sambutan Maulidurrasul 2016

Alhamdullilah seperti yang sedia maklum setiap tahun di Brunei ( since aku mengenal erti dunia pun dah ada hmm i wonder bila startnya) akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul Perarakan di seluruh Negara Brunei. Dari pasukan berpakaian seragam, masjid, sekolah-sekolah, pejabat Kerajaan dan swasta dan Persatuan- persatuan.

Menjadi rutin kami dan sudah menjadi aktiviti tahunan kami pada setiap kali perarakan kami akan mengambil satu sudut di tepi jalan untuk mengagehkan sedikit sedekah pada para peserta yang mungkin kehausan terutama kanak-kanak.

Bukan niat untuk riak tapi semata-mata untuk berkongsi pada kawan-kawan yang non muslim yang Islam ini agama pengasih dan suka memberi.

Selain itu juga, dengan cara ini juga kita dapat merapatkan ukhwah sesama agama walau apa pun bangsanya termasuklah buruh-buruh kasar yang turut serta yang dari negara luar. Biarlah ianya jadi ristaan yang negara ini mempunyai rakyat yang tidak perkauman dan saling bantu membantu bukan atas nama bangsa tetapi ISLAM as a whole.

Dan furthermore, sekaligus satu cara untuk kami mendidik anak-anak kami agar mempunyai pandangan yang di luar dari kotak TRADISI tetapi memahami Islam bukan sebagai agama sedari lahir tetapi agama yang harus mereka fahami.

Bersedekah waima hanya ice cream buatan sendiri. Nampak kecil bagi kita tapi siapa sangka sebungkus ice-cream buatan sendiri itu telah menceriakan hati kanak-kanak yang turut serta dalam perarakan.

Anak-anak pernah bertanya bersedekah bukankah hanya di berikan kepada orang miskin? Kami jawab ada banyak alasan untuk bersedekah. Seperti maulud nabi ini , ini adalah antara jawapan yang kami beri :

❤️Memberikan minuman pada orang yang haus.

❤️Mengembirakan dan menceriakan hati kanak-kanak

❤️Memberikan makanan pada pekerja-pekerja buruh binaan ( dari Bangladesh, Indonesia etc) .Mungkin hari ini mereka belum gaji sekurangnya mereka dapat makan percuma.

Semua itu kan satu kebaikan. Setiap kebaikan jika di lakukan dengan ikhlas, In shaa Allah ada ganjaran pahala dari Allah.

Masya Allah, mudahnya kita dapat pahala.

Satu lagi dengan cara ini juga kami mengajar anak-anak kami untuk tidak mempunyai pandangan perkauman atau pandang rendah pada bangsa asing yang bekerja sebagai buruh kasar. Bila hulurkan sedekah, senyum. Senyumkan juga adalah satu sedekah.

Pada hari sebelum our eldest sister akan message "maulud nabi nanti siapa kan join sedekah waima hanya sebotol air? Bah hantar di rumah".

And my mom too. Hehehhee huishhh sekarang kurang strict kalau dulu kami tak nak pergi ke perarakan dengar lah mak buka kitab. Mak akan cakap "hari-hari hal dunia ada ke tak bersalawat kat nabi? Ada tak ingat Allah? Hari maulud ni cuci telinga hati berserabut tu dengar orang bersalawat berzikir dan belajar fahami semua".

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada kedua orang tua saya , suami, kakak-kakak, abang-abang (termasuk ipar duai) dan anak-anak kami. Aamiin yarabbal alamiin.


Di sini saya kongsikan antara gambar yang sempat di abadikan. Thanks Rozi for the pics. (Tahun ni tidak dapat turun padang untuk pengagihan atas sebab kemiskinan kesihatan.
ready masukkan minuman dalam ice before perarakan

merakamkan kenangan itu penting. untuk kenangan anak-anak bila kami telah tiada nanti
Sekerem legend by my sis Rozi. Sedap la pulak.Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak
Tahun ni lagi best!! Terasa rugi pulak tak dapat datang. Our first cousin jadi neighbour spot kami today..amboiii sure lagi meriah! Sedekah Drinks and watermelon. Alhamdullilah. The more the merrier❤️
memuliakan orang luar sebagai tetamu walau mereka hanya buruh kasar
memuliakan tetamu yang datang di negara kami walau mungkin mereka hanya pekerja buruh kasar
our nephew bawa geng
eseyman Abg Hj 😬



Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalamhati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” - Surah al-Zariyat : 24-27



Untuk kata nasihat dan motivasi : https://m.facebook.com/STDANSL/
FeedaHMD- bukan orang alim .bukan cerdik pandai. Hanya pendosa yang takutkan neraka ✌️️

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016