Project Nurkaseh- hanya mencari redha Allah





Alhamdullilah atas kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah putus. Terus terang dan memang kami jelaskan dari awal lagi, kami bukan NGO , kelab atau persatuan berdaftar. Kami hanyalah sukarelawan yang takut jika fardhu kifayah itu di anggap satu yang ringan. Sukarelawan yang mahu memberi sesuatu untuk agamanya , bangsanya dan negara tercinta sekaligus untuk beramal untuk bekalan kami di akhirat nanti. Hidup di dunia ini hanya sementara dan telah banyak masa yang telah di bazirkan tanpa sedar.

Lahirnya project Nurkaseh ini hanyalah semata-mata mencari redha Allah. Bukan untuk bersaing. Bukan juga untuk di kenali. Bukan kerana inginkan pujian, apalagi kerana nama. Izinkan kami fokus dan tenang dalam beribadah. Dalam melakukan pekerjaan amal ini sebolehnya kami mahu melupakan hal-hal keduniaan yang remeh untuk sementara. Ia juga adalah terapi hati dan jiwa untuk kami. Niat kami semata-mata mencari redha Allah dalam menyampaikan amanah. 

Kami juga sedari awal telah terangkan ,kami tidak memberi bantuan kepada yang memerlukan. Terlalu kecilnya kami untuk melakukan perkara yang besar dan mulia itu. Apa yang Kami mampu hanya  memberikan sedikit keceriaan kepada insan-insan yang di uji Allah. Kami juga membantu menyampaikan amanah orang ramai agar tangan mereka yang di atas ,in shaa Allah akan tidak di ketahui oleh tangan-tangan yang di bawah. In shaa Allah. 

Kami tidak perlukan saingan kerana ini bukan perniagaan. Jadi jika siapa-siapa yang ingin bersaing atau anggap kami adalah saingan mungkin anak panah di arahkan ke tempat yang salah . Maaf  sangat-sangat. "Fardhu kifayah dan muamalat" - yang kami pegang. Seperti zaman dulu di mana salah seorang dalam kesusahan seluruh kampung akan berusaha membantu. Sifat berjiran itu yang kami amalkan dan terapkan .Sunnah Rasul itu yang kami contohi. Tidak ada protokol atau aturcara melainkan bantu! Bantu! Dan bantu! Selagi kudrat anugerah Allah masih tersisa.

Dunia sekarang memang pelik. Amalan keagamaan pun boleh di politikkan boleh di anggap satu saingan. Jauhkan lah kami dari sifat-sifat mempergunakan agama demi kepentingan sendiri. 

Sokonglah sukarelawan-sukarelawan yang ada di Brunei ini sebagaimana abiskita semua menyokong kami kerana laluan yang kami tuju adalah sama. Biarlah bumi Brunei ini penuh dengan doa dan berakah.

Project NurKaseh- 
          sikit sama di rasai.....
              Banyak sama di nikmati..


[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Kek Pisang tanpa soda bikarbonat dan baking powder

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Happy 50th Wedding Anniversary to mak dan bapa

Wakaf Telaga di Bumi Kemboja

Wakaf Telaga di Kemboja bersama ADCC dan kami adik beradik

Christmas in Brunei

KEHIDUPAN umpama duit syiling yang di lambungkan keudara :)

Ummi Payung Syafi dengan GAP

65 pasang baju raya anak At Taqwa 2017

Program Ibadah Qurban Kemboja 2016