Posts

Showing posts from September, 2018

Syafi’s First day of school

Image
1hb October 2018 - satu langkah kedepan..  More steps to go... Hari pertama Syafi pergi sekolah. Introduction /Trial sebelum masuk KG next year. Sebenarnya here in Brunei, bila usia anak masuk 2 tahun,doctor dah mula check semua sekali dan di khuatiri ada masalah speech delay. So doctor pun bagi lah appointment dari audio , ENT sampailah ke speech therapy. Ok lah thanks to Brunei government. Ada langkah awal untuk rakyat seawal usia . Semoga ALLAH makmurkan negara ini dan berikan kesihatan yang baik kepada raja Brunei yang amanah lagi penyayang.  Appointment after appointment , therapist and specialist pun dah jumpa semua menyarankan untuk hantar anak ummi ni sekolah by now. Tak perlu tunggu umur 3 tahun. Making friends dan berinteraksi.Mungkin sebab anak ummi tak ada kawan seusia di rumah buat Syafi kurang confident.  Doktor cakap tak ada yang perlu di risaukan bila melihat  keputusan ujian-ujian Syafi Cuma ini hanya langkah awal untu...

Selamat Hari Guru semua ..

Image
Sempena Hari Guru Negara   Brunei   Darussalam ( Setiap tahun pada 23 September ) Best tengok ibu bapa share pix kat IG dan FB , anak-anak bagi hadiah dekat teacher. Didikan yang baik kerana mengajar anak-anak untuk menghargai guru mereka dan menghormati guru sebagai pendidik. Terus terang tugas sebagai guru sekarang ni lebih mencabar. Berbeza dengan zaman aku dulu. Mak aku siap bagi standing instruction kalau anak aku malas, nakal, tak pandai cikgu buat la apa yang patut. Nak cubit ke nak apa ke asal jangan bunuh anak aku. Hahahaha adoyai mak aku. CIkgu pun kena berpada tau. Walau dapat green light , nak pukul anak orang tu hati-hati. Tepis2 manja pakai kertas sekeping sudah la tak perlu sampai lebam hehehe.So atleast tak la menyusahkan cikgu kena menghadap komplen ibu bapa. Lagi teruk kena viral. Dunia sekarang ni semua cerita di hujung jari tau. Cerita pasal cikgu sure each of us ada satu cikgu favourite kan. Tapi kan dulu aku ingat ada satu cikgu ni. ...

WARIS

Image
Pinjam pic ye abam samsu l “Adeh.. deh.. deh.. apa tu Pak Aji? “, Si Alim menunjukkan jari nya pada sesuatu dengan wajah sedikit takut. Pak Aji yang sedari awal hanya diam mula mengelengkan kepala. “Astaghfirullahal aziiim”. Dia memejamkan kan mata seolah ingin mengumpul tenaga. “WARIS!!” tiba-tiba Pak Aji Samad bertempek. Alim yang sedari tadi berdiri sambil memegang sedikit hujung bahu Pak Aji Samad semakin menundukkan kepalanya. Terdengar jeritan yang kuat .  “LAPARRRRRRRR!!!!! Aku nak MAKAN!!” Pak Aji Samad memberanikan diri.  “Siapa orang tua   mu wahai anak muda?” Kenapa kamu terminta-minta dan tidor di tepi hutan ini?”. “Mak bapa aku pemalas.   Kerja mereka hanya tidur dan makan. Atuk aku orang kaya jadi ibu bapa ku tak pernah rasa susah. Bila atuk aku sudah tiada,mak bapa aku sudah hilang tempat bergantung. Mereka tidak pandai apa-apa jadi yang mereka tahu hanyalah meminta. Bila aku lahir mak bapa aku masih tak bekerja. M...

Syafi ‘s charity drive with Ummi

Image
Assalamualaikum. Hi apa khabar semua? Alhamdullilah   masih bernafas hingga hari ini. Rasanya sudah lama tak update apa-apa, mungkin tak ada yang menarik. ready-ready sebelum jemaah keluar masjid dalam beberapa minit saja lagi  Today nak share activiti   Syafi bersama ummi last Friday, 14hb September, 2018. Rasanya ramai yang dah buat macam ni jugak sebelum kami. Terima kasih atas perkongsian yang baik dan jadi ikutan. Indahnya rasa bila berbagi.   Terkenang pengalaman umrah dulu.di mekah dan Madinah setiap kali keluar dari perkarangan masjid pasti ada saja yang menghulurkan sedekah berupa minuman dan makanan.   So aku rasa amalan Sedekah   minuman sejuk untuk Jemaah masjid selepas solat Jumaat ini satu usaha yang baik dan berharap dapat menjadi saham kami di akhirat kelak .   Dalam pada cuaca   yang panas sekarang ,  rasanya dengan ini   mungkin boleh membantu menghilangkan dahaga. Ye la solat jumaat kereta sure ...