2015 di tutup dengan makan malam bersama anak-anak yatim

Syukur Alhamdullilah , 2015 di tutup dengan besederhana. BBQ bersama keluarga tanpa ada hiburan. Hanya makan, cerita-ceriti dan bergelak ketawa. Entah penutup 2016 masihkah dapat berkumpul? Masihkah Allah pinjamkan nafas sehingga waktu itu? Hanya Allah yang tahu. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada owner D'lotz Kitchen (primawalk, Puchong- Malaysia) seorang anak Sarawak yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia. Anak muda dan tahun baru.Kebanyakannya sudah pasti sambutan akan di buat bersama kawan. Ada yang lebih kepada duniawi. Tetapi anak muda ini menyambut tahun baru bersama anak-anak yatim.Menutup kedai makan beliau semata-mata untuk menjamu lebih kurang 30 anak-anak yatim. Masya Allah.. Semalam beliau mensajikan nasi planta ayam crispy. Melalui perkongsian gambar Memang berselera anak-anak makan. Mesti sedap. Saya berterima kasih kerana beliau memberikan kesempatan untuk saya turut sama menjayakan acara malam it...