Mak Bapa anugerah terindah ...
Bila ku lihat banyak pinjaman ALLAH telah di tarik satu
persatu dari ku..
Raga ku sudah tak se-utuh dulu. Naik tangga lutut berlaga pun
berbunyi.Berjaga malam pun boleh buat aku demam. Subhanallah.
Terasa cepat masa berlalu. Terasa terlalu cepat tua
menghampiri.
AKU TAK MAHU TUA! ( Andai dapat ku putar waktu)
Bukan…
Bukan..
Bukan aku takut pipi ku kendur, tulang ku rapuh..
Bukan…
Bukan..
Bukan ku takut mataku merabun,muka ku tak cantik..
Bukan ku takut itu semua…
Aku cuma takut bila ingat semua yang ada di dunia ini
pasti akan ALLAH mansuhkan tarikh pinjamannya..
Aku cuma takut salah satu harta dan anugerah terhebat yang
di dalamnya ALLAH berikan kerahmatan di atas setiap doanya itu akan di
mansuhkan tarikh pinjamannya..
Aku cuma takut aku akan kehilangan itu..
Semakin aku tua semakin tua lah mereka. Aku tahu bukan siapa tua
pergi dulu. Aku cuma takut kalau aku pergi dulu aku tak cukup beri untuk mak
bapa ku.
Balas budi? Mustahil aku mampu. Tak kan terbalas walau satu..
Aku juga takut kalau mereka pergi dulu. Sebab aku takut aku
tak cukup beri untuk mak bapa ku. Balas budi? Mustahil aku mampu.Tak kan
terbalas walau satu...
Aku cuma takut pelukan hangat itu akan hilang bila saat aku
memerlukan...
Aku cuma takut keberkatan doa mereka ternoktah andai tiba
waktunya....
Aku cuma takut...
Aku cuma takut...
Mak …. Bapa…
Anugerah terindah dari ALLAH
Jangan pernah rasa terbeban menjaga mereka kerana mereka
tidak pernah merasa kita satu bebanan bila ALLAH amanahkan kita pada mereka.
FeedaHMD- ❤❤❤ semoga keduanya di panjangkan
usia dan di jauhkan dari penyakit yang memudaratkan. Aamiin
Comments
Post a Comment