Jom Haribung 2016 Challenge
Tahun ni nak buat challenge dengan encik suami(did mentioned this on my previous post) untuk menabung cara "Haribung" . Siapa gagal challenge kena penalti 1 dinar emas 999.. Hihihi encik suami ni pantang di cabar. Tengok lah nanti silap2 dia gandakan jumlah. Tapi ni bukan challenge siapa banyak saving ok ni challenge dapat menyimpan cara haribung dengan total seperti di rajah. Tapi kalau nak double ok je lagi bagus.
Ok Apa itu haribung? Nama di ambil sempena menabung hari-hari. Caranya?

Ni post saya mengenai haribung :
Kita ada isnin-ahad ( bermakna hari 1-7). So, cara menyimpan ialah simpan $1 untuk hari isnin, $2 hari selasa , $3 hari rabu hingga Ahad iaitu $7. Lepas tu ulang balik.
Rajah di bawah menunjukkan bilangan hari dan jumlah perlu di simpan.

Nampak tak? Kalau sampai hujung tahun bermakna menyimpan $1467 . Simple dan tak membebankan.
Kalau termiss boleh saja lihat berapa sepatutnya jumlah sebulan perlu di simpan dan boleh ganti balik pada bulan yang sama (lihat bulannya seperti di rajah)
Good luck to me ..woot!woot!
Comments
Post a Comment