Selamat Hari Guru semua ..
Sempena Hari Guru Negara Brunei Darussalam ( Setiap tahun pada 23 September )
![]() |
Best tengok ibu bapa share pix kat IG dan FB , anak-anak
bagi hadiah dekat teacher. Didikan yang baik kerana mengajar anak-anak untuk
menghargai guru mereka dan menghormati guru sebagai pendidik. Terus terang
tugas sebagai guru sekarang ni lebih mencabar. Berbeza dengan zaman aku dulu.
Mak aku siap bagi standing instruction kalau anak aku malas, nakal, tak pandai
cikgu buat la apa yang patut. Nak cubit ke nak apa ke asal jangan bunuh anak
aku. Hahahaha adoyai mak aku.
CIkgu pun kena berpada tau. Walau dapat green light , nak
pukul anak orang tu hati-hati. Tepis2 manja pakai kertas sekeping sudah la tak
perlu sampai lebam hehehe.So atleast tak la menyusahkan cikgu kena menghadap
komplen ibu bapa. Lagi teruk kena viral. Dunia sekarang ni semua cerita di
hujung jari tau.
Cerita pasal cikgu sure each of us ada satu cikgu favourite
kan.Tapi kan dulu aku
ingat ada satu cikgu ni. Ni masa aku
sekolah rendah . Nama dia cikgu Fatimah. Mengajar mata pelajaran English. Fashionable
and sweet. Lemah lembut. Kalau marah pun tak pernah sampai buat kita takut.
Lagi respect dia ada la. Sebab dia satu-satunya cikgu yang tak pandang aku
sebelah mata. Seorang lagi masa aku dalam tingkatan satu. Nama dia cikgu
Salimar. Manis sangat cikgu ni. Mengajar science. Baik sangat. sampai aku tua ni setiap doaku aku doakan dua
orang ni . Semoga ALLAH lindungi cikgu Fatimah dan cikgu Salima. Actually ada
lagi cikgu-cikgu fav. Aku macam cikgu Hanafi, cikgu Piah dan cikgu Sharifah (
cikgu di sekolah ugama aku) , ustaz Haji Kadir (mengajar subject agama), Mrs.
Pearl our English teacher emmm siapa lagi aku dah tak berapa nak ingat. Semoga
ALLAH sentiasa berikan yang terbaik pada cikgu-cikgu semua.
Sembang pasal cikgu ni. Aku juga nak ambil kesempatan
ucapkan hari guru pada mak bapa aku . Guru pertama aku.The only guru yang tak
pernah jemu walau berulang kali buat salah. Mengajar aku banyak benda. Ajar aku
untuk hidup pandai berdikari. Ajar aku makna sabar. Ajar aku makna syukur. Ajar
aku jadi manusia. Semoga mak bapa aku di kurniakan usia yang penuh berakah dan
sentiasa dalam lindungan ALLAH.
Tak lupa juga pada insan-insan yang pernah menyusahkan, mencaci
dan memfitnah hidup kami sekeluarga. Anda ada lah guru terhebat. Kerana anda
aku tahu bukan dunia ciptaan ALLAH ini yang jahat tapi manusia yang hatinya terpaling
jauh dari nikmat ALLAH, jauh daripada ajaran agamanya dan dekat dengan
bisikan-bisikan syaitan. Thanks all. Kerana anda juga adalah guru-guru hebat
yang mencorakkan aku menjadi kuat dan kerana anda ALLAH sering gantikan air
mata ku dengan sesuatu yang indah. Dan
kerana anda , buku simpanan di akaun akhirat aku bertambah setiap hari in shaa
ALLAH. 😊
Thanks
to all teachers out there.
Selamat
Hari guru pada semua.Kerana semua yang ada in my circle mengajar aku sesuatu dalam hidup. Good or bad. Thanks all.
FeedaHMD-
aku pun chicher jugak dulu tau. Anak murid panggil aku chicher lawa. Hahahaha adoyaii
aku akan merindui zaman “lawa” tu . Hahahaha
Pix: Rumah usang di tengah bandar ini lah sekolah pertama aku . Di rumah ini lah aku belajar banyak benda. Hidup tak selalu nya indah tapi hidup yang sentiasa ada rasa malu pada ALLAH pasti terasa walau sikit , walau sakit, walau susah pasti ada nikmatnya. Pelangi akan hadir selepas hujan
Comments
Post a Comment