Mari Menabung 2015
Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2015 ( lagi 2 hari) kepada semua. Semoga tahun 2015 ini lebih baik dari yang sebelumnya. Tahun baru ini saya nak mendidik anak-anak saudara “nikmat” menabung. Bunyi menabung memang senang kan. Tapi pernah tak anda menabung? Berapa kali anda kalah dalam senangnya menabung? Berapa kali setiap hujung tahun tabung anda tak pernah nak penuh? Ni tabung maksu dan paksu. Sorry yang ni saja keluarkan sekejap dan kira. Lepas tu masok balik :P Tahun ni saya buat cabaran dan pertandingan “ Penyimpan Tegar 2015” pada anak-anak saudara ( anak-anak makchu). Untuk menyuntik semangat anak-anak saya tawarkan hadiah dan syarat pertandingan yang tak merugikan siapa-siapa. Syarat pertandingan duit yang terkumpul hendaklah di masokkan ke dalam account simpanan selepas tamat pertandingan. Pemenang pula akan menerima BND50 atau 10 dirham perak ( pilihan pemenang). Pertandingan di buat 2 kali setahun. ( Simpanan Jan...