Aku menulis bukan harapkan PUJIAN, LIKE atau SHARE



Aku yang MENULIS bukan kerana aku lebih baik dari anda yang MEMBACA. Tidak sama sekali.

Namun, setidaknya aku berusaha untuk berbagi kebaikan.

Tapi… siapa anda untuk mempertikaikan keihklasan ku atau melabelkan aku sebagai riak?

Anda sama seperti aku. Yang menulis atau yang membaca. Kita semua tidak berhak untuk menilai KEIKHLASAN atau RIAKnya seseorang hanya dari pandangan luaran kita. Kanta kita "berdebu" jika hati kita cemburu atau ada sedikit pun perasaan yang lebih tinggi dari yang lain. 
 
Jangan pernah melihat siapa yang berbicara, Tapi lihatlah apa yang di sampaikannya
 
Aku bukan orang baik tapi aku tetap berusaha untuk jadi baik, buat yang baik-baik, kongsi yang baik-baik. Sebab aku nak mati di jemput ilahi dalam cara yang baik. Aku percaya semua orang baik atau jahat mendambakan mati yang dalam keadaan yang baik-baik. 

 
Aku cuba belajar dari jam dinding. 

Di lihat atau tidak..
Ia tetap berdetik dan berdeting cukup kitaran pusingannya. Di hargai atau tidak, ia akan terus berputar. Walau tiada seorang pun mengucapkan terima kasih atau memberikan pujian, ia juga tetap menjalankan tugasannya.. setiap minit .. setiap detik. 

Begitulah juga aku. Aku akan terus berusaha berbuat baik sesama insan.. walaupun perbuatan baik itu tidak pernah di nilai. Aku tidak perlu penilaian manusia jika itu sebagai kayu ukur untuk aku berbuat kebaikan. Cukup ALLAH yang menilainya.

Jika aku menulis untuk mengharap LIKE atau SHARE, sudah lama aku tidak menulis lagi. Hahahahaha siapa la nak share kata-kata dari bukan seorang yang terpelajar, berjawatan atau ternama. Tapi aku akan terus menulis dan berkongsi apa yang aku rasakan boleh di manfaatkan atau memberikan kebaikan.
 
* info: menulis juga boleh merangsang minda. Selain membaca Al Quran, menulis juga boleh mengurangkan kita mendapat risiko pikun (penyakit nyanyok) * 



 


FeedaHMD – aku menulis bukan kerna nama, LIKE atau SHARE 

Untuk kata-kata #motivasi atau #nasihat boleh dapatkan di https://m.facebook.com/STDANSL/

Kepada siapa pun anda, jika di rasakan tulisan anda itu untuk kebaikan teruskan lah menulis. Setiap kebaikan yang di kongsikan,di baca atau tidak In Shaa Allah Allah membacanya.
 

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016