Tandas awam - TANGGUNGJAWAB BERSAMA!!
Hari ini nak bagi kredit kat Masjid yang mengutamakan kebersihan pada tandasnya dan kepada pengguna yang amat bertanggungjawab dan begitulah yang sepatutnya sebagai orang islam yang memang di terapkan pentingnya kebersihan.
Tandas tu KANTOR SYAITON so kalau dah semakin kotor haisshhhh semakin best lah dia. Tandas awam bukan hanya tanggungjawab pembersih tau. Tak perlu nak persoalkan “Mana cleaner. Kan dah di beri gaji”, tapi itu tanggungjawab kita sebagai pengguna. Lagipun kita pakai kita lah bersihkan. Kau sapa?!
Lagipun kita kena ingat setiap kebaikan yang kita buat di bumi ALLAH ini termasuk bertanggungjawab atas kebersihan kita akan dapat pahala tau. In shaa ALLAH. Anda tahu tak? Tandas awam yang kotor adalah gambaran sikap buruk masyarakat. So please be responsible. Malu la weyyy bila tandas awam Negara-negara non muslim lebih bersih dari tandas Negara kita. Pengalaman pergi ke Korea(pergi Seoul tak pergi tempat lain so ni review tempat yang di pergi je tau) . Bersih je tandas awam. Khabarnya Jepun pun antara tandas awam terbersih ( In shaa ALLAH kaki ini akan sampai ke sana jika ada rezeki..ehemmmm more to hint kat encik Suami hahaha) .
Di petik dari DrMaza.com :
WAJIB bagi sesiapa yang menggunakan harta awam memastikan ia digunakan dengan baik dan haram dia menyakiti penguna selepasnya. Haram baginya membiarkan sisa kotoran atau najisnya sehingga dia membiarkan sisa kotoran atau najisnya sehingga menyusahkan pengguna selepasnya. Ia adalah perbuatan yang buruk dan zalim. Nabi S.A.W. bersabda :
“Takutlah kamu kepada dua perkara yang menyebabkan di laknat”. Sahabat bertanya: Apakah dia dua perkara tersebut?”. Sabda baginda:”Orang yang membuang air besar di laluan orang ramai dan di tempat teduh mereka” ( Riwayat Muslim)
Sebut je road trip kita memang kena berhenti untuk nature call kan? Ni lah masalah nya to me hmmm alahai . For me memang ada masalah kurang toleransi pada persekitaran tandas. Setiap orang berlainan tahap toleransinya. My husband cakap macamana lah nak masuk hutan. I said I takde plan nak masuk hutan hahahahha sorry sayang , memang tak dapat nak kawal perasaan terlari kelua di ambang pintu tandas bila:
- Bau terhidu sekitar 100m kalau dah bau memang tak akan masuk dan list di bawah tu tak akan di periksa lagi
- Lantai yang tak basah dan penuh hitam-hitam tanah dari kasut-kasut penguna
- Sampah bersepah lebih-lebih lagi pampers budak bau najis dah bermalam.
- Mangkuk tandas yang penuh dengan tapak kasut dan tisu bersepah sana sini
- Khazanah manusia jahiliah yang tidak di bersihkan sebelum keluar
Tandas Masjid Puni- Temburong
Mula tak nak masuk but my sis told me bersih no doubt. Takut mencuba sebenarnya.
Memang terbaik. Dari luar pintu tersedia selipar yang tersusun rapi untuk di gunakan agar kebersihan lantai tidak di kotorkan oleh kasut-kasut penguna. Bau langsung taka da. Bila masuk dinding tandas penuh dengan dekorasi . Macam classroom tadika pun ada.Comel je. Tandas bersih. Paip air ada. Pencuci tangan di sediakan ( mungkin juga yang di wakafkan) . Tengok la sendiri .
Pix credit to my sis Rozi.
dari jarak 100m pun tak ada bau yang kurang menyenangkan |
tengok dinding dekorasi pun dah comel gitu. ehem tengok lantai yang kering dan bersih. |
di sediakan handwash atau mungkin wakaf orang ramai tapi tengok keadaan tempat mencuci tangan. Bersih sesangat! |
tu dia!!! Bersih kan |
wajah-wajah gembira ni hahahhaa bukan model tisu tandas tau |
Tandas masjid Al’Isra - Masjid Pekan Telipok ( no picture sebab bateri handphone dah nazak)
Dari Kundasang balik ke Ibu Kota Sabah, Kota Kinabalu memang terasa nak terkucil tapi ku tahan jebat.Seperti biasa checklist untuk masuk tandas pun bermula walau memang sudah di ambang wati :P
Langkah Pertama :
Jalan perlahan. Dari 100m masih belum terhidu bau. Dalam hati hmmm not bad. Masuk pintu tandas.. No “SEMEL”
Ok lalu di teruskan dengan Langkah Kedua:
Mengintai di luar pintu. Lantai bersih. Pampers taka da yang bersepah. Tong sampah pun tersedia di luar pintu tandas. Hati mula keriangan.
Langkah ke tiga:
Di ambang pintu ku jenguk lagi ¾ badan . OK SET! Seat bersih putih. Toilet tak busuk. Takde KHAZANAH peninggalan MANUSIA JAHILIAH.
Langkah ke empat.. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa legaa.
Teringat pernah melawat masjid Kristal di Terengganu 3 tahun lepas. Di luar pintu pagar sudah terhidu bau menusuk dari tandas membuatkan langkah untuk membuang niat terhenti di skala 1 . Dalam tak tahu ye mungkin bersih mungkin Cuma bau tapi kan dah bagi tau awal-awal lagi toleransi saya kepada bau amat tidak dapat terkawal. Pernah termuntah di sebuah restauran hanya kerana masuk tandas dan itu amat memalukan. Berusaha untuk tidak menjatuhkan air muka orang dan since that berusaha untuk menghindar perkara termuntah depan orang dari terjadi.
Walau bermacam pengalaman untuk mencuba tak lah serik. Macam setiap kali balik kampung dari Pahang ke Johor. Rela bertahan sampai ke Johor dan pakai toilet saudara mara setelah satu pengalaman berhenti di salah satu masjid membuat termuntah sampai cramp perut . Tapi kalau toilet cangkung ( meranggah) memang tak mampu sebab masalah lutut. End up menahan lah sampai balik.
Emmm tandas awam Brunei? Kalau masjid In shaa ALLAH bersih. Tapi kalau kat kedai-kedai depends. Kena pandai cari tempat. Hehehehe so nak langkah selamat berhenti solat tu so nak buang hajat baik teruskan kat masjid atau rumah kaum keluarga :P
Apa-apa pun. Tandas paling kotor pernah di lihat setiap kali bercuti luar Negara ( wah macam banyak sangat la pulak Negara sudah di jelajahi. Hahahahaha mengada je bunyi nya.Meluat sendiri membacanya) rasanya China kot. Sebab dari tandas awam ke tandas masjid. Tak sanggup. End up keluar pkl 8 pagi balik pukul 10malam baru kencing.
FeedaHMD-
tandas bersih gambaran peribadi tak gitu :PLast but not least , pesanan ringkas kepada pengguna tandas awam:
1.Jangan prasan boss sikit-sikit cakap biar lah cleaner yang buat. Gaji cleaner tu pun bukan kamu yang bayar. Kalau takat bayar 20sen kamu dah terasa macam boss.
2. Kepada yang ada anak yang masih pakai pampers pastikan lipat kemas pampers dan masuk dalam plastik. Ikat elok-elok. Buang dalam tong sampah yang di sediakan. Kalau tong sampah penuh jangan pula parking tepi. Bawa balik sehingga jumpa tong sampah yang seterusnya.
3.Kalau dah pakai tandas pastikan pam. Tapak kaki tu tolong lah bersihkan.Tisu jangan main buang kat lantai.
4. Kebersihan tu di tuntut agama so senang je kalau nak dapat pahala free.
5.Selamat buang hajat . PEACE
Comments
Post a Comment