Syafi ‘s charity drive with Ummi



Assalamualaikum. Hi apa khabar semua?

Alhamdullilah  masih bernafas hingga hari ini. Rasanya sudah lama tak update apa-apa, mungkin tak ada yang menarik.
ready-ready sebelum jemaah keluar masjid dalam beberapa minit saja lagi 

Today nak share activiti  Syafi bersama ummi last Friday, 14hb September, 2018.

Rasanya ramai yang dah buat macam ni jugak sebelum kami. Terima kasih atas perkongsian yang baik dan jadi ikutan. Indahnya rasa bila berbagi.  Terkenang pengalaman umrah dulu.di mekah dan Madinah setiap kali keluar dari perkarangan masjid pasti ada saja yang menghulurkan sedekah berupa minuman dan makanan.  So aku rasa amalan Sedekah  minuman sejuk untuk Jemaah masjid selepas solat Jumaat ini satu usaha yang baik dan berharap dapat menjadi saham kami di akhirat kelak .  Dalam pada cuaca  yang panas sekarang ,  rasanya dengan ini  mungkin boleh membantu menghilangkan dahaga. Ye la solat jumaat kereta sure parking jauh. Dan ada yang berjalan kaki kan especially pekerja buruh asing. Selain dapat menghilangkan dahaga dapat juga mengembirakan hati anak-anak kecil yang baru berjinak untuk ke masjid bersolat.

Suarakan hasrat ini to my elder sisters. Alhamdullilah kakak-kakak yang sentiasa menyokong usaha aku selama ini bersama Projek Nurkaseh pun say YES, why not. Kita buat sama-sama. You all memang awesome!

Thanks Mak, bapa  kak Hjh Adiah and family  , Hjh Faeza, Rozi, dan anak-anak yang turut membantu membuat persediaan dan menjayakan usaha kecil ini . Hanya ALLAH saja yang dapat dapat membalasnya.

Pada sahabat  yang minta kami sampaikan sedekahnya , Alhamdullilah sudah kami sekeluarga sampaikan jugak. Semoga ALLAH berikan ganjaran pahala kepada semua. Aamiin Yarabbal alamiin. Terima kasih kerana mempercayai kami.

Syafi mestilah kena bawa sebab ummi nak dia membesar dengan keadaaan yang lebih peka, lebih prihatin dan sentiasa mendahulukan agama sebelum dunia.

Ni link antara aktiviti terdahulu yang di ikuti Iskandar SyafiMaulidurrasul - Langkah Syafi anak ummi

Boleh klik di sini antara inisiatif untuk mudahnya bersedekah:Mudahnya bersedekah



semoga dapat menghilangkan kehausan di panas terik 

dia ni rajin sangat so ummi bagi chance tengok didi and friends dulu ye . Takut tak selesai kerja mengemas hehehehee


Prepared by Syds & Feedz kitchenette

chendol prepared by Kak Hjh Adiah . Semoga ALLAH berikan dia kesihatan yang baik dan di jauhkan dari penyakit yang memudaratkan. Aamiin 

sirap ni pun prepared by Kak Hjh Adiah



Alhamdullilah .. 

jemaah datang untuk mengambil minuman sejuk. Terima kasih kerana sudi 

Melihat pekerja asing gembira mengambil minuman dan kuih yang di sediakan buat hatiku gembira

ni kawan-kawan anak saudara aku Danial with my sis ( mak Danial) . Happy faces dapat chendol buatan my sis Kak Hjh Adiah .. Alhamdulllah 

Anak ummi Iskandar Syafi Shamhairulizan- semoga menjadi anak yang soleh dan pintar 

Untuk anak Ummi Iskandar Syafi Shamhairulizan…


Ummi tahu ummi tak akan bersama Syafi selamanya
Tapi ummi berharap tulisan ummi, kenangan ummi sentiasa bersama Syafi selagi Syafi memerlukan..
Kita bersedekah bukan sebab kita kaya tapi bersedekah tak pernah buat kita miskin.

Kita buat baik bukan sebab kita baik tapi kita berusaha untuk terus istiqamah buat yang terbaik jadi yang baik di mata ALLAH.

Masyar itu kering , panas dan perjalanannya terlalu lama tau anak ummi..
Amalan pahala kita pun belum tentu cukup kalau kita cepat selesa hanya dengan satu amalan yang pernah kita lakukan..

Never stop.. Nyawa yang allah pinjamkan bukan untuk kita suka-suka .  Gunakan sebaiknya.

Berdiri kita kerana ALLAH,
Sujud kita kerana ALLAH,
Semuanya kerana ALLAH jadi kenapa kita perlu sombong dan rasa tinggi diri?
Setinggi mana kita berada.. ALLAH lah yang maha tinggi.
Rendahkan pandangan selalu . Semoga Syafi menjadi anak yang soleh suatu hari nanti.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Ummi sayang Syafi.


FeedaHMD - #roadtojannah~ too many things too do but too little time

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016