Betul ke Cenderawasih burung kayangan?

Hari ni sembang pasal perkara yang kita anggap mistik sket. Eseyman jangan tuduh. In shaa Allah perkara syirik mohon di jauhkan. 

Ingat tak lagu yang femes tahun 90an dulu: 

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan


Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan


Tu dia!!! 

Ok lah aku sambung cerita apa yang aku nak share ni. Birds of Paradise atau nama yang lebih kita kenali adalah cenderawasih. Seperti dalam gambar tu. Cantik rite? Pix tu di ambil kat Everland theme park, Korea. 



Teringat masa kecik-kecik dulu sering di ceritakan mengenai cenderawasih burung kayangan dan tak ada manusia yang boleh nampak dia hidup dan turun ke bumi. Kalau ada pun di bumi memang burung yang dah mati (hmmm sering menjadi kemushkilan ku).

Baca buku mustika pun adatunjukkan burung   yang sudah mati dan bagaimana ia boleh di jadikan bahan untuk sesuatu rawatan(dulu suka sangat baca buku macam ni. Ye lah rasa teruja bila dapat tahu hal2 mistik ni. Seperti terasa hebat di kalangan kawan-kawan bila tahu lebih dari mereka. Hahahhaa).

Pernah juga mendengarnya bila orang-orang tua yang bersembang kosong dan bila cerita pasal hantu dan perkara mistik pasti ini juga akan di ceritakan.Burung kepunyaan puteri kayangan la. Cantek tak terperi dan bulu Burung ni boleh di buat macam-macam dalam acara mistik."katenye". 

Sepanjang hidup ku tertanam betapa hebatnya siapa-siapa yang dapat burung ni. Pasti dia seorang yang hebat atau bernasib baik.

2015, suami bawa lah bercuti di korea. Dalam jalan-jalan di taman tema everland ternampaklah burung cantek ni. Terus teringat akan gambar yang sering di kongsi kat majalah seperti mustika dulu. Tengok nama "bird of paradise" dan bilaGoogle  keluar nama cenderawasih.

Keterujaan ku mengendur. Hahahahhaa. Cantek punya tengek kat dahan dan ada beberapa ekor kat dalam tu. Waaaaaaaa teknologi sekarang membuka hijab yang tertutup rapat di zaman aku kecik dulu. 

Pandang encik suami dan kami gelak bersama. Dah 40 tahun umur ni hahahhaha. "Tipah tertipu". 

Agak-agaknya Orang kat negara kita hanya jumpa burung ni mati sebab burung ni tak ada di tanah kita! Bila baca burung  ni ada kat eastern indonesia hmmm so cerita-cerita ke mistikan burung ni mungkin dari negara jiran kita. Indonesia. Bukan kutuk tau cuma mungkin ia adalah cerita lagenda/rakyat/mitos bagi negara tu.

*zaman aku kecik memang banyak cerita mistik yang aku rasa awesome. In shaa Allah selagi ingat semua yang ghaib tu adalah ciptaan Allah dan setiap ciptaannya adalah tak lain tak bukan semata-mata untuk beribadah keatasnya dan saling melengkapi dunia ini(sesuatu yang kita sendiri tak tahu dan hanya Allah sahaja maha mengetahui) dan jangan sesekali mendewakan benda-benda ni dan membawa ke syirik. Nauzubillah. Minta aku di jauhi dari perkara yang syirik.

FeedaHMD- Dulu terbaca juga yang orang jual bulu burung kayangan ni beribu ringgit. Kesian pada yang membeli. *sigh

Ni aku google :
The birds-of-paradise are members of the family Paradisaeidae of the order Passeriformes. The majority of species are found in eastern IndonesiaPapua New Guinea, and eastern Australia. The family has 41 species in 14 genera.[1] The members of this family are perhaps best known for the plumage of the males of the sexually dimorphic species (the majority), in particular the highly elongated and elaborate feathers extending from the beak, wings, tail or head. For the most part they are confined to dense rainforest habitat. The diet of all species is dominated by fruit and to a lesser extent arthropods. The birds-of-paradise have a variety of breeding 


Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri- hihihi jangan mare

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016