Bila ALLAH menyapa :)
Ruang besar dan aku sendiri .. ALLAH berikan aku ruang dan masa ini untuk berfikir sejenak. Untuk menikmati nikmat-nikmat yang di berikannya walau di kala nikmat kesihatan yang berkurangan. Untuk aku melebihi pengabdianku kepadanya bukan terhadap dunia. Untuk aku bersyukur atas usia yang di berikan . ALLAH MAHA HEBAT. Syukur Alhamdullilah. Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Terima kasih ya Allah atas sapa’an mu ke atas aku hamba mu yang sering terlalai. Terima kasih suami, mak bapa, adik beradik, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan semua sekali yang telah mendoakan Syifa ke atas ku. Semoga ALLAH sentiasa berikan kamu semua yang terbaik dan sentiasa di dalam lindungan ALLAH. Syukur Alhamdullilah, 06hb Disember 2017, doktor mengesahkan yang aku sudah boleh di keluarkan dari ICU/HDU. Menangis syukur aku. Syafi ummi balik nak. Masya ALLAH hebatnya ALLAH. Tatkala kita manusia tercari-cari alasan untuk kenapa aku di serang jantung, kita lupa y...