Tabung challenge 2016
Tahun ni nak menambahkan jumlah Tabungan yang ada. Bukan tamak tapi nak mendidik nafsu agar lebih bersifat membeli jika perlu dan menjauhkan daripada sifat membazir. Bukan tak simpan duit kat bank. Yang ni In Sha ALLAH memang konsisten sebab dengan buat potongan “Tersimpan Tanpa Rela”. Hahahahaha dah buat potongan gaji ( standing instruction) dan masuk terus ke bank simpanan bulan-bulan. Kalau harap diri sendiri yang terkadang tersungkur pada bisikan nafsu ni adoyaii alamat takde simpanan la sampai ke tua. Takut juga bila emergency nanti tak ada duit nak pakai. Nauzubillah. Ye lah kita orang yang tak kaya ,kerja makan gaji ni kena la pandai menyimpan.Lebih-lebih la sekarang ni bergerak setapak pun semua nak pakai duit. Nak buat macamana. Hidup kena teruskan. Usaha tu penting. In shaa Allah pasti ada jalan.
So tahun ni menambah jumlah tabungan dengan harapan dapat mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dengan teknik ilham sendiri dan satu tu (tabung hijau) di ambil melalui fb. Jika ada persamaan teknik harap maaf.Mungkin ilham yang Allah beri itu sama. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari manusia iti sendiri.
Tabung “Ah Long”
Hahahahhaa nama pun dah ganas. Tabung ni memang ganas tau sebab dia kena set target sebulan amount.Depends on kemampuan masing-masing pun. For me , I set this tabung tak KURANG daripada BND100 sebulan. Tu dia. Ganas ni . Anggap je la tak masuk akan potong jari. Hahahaha terlajak GANAS.
Tabung” Beday 2u Hubby”
Hihihi yang ni khusus untuk Hubby tersayang. Birthday dia kan in October so nak ada extra money pada masa tu untuk tambah beli hadiah. Dia cakap nak “ iphongchebeng”..Agak-agak dah ada ke?
Tabung Hijau
Ni tabung yang dah buat since 2014. (Ikut dari perkongsian orang ramai kat Fb. Semoga yang berkongsi ilmu ni mendapat ganjaran dan menjadi saham akhirat untuknya.Aamiin yarabbal alamiin).
Tapi 2014 gagal total tau cuma mampu simpan BND5X3 keping je hahahhaa. But alhamdullilah menebus dosa dan malu pada 2015. Berjaya mengumpul BND5 X 155 keping dan RM5X31 keping. Yippeeee. Nak tengok tahun 2016 punya semangat pula. Ku seru semangat kedekut ku untuk 2016 ni. Hahahahaha
Tabung “Jom Haribung”
Nama Haribung tu singkatan untuk Hari-Hari Menabung. Teknik jumlah mengikut hari .
Isnin =$1 , Selasa=$2, Rabu=$3 ......Ahad=$7 dan ulang balik.
Untuk memudahkan print rajah dan lekat di dinding dan pangkah setiap hari yang duit dah masuk tabung.
(klik sini untuk link entry terdahulu untuk penjelasan lebih lanjut untuk HariBung :http://feedahmd.blogspot.com/2015/06/jom.html?m=1
Tabung ni sesuai juga untuk anak-anak buat la $1 jadi $0.10 dan seterusnya. Dan kalau berat boleh di kongsikan dengan adik beradik atau partner. Contoh hari isnin $0.50 seorang , Hari selasa $1 seorang, Hari rabu $1.50 seorang dan seterus nya. Semoga Berjaya. This year buat challenge dengan encik suami untuk menyimpan cara HariBung ni. Siapa tak dapat menyimpan jumlah $1467 akan di kenakan penalty sebanyak 1 dinar emas 999. Kenang daku dalam doa mu hehehehe.
Tabung “ Harta Ahmad Albab”
Hahahahhaaha saja suka buat nama macam ni supaya ingat. Tabung apa ni? Ni khusus untuk duit-duit yang kita jumpa bawah cushion or carpet bila kita tengah vacuum, atau masa cuci baju , duit syiling yang sering di jumpa dalam poket-poket handbags atau yang dari kereta. Memandangkan hak milik nya di ragui ( walau pun pada logicnya kalau tak aku punya mesti encik suami yang punya). Jika tuntutan hak milik tak ada secara automatic akan masuk dalam tabung ni. Tengok lah nanti berapa jumlahnya until end year nanti
~Ting kumala tikus,
Usin (duit) satu sen jadi seratus~
FeedaHMD- bukan pakar, tapi ini cerita saya
*nikmat menabung dapat di rasa bila mengira lembaran simpanan pada hujung tahun. Cabaran lepas tu? Hahahhaa samada di gunakan pada cara yang betul atau tewas pada nafsu. Kuasa di tangan anda hihihi. Good luck ;)
Comments
Post a Comment