribapa #fathersday #bapakupahlawanku
Comments
Post a Comment