Menyabal Setagal -our mini project

P ada Awal Julai 2016, tergerak hati untuk membuat satu mini projek khusus untuk “Tabung Nur Kaseh” dan seperti biasa saya suarakan kepada suami untuk mohon nasihat dan keizinan. Alhamdullilah kerana suami amat memahami. Kemudian saya sampaikan hasrat ini kepada kakak-kakak saya.Seperti projek-projek yang lain, mereka juga menyokong dan memberikan sumbangan tenaga. Love you all ❤️. Ok, Tabung ini semata-mata untuk bantuan kecemasan kerana di Projek Nur Kaseh kami tidak mengambil wang orang ramai. Seboleh-bolehnya kami hanya menerima makanan dan keperluan harian atau pakaian terpakai yang masih elok jika ada yang sudi berkongsi dan akan kami sampaikan kepada yang memerlukan. Dengan ada nya projek mini, yang saya namakan Menyabal Setagal sekurangnya kami dapat membantu insan-insan yang memerlukan bantuan kewangan atau membeli barangan keperluan jika kami kehabisan stok untuk di agihkan. Terus terang memandangkan projek ini projek kecil jadi ia lebih kepada mengembirakan...