Posts

Showing posts from January, 2017

Kenapa Perempuan Perlu Ada SAVING Sendiri?

Image
Perempuan ni dia lembut. Perlu bimbingan. Perlu penjagaan. Perlu peneman. Tetapi di dunia sekarang yang penuh dengan nafsu dan kerakusan manusia terkadang lupa tanggungjawab, terlupa apa itu amanah malahan terlupa apa itu erti kemanusiaan. Sebagai Pengasas Projek Nur Kaseh, seringkali hati ini terluka tanpa senghaja bila mendengar masalah-masalah ibu-ibu tunggal atau wanita tua yang tidak ada tempat bergantung ( andartu). Air mata ini seringkali terjatuh tanpa di relakan. Seringkali terjaga dari tidur bila mengingatkan airmata –airmata wanita yang di aniaya. Ya ALLAH berikan lah mereka kekuatan. Demi ALLAH mungkin kita tidak dapat mengelak ujian ALLAH tetapi In shaa ALLAH dengan usaha yang kecil tetapi konsisten ,sekurangnya kita dapat mengurangkan kesukaran jika ujian itu singgah di kehidupan kita.   It is OK untuk berfikiran jauh walau ada orang kata “benda tak jadi jangan lah di mintak-mintak” . Bukan mendoakan cuma tak salah jika kita mengambil langkah yang lebih...

67 wakaf telaga Brunei-Kemboja 2017

Image
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang yang membelanjakan( mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan( daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka,d an mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah Al Baqarah ayat 274)  *Antara projek-projek kecil #tamakpahala yang telah siap. Syukur Alhamdullilah   klik di sini untuk post terdahulu dalam mengumpul duit untuk pembinaan wakaf telaga Alhamdullilah , walau harga telaga agak mahal tetapi jika kita berkongsi seperti kami anak menantu dan cucu kepada mak dan bapa akhirnya dapat juga di kumpulkan dan di bina telaga wakaf ini. jernih dan bersih air nya. ALhamdullilah Hari ini , terasa ringan rasa hati. 64 buah telaga yang di wakafkan ( yang kami kumpulkan sewal bulan oktober tahun lepas dan di tutup pada bulan december) orang ramai melalui kami adik beradik telah si...

Wakaf untuk Membina Asrama Pelajar Di Kemboja 2017

Image
Assalamualaikum wbt, Seperti yang sedia maklum Pembinaan 64 telaga di Kemboja yang telah di wakaf kan oleh orang ramai melalui saya dan kakak-kakak saya sudah hampir siap. Alhamdullilah. Terima kasih atas kepercayaan nya. Ramai yang bertanya, selain wakaf telaga apakah lagi usaha #tamakpahala #sahamakhirat yang tengah saya usahakan sekarang ni. Terlebih dahulu, saya mohon maaf kepada ustaz Abdul Salam Ahmad kerana sedikit terlambat. Semua ini kerana kesibukan saya dan kemiskinan kesihatan buat masa ini. Tetapi In shaa ALLAH seperti yang di janjikan usaha mengumpul dana akan saya teruskan. Doakan saya ye ustaz. Kepada yang bertanya, saya hanya orang biasa yang ingin mencari redha ALLAH. Jangan lah tanyakan saya surat itu dan ini kerana saya memang tidak ada. Tapi demi ALLAH setiap transaksi seperti biasa akan saya tunjukkan agar lebih transparent. Saya juga melantik kakak-kakak saya yang lain sebagai wakil perantaraan bagi saya untuk kemudahan dan mempercepatkan process pen...

Buat LELAKI TERAGUNG ku ❤

Image
Bila ALLAH menarik nikmat sihat, ucapkan lah ALhamdullilah kerana sudah berapa lama menikmati kesihatan yang baik? ALLAH cuma Tarik sikit kita sudah mula mengeluh. ( Tengah muhasabah diri kerana aku manusia biasa.. bila sakit mulut ni tak berhenti cakap “ YA ALLAH SAKITNYA” tetapi semasa sehat tak pulak berulang kali cakap “ YA ALLAH SEHATNYA AKU” ) 24th Januari 2017. Bukan yang pertama hihihi tapi ini adalah pertama untuk tahun 2017. Walau pernah cakap tak nak sakit-sakit lah tahun depan, segan kat orang-orang ofis. ( Hati lebih risau akan prestasi kerja.. department baru aku dah sakit-sakit. Ya ALLAH. Sesungguhnya aku masih belum kuat sebab itu aku masih terus di uji.. atau mungkin ini ada kifarah. Ya ALLAH banyaknya dosa ku.) Aku ni breadwinner.Dan aku pula jenis segan nak harapkan suami saja sebab aku tahu dia juga ada keluarga sendiri walau suami aku jenis tak kesah pun. Selagi dia mampu dia akan bantu but aku tak nak take that for granted. Selagi aku mampu berusaha , In sh...

Aku dan phobiaku

Image
16/01/17 Aku ni pelik. Tapi hari ni nak cerita pasal phobia aku, isi minyak dan kereta. Nanti la cerita yang aku takut polis juga 😂😂😂😂 1. Aku takut isi minyak kereta - setiap kali nak pergi isi minyak kereta lututku lemah longlai. Apa yang aku takutkan? Entah seperti dalam kepala ni macam ada gambaran aku pergi langgar tempat pam minyak. Pelik tapi tu la salah satu fear yang aku kena tangani dengan zikir. 2. Aku takut kalau kereta aku tak ada minyak. Tak.. aku tak takut kereta aku mati tengah jalan. Tapi dalam kepala hotak aku ashik feed me dengan kereta meletup!!! Sudah.. dah banyak kali ku cakap sendiri tak logic feedah tapi dia nak takut juga. Nak buat macam mana Ok nak jadi cerita, dari Lumut aku drive to HQ tak prasan langsung pasal minyak ni. Ye la hatiku masih sedih. Kepala ashik teringatkan Garfie yang baru je meninggal kemaren. Bila parking je suddenly lutut aku jadi longlai. Darah naik ke kepala. Alamakkkkkkk laki aku lupa belikan minyak kereta. Ye la kem...

#GarfieTheMeaw pergi membawa sekali separuh jiwa ummi

Image
15/01/2017 Around 3pm, hati terdetik. Manalah budak Garfie ni tak balik lagi. Sebab dia slalu akan balik on time untuk makan. DIa makan pemilih sikit. Kalau meaw2 dan tunjuk kat dapur maknanya dia nak ayam grilled favourite dia atau wetfood memang kegemaran dia dari kecil. A knocked at the door , ingat budak-budak cari Danial. Instead menyampaikan perkhabaran Garfie dah mati dan keras di tepi jalan. Aku dah lemah lutut. Asked my niece to check and bawa balik if betul its our Garfie. Dalam hati tetap cakap nop its not Garfie sebab Garfie abang sado. Baru tengah malam semalam terdengar bunyi dia bergaduh sebab jaga kawasan rumah dari di ceroboh oleh kucing jantan yang lain. Garfie Baby :( Abi tau Garfie suka jaga kawasan so kubur Garfie memang dalam compound rumah next to the pagar. Damailah Garfie di sana. Tak perlu risau ada kucing lain masuk sempadan/ Ummi akan pastikan hanya Garfie saja yang kekal di hati kami. Garfie kucing yan...