Selamat Tahun Baru Masehi 2016


Alhamdullilah Jumaat yang pertama di tahun 2016. 1hb Januari hampir melabuh tirainya. Sudah satu hari kita berada di tahun baru.

Alhamdullilah , ku langkahkan kaki ke destinasi baru walau tak tahu apakah cabaran dan dugaan baru yang menanti di hadapan.

2015 .. Hmmmm apa yang perlu aku ingatkan pada 2015. Hidup umpama pusingnya roda. Adakala di atas adakalanya di bawah. Pada april yang lepas, suami membawa pergi bercuti ke Korea. Percutian yang amat meninggalkan kenangan manis. Dalam tahun lepas juga telah di sahkan dengan penyakit thyroid yang ada kalanya membuat aku rasa takut. Mempunyai phobia takut kepada gelap, takut kepada sesuatu yang menutup mulut dan muka termasuklah takut kepada air yang mengalir ke muka membuat aku takut juga jika pembedahan terpaksa juga di jalani kerana apabila corong oxygen di letakkan di mulut penyakit phobiaku akan timbul. Pernah terjadi di dalam operation theatre berulangkali aku mengalihkan corong oxygen yang di dekapkan ke mulutku kerana terasa lemas.Pengalaman tersedar dalam masa "major operation" di jalankan dalam tahun 2012 membuatkan aku juga seperti masih trauma.Tetapi jika itu kehendak Allah , aku mohon semoga di permudahkan di dalam mengawal emosi jika tiba masanya. 

Di samping itu aku sepatutnya harus bersyukur aku masih lagi bernafas untuk terus berusaha menjadi anak yang berjasa kepada kedua orang tua dan isteri yang taat dan solehah kepada suami. Berusaha juga menjadi insan yang sering memberi kepada yang memerlukan dan meneruskan usaha dalam mencari redha Allah.

2016, mungkin tidak semudah 2015 tetapi segala ujian yang pernah di tempuh tahun sebelumnya menguatkan lagi keyakinan pada yang satu.

Tiada azam sebagai batu pengukur kejayaan 2016 ini, cuma berusaha sentiasa memperbaiki apa yang kurang.  

Ku tutup pintu 2015 dengan hati yang yakin bahawa segala ujian, musibah, teguran ALLAH itu akan ada hikmah dan nikmatnya.. 

Ku langkahkan kaki di pintu 2016 dengan Bismillahirrahmannirrahiim dan Alhamdullilah..

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016