Syafi’s First day of school
1hb October 2018 - satu langkah kedepan..
More steps to go...
Hari pertama Syafi pergi sekolah. Introduction /Trial sebelum masuk KG next year. Sebenarnya here in Brunei, bila usia anak masuk 2 tahun,doctor dah mula check semua sekali dan di khuatiri ada masalah speech delay. So doctor pun bagi lah appointment dari audio , ENT sampailah ke speech therapy. Ok lah thanks to Brunei government. Ada langkah awal untuk rakyat seawal usia . Semoga ALLAH makmurkan negara ini dan berikan kesihatan yang baik kepada raja Brunei yang amanah lagi penyayang.
Appointment after appointment , therapist and specialist pun dah jumpa semua menyarankan untuk hantar anak ummi ni sekolah by now. Tak perlu tunggu umur 3 tahun. Making friends dan berinteraksi.Mungkin sebab anak ummi tak ada kawan seusia di rumah buat Syafi kurang confident. Doktor cakap tak ada yang perlu di risaukan bila melihat keputusan ujian-ujian Syafi Cuma ini hanya langkah awal untuk mengurangkan risiko atau mempercepatkan proses untuk bercakap. Sekarang pun dah bulan October nasib ada sekolah yang menerima kemasukan tu pun bersyarat yang nanti dia KG kena di sekolah tadika yang sama. Ok lah since sekolah ni antara yang doctor rekomen, ummi pun kuat kan hati. Walau actually ummi masih nak anak ummi tidor kat rumah dan bermain.
Anak ummi ni bukan tak pandai cakap langsung. All colors, shapes, nama-nama cartoon yang dia suka semua dia tau sebut cuma ada some words tak lepas. Its ok, doctor lebih tahu so kita yang tak tau ni kena la ambil nasihat pakar kan.
Semoga anak ummi ni jadi lebih bijak dan pintar lepas sekolah ni ye. Sisi baiknya hantar awal ni so nanti masuk KG tak ada la istilah anak menangis takut di tinggalkan dan by that time in shaa ALLAH syafi dah boleh bercakap.
Hari ini anak ummi macam tau je. Excited bangun pagi tak menangis. Senyum-senyum je walau jam belum lagi pukul 6 pagi . Siap-siap nak masuk kereta dia nangis sebab dia nak bawa toys. Sorry nak this time ummi dan abi decided to say NO.
Masa ummi busy with his registration, amboi anak ummi dah join kawan-kawan lain. I missed that ☹ nasib sekarang ada hp ada juga picture dia masa masuk kelas.
Ummi abi bye-bye Syafi tak layan . Ok lah hehee jangkaan ummi meleset. Punya ummi risau Syafi melalak bila ummi abi nak jalan ternyata salah.
Alhamdullilah semoga anak ummi cepat bercakap dan menjadi anak yang pintar. Yang paling penting menjadi anak yang soleh dan sentiasamemberi manfaat pada bangsanya, negaranya and ofcourse agama.
Here some pix untuk kenangan satu hari nanti
odw to school. Lepas menyusu so tidor dulu. |
minta bawa keluar dari kereta sebab tengok dah ramai kawan hihihi amboi anak ummi |
while waiting pukul 8. Dia excited nak tengok his new lunch box |
breakfast dulu lah.. |
yippeeee .. nampak tak muka excited dia |
terus nak masuk hahaha tu bukan kelas syafi la nak |
while ummi tengah buat registration anak ummi dah join kawan-kawan |
yeay ni bila dah masuk kelas. adengan selepas menangis sebab tak nak masuk kelas.Alhamdullilah nangis tak lama kata mommy nya.. |
yeayyy breakfast time |
adoyaii anak ummi susu sebelum habis waktu kelas |
sambung belajar nampak walau dah odw balik. Bagusnya anak ummi .. End of #day1 |
Comments
Post a Comment