Posts

Showing posts from January, 2016

Project Nurkaseh- hanya mencari redha Allah

Image
Alhamdullilah atas kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah putus. Terus terang dan memang kami jelaskan dari awal lagi, kami bukan NGO , kelab atau persatuan berdaftar. Kami hanyalah sukarelawan yang takut jika fardhu kifayah itu di anggap satu yang ringan. Sukarelawan yang mahu memberi sesuatu untuk agamanya , bangsanya dan negara tercinta sekaligus untuk beramal untuk bekalan kami di akhirat nanti. Hidup di dunia ini hanya sementara dan telah banyak masa yang telah di bazirkan tanpa sedar. Lahirnya project Nurkaseh ini hanyalah semata-mata mencari redha Allah. Bukan untuk bersaing. Bukan juga untuk di kenali. Bukan kerana inginkan pujian, apalagi kerana nama. Izinkan kami fokus dan tenang dalam beribadah. Dalam melakukan pekerjaan amal ini sebolehnya kami mahu melupakan hal-hal keduniaan yang remeh untuk sementara. Ia juga adalah terapi hati dan jiwa untuk kami. Niat kami semata-mata mencari redha Allah dalam menyampaikan amanah.  Kami juga sedari awal telah terangkan ,kami ti...

Betul ke Cenderawasih burung kayangan?

Image
Hari ni sembang pasal perkara yang kita anggap mistik sket. Eseyman jangan tuduh. In shaa Allah perkara syirik mohon di jauhkan.  Ingat tak lagu yang femes tahun 90an dulu:  Cenderawasih burung kayangan Tuanku putih kilau keemasan Pandanglah hamba si gagak hutan Sebelah mata pun hamba tak terkilan Cenderawasih burung kayangan Tuanku putih kilau keemasan Adumu bercadarkan pintalan gemawan Tidur hamba beralas reranting hutan Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan Hamba akur dengan suratan Hamba akur dengan kehendak Tuhan Hamba akur berketurunan bermandi hinaan Cenderawasih burung kayangan Tuanku putih kilau keemasan Kau pinta didodoikan rintikan hujan Ku mampu rintih senandung kedukaan Penat hamba menanam ubi Ramai berladang nenas di seberang Penat hamba menabur budi Emas jua dipandang orang Orang cina menghisap madat Duduk di bangku berkain chukin Hina besi kerana berkarat Hina manusia kerana miskin Cenderawasih burung kayangan Tuanku p...

Tabung challenge 2016

Image
Tahun ni nak menambahkan jumlah Tabungan yang ada. Bukan tamak tapi nak mendidik nafsu agar lebih bersifat membeli jika perlu dan menjauhkan daripada sifat membazir. Bukan tak simpan duit kat bank. Yang ni In Sha ALLAH memang konsisten sebab dengan buat potongan “Tersimpan Tanpa Rela”. Hahahahaha dah buat potongan gaji ( standing instruction) dan masuk terus ke bank simpanan bulan-bulan. Kalau harap diri sendiri yang terkadang tersungkur pada bisikan nafsu ni adoyaii alamat takde simpanan la sampai ke tua. Takut juga bila emergency nanti tak ada duit nak pakai. Nauzubillah. Ye lah kita orang yang tak kaya ,kerja makan gaji ni kena la pandai menyimpan.Lebih-lebih la sekarang ni bergerak setapak pun semua nak pakai duit. Nak buat macamana. Hidup kena teruskan. Usaha tu penting. In shaa Allah pasti ada jalan.  So tahun ni menambah jumlah tabungan dengan harapan dapat mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dengan teknik ilham sendiri dan satu tu (tabung hijau) di ambil melalui fb. Ji...

Jom Haribung 2016 Challenge

Image
Tahun ni nak buat challenge dengan encik suami(did mentioned this on my previous post) untuk menabung cara "Haribung" . Siapa gagal challenge kena penalti 1 dinar emas 999.. Hihihi encik suami ni pantang di cabar. Tengok lah nanti silap2 dia gandakan jumlah. Tapi ni bukan challenge siapa banyak saving ok ni challenge dapat menyimpan cara haribung dengan total seperti di rajah. Tapi kalau nak double ok je lagi bagus.  Ok Apa itu haribung? Nama di ambil sempena menabung hari-hari. Caranya?  Ni post saya mengenai haribung :  http://feedahmd.blogspot.com/2015/06/jom.html?m=1 Kita ada isnin-ahad ( bermakna hari 1-7). So, cara menyimpan ialah simpan $1 untuk hari isnin, $2 hari selasa , $3 hari rabu hingga Ahad iaitu $7. Lepas tu ulang balik.  Rajah di bawah menunjukkan bilangan hari dan jumlah perlu di simpan.    Nampak tak? Kalau sampai hujung tahun bermakna menyimpan $1467 . Simple dan tak membebankan.  Kalau termiss boleh saja lihat berapa sepatutnya jum...

Tabung hijauku 2015

Image
Sebut tabung or menabung terbayang akan kesukaran untuk konsisten. Alasannya tengah bulan tak ada duit terpaksa korek. Hahahahhaa tak  cakap pasal orang rasanya rata-rata kita ada masalah bab ni.  Ok 2014 , tabung hijauku gagal total dan mencabar diri pada 2015. Malu ooooo kalah pada nafsu. Hasilnya?  Walau ada kala terkorek tanpa sengaja, tertunduk pada nafsu tapi tak banyak hehehe simpanan duit hijau tetap di teruskan. Setiap kali berbelanja dan baki di hulurkan duit hijau wow senyum sampai ke telinga akak tau.  Pada  01/01/2016, selesai BBQ menutup tirai 2015 bersama keluarga dengan semangatnya membuka botol tabung hijau dan lagi semangat bila duit hijau yang tebal telah berjaya di simpan.  115 keping note BND5 dan 31 keping note RM5. Yippeee bermaksud BND575 dan RM155. Seperti yang di janjikan in shaa Allah BND575 akan di masukkan kedalam akaun simpanan tabung haji (syukur Alhamdullilah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit) dan RM155 akan aku buat tambah a...

Selamat Tahun Baru Masehi 2016

Image
Alhamdullilah Jumaat yang pertama di tahun 2016. 1hb Januari hampir melabuh tirainya. Sudah satu hari kita berada di tahun baru. Alhamdullilah , ku langkahkan kaki ke destinasi baru walau tak tahu apakah cabaran dan dugaan baru yang menanti di hadapan. 2015 .. Hmmmm apa yang perlu aku ingatkan pada 2015. Hidup umpama pusingnya roda. Adakala di atas adakalanya di bawah. Pada april yang lepas, suami membawa pergi bercuti ke Korea. Percutian yang amat meninggalkan kenangan manis. Dalam tahun lepas juga telah di sahkan dengan penyakit thyroid yang ada kalanya membuat aku rasa takut. Mempunyai phobia takut kepada gelap, takut kepada sesuatu yang menutup mulut dan muka termasuklah takut kepada air yang mengalir ke muka membuat aku takut juga jika pembedahan terpaksa juga di jalani kerana apabila corong oxygen di letakkan di mulut penyakit phobiaku akan timbul. Pernah terjadi di dalam operation theatre berulangkali aku mengalihkan corong oxygen yang di dekapkan ke mulutku kerana tera...