Posts

Showing posts from December, 2016

Emas the abam Sado

Image
Al kisah Akaun GAP ( Gold Accumulation Program) kukuhnya emas. Di kala wang fiat berusaha mempertahankan nilainya, emas tetap kukuh menyimpan nilai. Sado betul emas ni. Jom baca dan fikirkan sejenak (anggap la azam tahun 2017 abiskita mau lebih berdisiplin dalam menyimpan/menabung. Mampu ke? In shaa Allah mampu dengan "the abam sado" kuning ni. Anggap la 2017 kita nak konsisten dalam menyimpan. Tapi dengan akaun di bank-bank sering akan ada kebocoron di tengah bulan. Kurang cash , ATM bersinar-sinar bercahaya di dalam wallet minta di gunakan. Simpan RM100 secara konsisten setiap bulan – Setahun lebih kurang dalam 5-6gram emas Simpan 1g emas ( current price RM177) secara konsisten setiap bulan – Setahun ada 12 gram emas Simpan 5g emas setiap bulan secara konsisten setiap bulan – Setahun ada 60gram emas Ni sembang untuk setahun. Cuba bayangkan kalau 2 tahun atau 3 tahun atau 5 tahun. Ada berapa banyak emas dengan ketulenan 999 yang telah berjaya anda miliki? Bag...

Tandas awam - TANGGUNGJAWAB BERSAMA!!

Image
Hari ini nak bagi kredit kat Masjid yang mengutamakan kebersihan pada tandasnya dan kepada pengguna yang amat bertanggungjawab dan begitulah yang sepatutnya sebagai orang islam yang memang di terapkan pentingnya kebersihan. Tandas tu KANTOR SYAITON so kalau dah semakin kotor haisshhhh semakin best lah dia. Tandas awam bukan hanya tanggungjawab pembersih tau. Tak perlu nak persoalkan “Mana cleaner. Kan dah di beri gaji”, tapi itu tanggungjawab kita sebagai pengguna. Lagipun kita pakai kita lah bersihkan. Kau sapa?! Lagipun kita kena ingat setiap kebaikan yang kita buat di bumi ALLAH ini termasuk bertanggungjawab atas kebersihan kita akan dapat pahala tau. In shaa ALLAH. Anda tahu tak? Tandas awam yang kotor adalah gambaran sikap buruk masyarakat. So please be responsible. Malu la weyyy bila tandas awam Negara-negara non muslim lebih bersih dari tandas Negara kita. Pengalaman pergi ke Korea(pergi Seoul tak pergi tempat lain so ni review tempat yang di pergi je tau) . Bersih je ...

sambutan Maulidurrasul 2016

Image
Alhamdullilah seperti yang sedia maklum setiap tahun di Brunei ( since aku mengenal erti dunia pun dah ada hmm i wonder bila startnya) akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul Perarakan di seluruh Negara Brunei. Dari pasukan berpakaian seragam, masjid, sekolah-sekolah, pejabat Kerajaan dan swasta dan Persatuan- persatuan. Menjadi rutin kami dan sudah menjadi aktiviti tahunan kami pada setiap kali perarakan kami akan mengambil satu sudut di tepi jalan untuk mengagehkan sedikit sedekah pada para peserta yang mungkin kehausan terutama kanak-kanak. Bukan niat untuk riak tapi semata-mata untuk berkongsi pada kawan-kawan yang non muslim yang Islam ini agama pengasih dan suka memberi. Selain itu juga, dengan cara ini juga kita dapat merapatkan ukhwah sesama agama walau apa pun bangsanya termasuklah buruh-buruh kasar yang turut serta yang dari negara luar. Biarlah ianya jadi ristaan yang negara ini mempunyai rakyat yang tidak perkauman dan saling bantu membantu bukan atas nama bangs...

Aku menulis bukan harapkan PUJIAN, LIKE atau SHARE

Image
Aku yang MENULIS bukan kerana aku lebih baik dari anda yang MEMBACA. Tidak sama sekali. Namun, setidaknya aku berusaha untuk berbagi kebaikan. Tapi… siapa anda untuk mempertikaikan keihklasan ku atau melabelkan aku sebagai riak? Anda sama seperti aku. Yang menulis atau yang membaca. Kita semua tidak berhak untuk menilai KEIKHLASAN atau RIAKnya seseorang hanya dari pandangan luaran kita. Kanta kita "berdebu" jika hati kita cemburu atau ada sedikit pun perasaan yang lebih tinggi dari yang lain.    “ Jangan pernah melihat siapa yang berbicara, Tapi lihatlah apa yang di sampaikannya ”   Aku bukan orang baik tapi aku tetap berusaha untuk jadi baik, buat yang baik-baik, kongsi yang baik-baik. Sebab aku nak mati di jemput ilahi dalam cara yang baik. Aku percaya semua orang baik atau jahat mendambakan mati yang dalam keadaan yang baik-baik.    Aku cuba belajar dari jam dinding.  Di lihat atau tidak.. Ia tetap berdetik dan be...